Berikut adalah satu lagi produk yang membuatkan kita berharap menjadi wakil perbankan Wall Street. Jika anda menyukai motosikal BMW dan kopi sebenar, BMW Big Coffee Boxer memenuhi kedua-dua keperluan tersebut.
Mesin espresso ini berdasarkan enjin R 18 Boxer sejukan udara dan minyak BMW, dan dihasilkan melalui kerjasama antara BMW Motorrad dan ECM Espresso Coffee Machines Manufacture GmbH.
Bahagian depan unit kuasa ini yang menghadap tetamu anda kelihatan seperti enjin R 18, manakala bahagian penghasilan “emas hitam” (kopi) dipasang di belakangnya. Terdapat dua sistem peredaran air bebas untuk menyediakan kopi dan buih susu secara serentak, dengan paip yang menyerupai saluran minyak.
BMW menyatakan bahawa mesin ini dilengkapi “pam putaran yang sangat senyap dan paparan masa penyediaan.” Oleh itu, tiada bunyi deruman Boxer atau “tendangan” ke sisi semasa kopi anda dibuat.
Mesin ini berharga €7,900 (RM38,597.82, setakat hari ini) dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang mesin kopi ini di pengedar eksklusif ECM. Hanya 80 unit akan dikeluarkan.
Sebagai info, enjin R 18 adalah jenis kembar mendatar 1802cc (lebih mudah dipanggil Boxer) yang menghasilkan kuasa maksimum 89 hp dan tork puncak 163 Nm. Ia merupakan enjin Boxer terbesar yang pernah dibuat.