- Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. sedang menganjurkan sebuah Kempen Servis Selepas Banjir istimewa buat semua pemilik motosikal SYM, Benelli, Keeway, dan SM Sport yang terjejas akibat banjir yang telah melanda Pulau Pinang.
- Ke semua pemilik motosikal bagi jenama yang telah dinyatakan berhak ke atas diskaun sebanyak 50% bagi alat ganti terpilih dan minyak enjin PJ1 beserta dengan upah kerja percuma.
- Kempen servis ini akan berlangsung dari 15 November sehingga 18 November 2017 di pengedar yang terpilih di bahagian pulau dan di tanah besar (Seberang Perai).