Bikesrepublic

Dalam Negara

Bersiap sedia untuk acara dua roda paling hebat tahun ini! Hulala Bike Fiesta 2024, yang dianjurkan oleh GB Motorcycles Sdn Bhd dan Sheng Fatt Motor, akan berlangsung di Penang Juru City Concept Hall minggu ini (6, 7 dan 8 September). Jika anda peminat motosikal, ini adalah acara yang tidak boleh dilepaskan! (more…)

Michelin Malaysia dan KTM Asia mengumumkan kerjasama mereka yang rasmi di Asia Tenggara, dijalin untuk memacu kecemerlangan sukan permotoran dengan mencabar batasan prestasi, inovasi, dan daya tahan. Usaha sama luar biasa antara dua peneraju industri ini akan dirungkaikan di acara Rimba Raid edisi 2024 yang dinanti-nantikan ramai, iaitu perlumbaan kembara motosikal terbesar di dunia yang mengambil tempat di Lembah Lenggong, Malaysia yang indah, dari 25 hingga 29 September.

Tahun ini, Rimba Raid akan mempamerkan integrasi yang sempurna antara teknologi tayar bertaraf dunia Michelin dan motosikal prestasi berkuasa tinggi oleh KTM serta slogan “READY TO RACE” mereka.

Kolaborasi ini akan diketengahkan oleh sebuah pasukan handal yang dianggotai lima pelumba elit dari Singapura, Malaysia, dan Korea Selatan. Pasukan berkenaan akan menunggang motosikal KTM 890 ADVENTURE R yang dimuatkan dengan tayar MICHELIN Enduro Medium yang popular daripada Michelin, dirumus untuk kawalan yang cemerlang dengan blok bunga tayar berekaan rumit bagi menjamin cengkaman dan kestabilan di atas landasan yang mencabar.

Berpegang kepada falsafah KTM, motosikal ini akan tampil di garisan permulaan dalam hampir bentuk yang asal, membawakan penambahbaikan KTM POWERPARTS secara terus daripada katalog rasmi. Jentera yang mengagumkan ini akan dibelakangi oleh sebuah pasukan teknikal dari pihak Michelin dan juga KTM Asia, memastikan prestasi yang optimum sepanjang acara tersebut.

Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, menyatakan “Di Michelin, tayar kami melambangkan prestasi dan daya tahan tinggi yang dikehendaki bagi mengharungi landasan-landasan yang paling mencabar. Menerusi usaha sama dengan KTM Asia, kita bukan sahaja menaik taraf pengalaman perlumbaan – tapi juga memacu kecemerlangan sukan permotoran ke hadapan, sejajar dengan inisiatif #WeRaceForChange kita, yang memberi fokus kepada kemampanan, diversiti, dan inovasi dalam sukan permotoran. Melalui usaha sama ini juga, kita bukan sahaja mencabar batasan prestasi tapi turut bantu mencorak alaf baharu yang lebih mampan dan terangkum bagi sukan perlumbaan.

Enrico Remigio, Pengurus Besar KTM Asia, turut berkongsi, “KTM teruja untuk berkolaborasi dengan rakan pengeluar tayar yang benar-benar memahami tuntutan ekstrem dalam temasya perlumbaan yang penting seperti ini. Usaha sama ini membuktikan dedikasi yang dikongsi bersama terhadap kecemerlangan sukan permotoran, dan kami teruja untuk melihat kolaborasi ini berdepan ujian yang terhebat di Rimba Raid Lenggong 2024.

Bersedia untuk Berlumba di Rimba Raid Lenggong 2024

Dikenali sebagai acara yang paling mencabar dalam arena temasya perlumbaan seumpamanya, Rimba Raid mencabar penunggang dan jentera mereka sehabis- habisnya. Dengan kurang daripada separuh peserta yang berjaya menyudahkan dua edisi yang lalu, reputasi perlumbaan ini telah terbina atas cabaran ekstremnya yang menuntut prestasi serta daya tahan di tahap yang tertinggi.

Pada tahun 2023, Rimba Raid telah menggamit penyertaan 279 orang pesaing yang mendahagakan keterujaan dari 24 buah negara, termasuk 21 orang pelumba wanita, menyuluh sisi tarikan global dan keterangkuman acara ini.

Perlumbaan ini juga berfungsi sebagai sebuah pameran dinamik bagi jenama-jenama motosikal yang terkemuka, di mana 19 pengeluar motosikal merebut peluang untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka yang tercanggih.

Baru-baru ini tular kes di mana beberapa kenderaan 4×4 diparkir di dalam sebuah sungai. Tindakan pemilik kenderaan demikian telah rata-rata dikecam netizen. Apapun, masih tiada apa kenyataan daripada mana-mana pihak berkuasa samada pemilik-pemilik kenderaan tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, Penasihat Persatuan Pembangunan Pelancongan Eko Perak, Cik Siti Norlizawati Narawi berkata sepatutnya ada satu garis panduan untuk tapak perkhemahan dan rekreasi awam bagi membendung tingkah laku pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Beliau juga berkata isu perbuatan tidak bertanggungjawab lazimnya dilakukan di lokasi tiada pemilik, kerana yang berbayar sudah pun mempunyai garis panduan dan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi pengunjung.

Memang hendak kawal orang yang datang ke tempat rekreasi dan perkhemahan awam ini susah sedikit, mungkin kerajaan boleh keluarkan peraturan khusus contohnya jangan buat bising, hormati orang lain dan tidak cemarkan alam sekitar serta sebagainya.

Garis panduan seumpama ini boleh menjadi rujukan kepada mana-mana individu mahupun penduduk setempat untuk menegur perbuatan dan salah laku pengunjung.

Sekiranya didapati mereka melanggar garis panduan ini, mungkin ada tindakan tertentu bagi memberi pengajaran,” katanya ketika dihubungi oleh akhbar Harian Metro.

Baru-baru ini viral (tular) kes letak kereta atas air sungai, kita bimbang perbuatan ini boleh menyebabkan minyak kenderaan itu turun mengalir dan mencemarkan sungai sehingga membuatkan orang lain yang bermandi manda di kawasan sama tidak selesa.

Ada juga makan atas letak meja dan kerusi atas air. Aspek keselamatan satu hal kemudian cuci pinggan pula dalam sungai itu menyebabkan kualiti air kotor dengan sisa makanan seperti tulang ikan dan ayam.

Impaknya mungkin kita tak nampak sekarang, namun, apabila ada sesuatu kejadian berlaku baru kita ambil langkah pencegahan. Cegah lebih baik dari merawat.

Perbuatan seperti ini sepatutnya tidak berlaku, malah semua pihak perlu ada kesedaran dengan menjaga tingkah laku, tutur kata serta tidak mengotorkan kawasan itu kerana segala perbuatan tidak baik kepada alam sekitar sudah pasti akan memberi impak negatif dan buruk,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut mengenai sukan-sukan lasak seperti motosikal enduro dan jelajah 4×4.

Sistem brek anti kunci (ABS) diwajibkan untuk motosikal 150cc ke atas bermula 1 Januari 2025.

Begitulah yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024 semalam.

Menurutnya lagi, kerajaan mengambil inisiatif ini memandangkan bahawa majoriti kemalangan jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Mari kita bermula dengan menjadikan penunggang motosikal lebih selamat kerana 65 peratus daripada jumlah kematian jalan raya tahun lalu, membabitkan penunggang motosikal.

“Jadi bermula 1 Januari 2025, semua motosikal baharu dengan enjin kapasiti 150cc ke atas wajib dipasang ABS,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan memutuskan perkara itu kerana berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ABS berupaya mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus.

“Malaysia antara negara di Asia Tenggara yang berdepan isu ini. Walaupun kadar kematian per 100,000 orang menurun daripada 27 peratus pada 2000 kepada 22.5 peratus pada 2019, ia tetap antara yang tertinggi di dunia.

“Jadi saya yakin inisiatif ini akan mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia,” katanya.

Beliau juga berharap insiatif terbabit dapat menjadi inspirasi kepada negara ASEAN lain untuk melaksanakan langkah sama sekali gus menjadikan motosikal sebagai kenderaan yang selamat digunakan.

Selain itu, Ahmad Zahid mencadangkan supaya Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP) dilaksanakan di seluruh negara ASEAN atau Asia.

Katanya, MyMAP yang memberi penarafan kepada motosikal berdasarkan piawaian kenderaan itu mampu memberi kelebihan kepada pengguna untuk membuat penilaian sebelum membeli kenderaan berkenaan.

“Setakat ini, MyMAP sudah menilai 28 jenis model motosikal dihasilkan tujuh syarikat pengeluar dan kenderaan ini diberikan rating ‘bintang’,” katanya.

Pihak berkuasa berkata masih belum tiba masa untuk mewartakan tempat tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebagai zon tidak selamat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata untuk berbuat demikian, pihaknya perlu mengemuka permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytihar kawasan itu sebagai zon bencana.

“Walaupun kejadian ini bukan dianggap bencana, tindakan polis termasuk bomba dan agensi berkaitan serta Indah Water Konsortium (IWK) seolah-olah seperti bencana.

“Susulan lokasi kedua mendapan dikesan, saya sudah mengarahkan laluan sepanjang 1.4 kilometer di Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut ditutup.

“Penutupan itu membabitkan laluan yang mempunyai lima pembentung dan arahan berkait perkara berkenaan sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Dearah Dang Wangi dan Ketua Polis Negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, penutupan hanya membabitkan laluan berkenaan dan tidak membabitkan kawasan lain.

“Perniagaan juga tidak ditutup. Urus niaga masih berlangsung seperti biasa. Laluan ke pembentung itu sekitar 50 hingga 70 meter sahaja,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan halangan objek yang tersekat kira-kira 80 meter di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman, berkata dapatan itu diperoleh menerusi pengesanan oleh dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa turun ke tempat kejadian petang semalam, selain pengesanan kamera.

“Moped lasak” Yamaha PG-1 telah didedahkan semasa Karnival Yamaha GenBlu 2024. Para hadirin dan pihak media juga berpeluang menguji basikal tersebut.

Yamaha berkata bahawa nama motosikal itu sebenarnya singkatan untuk “Playful Gear 1.” Seperti moped lain, ia berasaskan casis tulang tengah tetapi mencirikan suspensi dengan jarak gerakan yang panjang. Ia seakan moped yang diubahsuai untuk perlumbaan off-road, yang dipanggil “cub cross” di Malaysia. Oleh yang demikian, Yamaha PG-1 ini berada di dalam kategori yang sama dengan Honda CT125 Hunter Cub/Trail dan Aveta Ranger Max Explorer.

Enjin PG-1 ialah jenis 114cc, satu silinder yang disejukkan oleh udara, dan menghasilkan 6.6kW (8.9hp) pada 7,000 RPM dan 9.5Nm pada 5,500 RPM. Ia dipadankan kepada transmisi empat kelajuan. Enjin ini (dan mungkin transmisi) dikongsi dengan Yamaha EZ115, yang sebelum ini dikenali sebagai Lagenda 115.

Ciri-ciri yang menjadikannya sebuah motosikal yang boleh ditunggang di mana-mana ialah jarak kelegaan tanah 190mm, tayar bertiub “knobby” 90/100-16 inci pada kedua-dua hujungnya, dan bar hendal lurus ke atas. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti 5.1 liter, dan berat basah didakwa sebagai 107kg (agak ringan).

Tiub fork depan mempunyai penutup jenis akordion, manakala lampu depan dan lampu belakang bulat melengkapkan rupa lasaknya.

Satu ciri yang menarik ialah tempat duduk terbelah, yang membolehkan pengisian bahan api dengan mudah di bawah tempat duduk penunggang, sementara terdapat beberapa ruang penyimpanan di bawah tempat duduk pembonceng. Ketinggian tempat duduk penunggang ialah 795mm.

Hong Leong Yamaha Motor akan melancarkan Yamaha PG-1 secara rasmi pada tarikh lain, tetapi mereka telah mengumumkan harga jualan yang disyorkan sebanyak RM6,998.00. Ia didatangkan dalam dua warna iaitu Casual Beige dan Forest Green.

Galeri foto Yamaha PG-1

Cardo menduduki tangga teratas dalam pasaran interkom motosikal dan mereka terus mengalihkan titik perbandingan daripada segi ciri dan inovasi dengan pelancaran Cardo Packtalk Pro yang dinanti-nantikan. Ia dijual pada harga runcit yang disyorkan RM2,099.00.

Ketibaannya diumumkan oleh pengedar rasmi di Malaysia, Sinar Puncak Sdn. Bhd. semasa majlis pelancaran di Backroom Coffee.

Ciri-ciri utama:
  • Cardo Packtalk Pro mempunyai cip pengesan kemalanagan (crash detection). Cip ini mengukur dan merekodkan daya pecutan, halaju sudut dan gerakan tidak normal secara berterusan. Oleh itu, unit akan meminta bantuan sekiranya penunggang hilang upaya setelah terbabit di dalam kemalangan.

  • Pembesar suara (speaker) JBL 45mm baharu dapat memberikan pengalaman terbaik dalam kualiti bunyi, menurut Cardo.
  • Ciri Auto ON/OFF yang menghidupkan dan mematikan peranti secara automatik berdasarkan syarat tertentu untuk memanjangkan hayat bateri.

  • Masa bercakap adalah sehingga 13 jam, manakala pengecasan penuh mengambil masa sehingga 2 jam. Selain itu, pengecasan pantas selama 20 minit menyediakan masa bercakap selama 2 jam untuk anda yang  “Alamak! Saya terlupa mengecasnya!”
  • Ciri interkom berkumpulan Dynamic Mesh Communication (DMC) yang sangat dibanggakan oleh Cardo menyokong sehingga 15 pengguna.

  • Terdapat sambungan 2 saluran, satu untuk telefon mudah alih dan GPS, manakala satu lagi menyokong sambungan Bluetooth 5.2 dan berpasangan dengan TFT motosikal.
  • Semua ciri ini dan banyak lagi (termasuk arahan suara terbina dalam) ditempatkan dalam sarung dengan tahap perlindungan IP67 yang berwarna hitam.

Sekali lagi, harga yang disyorkan ialah RM2,099.00 untuk pek satu unit peranti, dan boleh didapati di pengedar sah mulai September 2024 dan seterusnya.

Sila lawati akaun-akaun media sosial berikut untuk keterangan lanjut:

Facebook: https://www.facebook.com/cardosystemmy

Instagram: https://www.instagram.com/cardo_malaysia/

Cardo Malaysia Authorized Dealers: https://bit.ly/cardoMYauthorisedsite

Satu lagi acara motosikal besar di utara akan kembali apabila Hulala Bike Fiesta 2024 bermula dari 6-8 September di Dewan Konsep Bandar Auto Juru, Pulau Pinang. Kemasukan adalah percuma.

Daripada siaran media:

(Gambar-gambar dari Hulala Bike Fiesta 2023.)

Bersedia untuk ekstravaganza dua roda yang paling menarik pada tahun ini!

Hulala Bike Fiesta 2024, anjuran GB Motorcycles Sdn Bhd dan Sheng Fatt Motor, akan berlangsung di Dewan Konsep Bandaraya Juru Pulau Pinang, menawarkan acara yang tidak boleh dilepaskan kepada peminat motosikal.

Hulala Bike Fiesta 2024 ialah acara wajib hadir tahun ini bagi peminat motosikal, menawarkan tawaran tayar yang tiada tandingan yang boleh didapati hanya sekali setahun. Perhimpunan yang menarik ini, yang dianjurkan untuk memenuhi keperluan penunggang berpengalaman dan pendatang baru, menjanjikan sambutan terbaik untuk semua perkara beroda dua.

Di Fiesta, anda akan berpeluang untuk melibatkan diri dalam komuniti yang bertenaga pencinta motosikal, berhubung dengan rakan penunggang, dan temui trend dan inovasi terkini dalam dunia motosikal. Acara ini menampilkan barisan aktiviti yang luas, termasuk tunggangan ujian yang mendebarkan, paparan interaktif dan promosi eksklusif.

Salah satu kemuncak acara tahun ini ialah tawaran luar biasa bagi peralatan dan aksesori motosikal, dengan beberapa barangan boleh didapati dengan harga serendah RM1! Sama ada anda ingin menaik taraf tunggangan anda, mempertingkatkan koleksi gear anda, atau sekadar menikmati hari yang dikelilingi oleh rakan-rakan peminat, Hulala Bike Fiesta 2024 ialah peluang terbaik untuk memanjakan minat anda dan menjalin hubungan yang berkekalan dalam komuniti motosikal. Jangan lepaskan peluang unik ini untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

Encik Kheoh Hock Seng, Pengarah Urusan GB Motorcycles & Sheng Fatt Motor, menyatakan keterujaannya, dengan menyatakan, “Kami sangat teruja untuk mempersembahkan Hulala Bike Fiesta 2024 sebagai acara utama untuk peminat motosikal. Fiesta tahun ini lebih daripada sekadar pameran basikal dan peralatan yang luar biasa; ia adalah perayaan semangat kami bersama untuk menunggang dan komuniti motosikal bertenaga yang kami hargai. Kami telah bekerja tanpa jemu untuk mengatur barisan jenama yang luar biasa, tawaran yang tiada tandingan dan tawaran eksklusif, memastikan setiap peserta menemui sesuatu yang luar biasa. Kami menjemput penunggang dari semua peringkat untuk menyertai kami dan merasai keseronokan dan kemesraan yang hanya boleh ditawarkan oleh Hulala Bike Fiesta. Bersama-sama, mari jadikan acara ini tidak dapat dilupakan!

Acara-acara

Tawaran hebat:
Hulala Bike Fiesta 2024 akan menampilkan barisan besar jenama dan produk peringkat teratas, semuanya pada harga yang tiada tandingan:

  • Motosikal:

Terokai model terbaharu daripada jenama terkenal seperti Harley-Davidson, Royal Enfield, Triumph, Vespa, Aprilia dan Ducati. Terdapat juga motosikal terpakai yang disediakan, menawarkan sesuatu untuk setiap penunggang.

  • Peralatan penunggang:

Tingkatkan peralatan anda dengan diskaun eksklusif untuk jenama seperti S Spirit, Shoei, HGV, Givi, KYT, Nolan, Nexx, Alpinestars, Five5 dan Shima. Sama ada anda sedang mencari topi keledar, jaket, sarung tangan atau but, acara ini mempunyai semuanya.

  • Peralatan menunggang:

Tingkatkan pengalaman menunggang anda dengan alatan dan aksesori berkualiti tinggi daripada Quadlock, Cardo dan Insta360. Bersedia untuk melengkapkan perjalanan anda dengan yang terbaik dalam navigasi, komunikasi dan kamera tindakan.

  • Kemudahan kewangan:

Aeon Credit akan menyertainya untuk memberikan nasihat pembayaran kewangan yang paling mudah untuk penunggang. Perkhidmatan mereka akan membantu menjadikan pengalaman membeli-belah anda tanpa kerumitan dan memperkemas laluan untuk memperoleh tawaran terbaik dan pilihan pembiayaan.

Tunggang uji: Para hadirin boleh merasai keseronokan menunggang dengan pelbagai model motosikal yang tersedia untuk tunggangan ujian, memberikan peluang yang unik dan mengasyikkan untuk mencari padanan sempurna anda.

Diskaun hebat: Manfaatkan diskaun eksklusif dan jualan yang luar biasa untuk peralatan menunggang kelas atas, aksesori motosikal dan banyak lagi, memastikan anda meningkatkan pengalaman menunggang anda pada nilai terbaik.

Hiburan dan Aktiviti: Hulala Bike Fiesta bukan sekadar membeli-belah—nikmati pesta muzik secara langsung, pertunjukan aksi mendebarkan dan pertandingan menarik yang akan mengekalkan adrenalin.

Cabutan Bertuah & Hadiah: Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik dengan cabutan bertuah kami. Selain itu, peserta pertama yang mendaftar akan menerima hadiah eksklusif—jadi pastikan anda menempah tempat anda lebih awal!

Mengenai Penganjur:

GB Motorcycles Sdn Bhd: Nama yang dipercayai dalam industri motosikal, GB Motorcycles telah berkhidmat untuk Wilayah Utara Malaysia dengan komitmen terhadap kecemerlangan dan semangat untuk kenderaan dua roda. Mereka telah berkembang menjadi syarikat motosikal terbesar di Wilayah Utara, dengan portfolio pelbagai jenama motosikal antarabangsa yang terkenal.

Sheng Fatt Motor: Dikenali sebagai sebuah pengedar jenama premium yang sah, Sheng Fatt Motor mengkhusus dalam motosikal super dan motosikal, menyediakan penunggang pilihan terbaik di pasaran.

Butiran acara:

Haribulan: September 6-8, 2024
Tempat: Dewan Konsep Bandar Auto Juru, Pulau Pinang
Kemasukan: Percuma

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar untuk hadiah eksklusif, layarihttps://bit.ly/Hulala2024.

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) bekerjasama dengan iMotorbike untuk menawarkan jaminan lanjutan kepada motosikal pra-milik.

Daripada siaran media:

iMotorbike, laman web terkemuka Asia Tenggara untuk membeli dan menjual motosikal terpakai, mengumumkan kerjasama dengan syarikat insurans motor terbesar Malaysia, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (“Allianz General”) hari ini. Perkongsian antara iMotorbike dan Allianz General membawa jaminan lanjutan kepada pengguna yang membeli motosikal pra-milik daripada iMotorbike, menawarkan perlindungan dan keselamatan yang dipertingkatkan untuk pengalaman menunggang tanpa kebimbangan.

Dengan kerjasama ini, sebagai tambahan kepada waranti 6 bulan percuma yang disertakan dengan pembelian motosikal mereka, pelanggan boleh mendapat manfaat daripada rangkaian meluas Allianz Partners Malaysia (“Allianz Partners”) pembaikan 83-panel di seluruh negara, yang pakar dalam pembaikan berkaitan jaminan. Ini menambah pemeriksaan 170 mata dan polisi pemulangan 6 hari iMotorbike yang sudah komprehensif.

Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General menyatakan, “Di Allianz General, kami berusaha untuk memberikan perlindungan menyeluruh yang disesuaikan dengan keperluan peminat motosikal dari seluruh Malaysia. Kami teruja bahawa perkongsian dengan iMotorbike ini mempunyai manfaat bersama untuk kedua-dua pihak, sementara kami juga berbangga untuk mengembangkan jejak digital kami di negara ini, terutamanya berkaitan dengan segmen motor.

Waranti lanjutan tambahan meliputi bahagian motosikal termasuk enjin, Unit Kawalan Enjin (ECU) dan kotak gear. Pelanggan boleh mendapat manfaat daripada talian bantuan khusus yang disediakan oleh pembaikan 83-panel Allianz Partner, meningkatkan sokongan dan kemudahan untuk lebih ketenangan fikiran apabila membeli motosikal terpakai.

Keselamatan dan kepuasan pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami di iMotorbike. Selaras dengan komitmen ini, kami telah melanjutkan waranti percuma 6 bulan standard kami untuk menawarkan pilihan 12 hingga 24 bulan bagi mereka yang ingin menambah lebih keselamatan pada pembelian mereka. Waranti lanjutan ini mencerminkan dedikasi kami untuk menawarkan motosikal dengan kualiti tertinggi dan memastikan pemilik baharu dilindungi daripada sebarang kos yang tidak dijangka Dengan tawaran baharu ini, kami berharap dapat memberi kesan positif kepada komuniti motosikal dan meningkatkan lagi pengalaman pemilikan secara keseluruhan ,” kongsi Gil Carmo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas iMotorbike.

Ditubuhkan pada 2016, iMotorbike telah mengukuhkan dirinya sebagai pemain utama dalam pasaran dua roda Asia Tenggara, memberikan platform yang telus dan lancar untuk membeli dan menjual motosikal terpakai. Sehingga 2024, platform ini mempunyai lebih 8 pusat pemeriksaan dan mempunyai kehadiran di Malaysia dan Vietnam. Memandang ke hadapan, iMotorbike menyasarkan untuk terus menetapkan penanda aras industri dan meningkatkan pengalaman pelanggan dalam pasaran motosikal terpakai.

Tidak dapat dinafikan bahawa BMW S 1000 RR adalah kejayaan besar di kalangan peminat motosikal Malaysia. Justeru itu kumpulan BMW S 1000 RR/HP4 telah menganjurkan BMW S1K Mega Gathering 2024 yang berlangsung pada 10 Ogos 2024.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, edisi terbaru ini menyaksikan pemilik menunggang motosikal mereka Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Lebih 430 peserta menyertai acara tersebut.

Daripada siaran media:

Kumpulan BMW S 1000 RR/HP4 telah menyemarakkan semangat peminat motosikal dengan membawa kembali acara BMW S1K Mega Gathering yang sangat dinanti-nantikan, diadakan pada 10 Ogos 2024, dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Berlangsung dengan meriah di Le Chavelier Ballroom, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, acara ini menghimpunkan lebih 430 peserta, termasuk penunggang model ikonik BMW S 1000 RR, BMW M 1000 RR, BMW S 1000 R, BMW M 1000 R dan BMW HP4, bersama rakan niaga, pengedar dan penaja yang dihormati.

Acara BMW S1K Mega Gathering 2024 membawakan satu hari yang penuh dengan keseronokan bermotosikal, dan turut menampilkan sesi tunggang uji eksklusif model elektrik canggih BMW Motorrad iaitu BMW CE 02 dan BMW CE 04. Acara tersebut bukan sahaja bertujuan memperlihatkan komitmen BMW Group Malaysia terhadap prestasi dan inovasi dalam segmen motosikal premium, malah menawarkan peluang unik buat peserta untuk merasai masa hadapan mobiliti bandar.

Acara dimulakan dengan mesej video oleh Toprak Razgatlıoğlu, juara dunia pelumba motosikal dari Turki yang juga pelumba baharu BMW Group untuk Kejohanan Superbike Dunia. Beliau mencipta sejarah dengan merekodkan 13 kemenangan perlumbaan Superbike Dunia berturut-turut – rekod pertama dalam sejarah kejohanan – menggunakan BMW M 1000 RR. Selain itu, acara kemuncak BMW S1K Mega Gathering 2024 membawakan penampilan istimewa Azlan Shah bin Kamaruzaman, pelumba motosikal Grand Prix profesional Malaysia yang terkenal dan kini bertanding dalam kelas ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia menggunakan BMW S 1000 RR.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “BMW S1K Mega Gathering 2024 menekankan komitmen kami untuk Make Life A Ride, di samping memupuk komuniti motosikal yang sungguh bersemangat. Perhimpunan ini bukan sahaja mengenai keakraban serta minat bersama terhadap keterujaan di jalan raya dan litar lumba, tetapi juga meraikan warisan luar biasa motosikal lasak premium kami. Pada masa yang sama, kami juga mengambil peluang ini untuk menonjolkan semangat perintis model elektrik kami, membawa semangat pengembaraan ke masa hadapan.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. menyokong DEL Racing dan WR Performance untuk membentuk pasukan Yamaha bagi menyahut cabaran rali Rimba Raid 2024.

Pasukan itu yang diuruskan oleh Dato’ Eric Loo, akan menurunkan Muhamad Fareez dan Alan Ng sebagai penunggang. Mereka akan menggunakan jentera Yamaha T7 Ténéré yang telah membuktikan dirinya sebagai jentera yang mendominasi perlumbaan sejak dua tahun lalu. Bagi WR Performance pula, mereka akan memberikan sokongan teknikal dan tayar Motoz kepada pasukan.

Ia menandakan penglibatan rasmi yang sulung bagi Hong Leong Yamaha dalam Rimba Raid. Yamaha T7 Ténéré meletakkan penyertaan mereka dalam Kelas B untuk motosikal berbilang silinder antara 250cc hingga 999cc. Kerjasama dengan DEL Racing dan WR Performance ini akan diteruskan untuk Rimba Raid 2025.

Rimba Raid 2024 akan berlangsung dari 25-29 September di Lenggong, Perak, berpindah dari wilayah biasa mereka di Pahang.

Statistik polis menunjukkan bahawa angka kematian akibat lumba haram meningkat dengan mendadak di daerah Sungai Buloh dalam tempon Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, “Setakat ini, sebanyak 11 penunggang motosikal dilaporkan maut akibat aktiviti berlumba dengan tujuh kertas siasatan dibuka berbanding tempoh sama tahun lalu dengan tiga penunggang motosikal maut dan tiga kertas siasatan dibuka.

Peningkatan ini amatlah membimbangkan. Justeru itu, ibu bapa atau penjaga haruslah peka dan cakna dalam mengawal kegiatan anak-anak masing-masing.

Khususnya anak-anak dibawah umur, terutama pada waktu malam agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lumba haram yang boleh mengancam dan meragut nyawa mereka serta membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Tegas beliau, penunggang motosikal di bawah umur dan penjaga boleh dituduh mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu bawah umur dan membenarkan orang lain yang tidak memiliki lesen memandu.

Jika disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ibu bapa boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian, dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Mohd Hafiz berkata dalam isu lumba haram ini, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras kegiatan itu.

Beliau berkata demikian berhubung sebuah kes di mana dua orang budak berusia 13 tahun maut akibat bertembung ketika mereka membuat aksi “wheelie.” Kejadian berlaku di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong, Shah Alam, malam tadi.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube