- Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) baru-baru ini telah menganjurkan satu sesi tunggang uji model terbaru Suzuki istimewa pada hujung minggu lalu di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
- Mereka telah membawa kesemua model terkini 2017 untuk orang awam bersempena dengan Idemitsu Asia Cup Talent dan Malaysia Superbike Championship yang telah berlangsung pada hujung minggu yang sama.
- Orang ramai dapat menguji model-model keluaran Suzuki seperti SX-R1000R L7, motosikal lumba ‘naked’ GSX-S750, GSX-S1000, V-Strom 650 dan juga skuter Burgman 400.