Bikesrepublic

Sepuluh Tips Ringkas Bagi Mempertingkatkan Lagi Kemahiran Menunggang Anda

Sumber imej: Revzilla.com

 

  • Salah satu aspek terbaik mengenai menunggang adalah usaha yang tiada pengakhirannya untuk menunggang dengan lebih baik.
  • Kemahiran menunggang perlulah dipelajari dengan betul dan diasah dari masa ke semasa.
  • Ianya berguna untuk ke semua penunggang tidak kira umur serta pengalaman.

Dengan hujung minggu panjang serta tahun baru yang bakal tiba ini, pasti ramai di kalangan penunggang motosikal yang akan keluar menunggang dan mengembara. Selain daripada menyiapkan diri dari segi logistik, pastikan diri anda bersedia dari segi penunggangan juga. Di sini kami senaraikan Sepuluh Tips Ringkas bagi Mempertingkatkan Lagi Kemahiran Menunggang Anda sebagai bantuan untuk para pembaca semua.

Asas-asas penunggangan mana mana motosikal tetap sama, tidak kiralah sama ada anda baru mendapat lesen anda, ataupun telah menunggang sejak berpuluh tahun lamanya. Namun begitu, di mana motosikal dan teknologi yang berkaitan dengannya seperti tayar, brek, casis, elektronik, dan pengagihan berat telah diperbaiki dengan hebatnya dalam dekad yang lepas sahaja, para penunggang perlu juga memperbaiki kemahiran supaya setanding dengannya. Ke semua teknologi berkenaan dapat membantu dari segi keselamatan dan keseronokan menunggang tetapi tidak berguna langsung sekiranya penunggangnya tidak dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan.

1. MEMANDU-ARAH

Motosikal tidak boleh memandu-arah dirinya sendiri.

Anda sebagai penungganglah yang perlu memandu-arah berlawanan (countersteer).

Anda tolak palang pemegang kiri untuk ke kiri, dan tolak palang pemegang kanan untuk ke kanan. Tahap pemandu-arahan (betapa pantas motosikal membelok) bertindak balas pada jumlah kuasa dan kelajuan yang anda kenakan pada palang pemegang. Ini bermakna; Sekiranya anda menolak palang pemegang kanan dengan keras dan secara tiba-tiba, motosikal itu akan membelok ke kanan dengan lebih pantas, dan begitulah sebaliknya.

Belajar untuk memandu-arah berlawanan secara aktif akan membolehkan anda memandu-arah motosikal ke mana yang anda mahu secara jitu.

Sumber imej: sPEEDY pADDY

2. KAWALAN PENDIKIT

Jangan buat pendikit anda seperti suis hidup/mati.

Sebaliknya, kawalan pendikit yang baik memainkan peranan yang besar dalam mengawal pengagihan berat bahagian hadapan dan belakang motosikal, beserta cengkaman tayar, tindak balas suspensi, kelancaran serta kelajuan menyeluruh. Ia sepatutnya dikawal pulasannya, bukannya dipulas semahunya dan dilepaskannya begitu sahaja. Ianya teramatlah penting sekali terutamanya ketika menyelekoh mahu pun menunggang di atas jalan raya yang licin.

Ketika menghampiri selekoh, ikuti satu garisan yang membolehkan anda untuk menggunakan pendikit sepantas yang boleh. Masuk selekoh, pulas pendikit dengan lancar dan kekalkannya ketika anda melepasi selekoh itu. Janganlah menukar-nukar kadar pulasan pendikit sewaktu di tengah-tengah selekoh kerana ianya akan menghilangkan keseimbangan motosikal dan mengurangkan cengkaman tayar motosikal.

Jadi, garisan manakah yang paling sesuai untuk merentasi selekoh? Garisan yang membolehkan anda memulas pendikit paling awal, sepanjang selekoh, dan sewaktu keluar dari selekoh.

Sumber imej: dreamtime.com

3. PENGLIHATAN

“Motosikal anda akan pergi ke mana yang anda tengok.” Sematkanlah kata-kata ini di dalam minda anda supaya anda tidak pernah terlupa akannya.

Tidak dinafikan, memalingkan pandangan dari benda yang merbahaya amat sukar untuk dilakukan kerana otak kita telah diprogram untuk sentiasa berwaspada. Namun di atas motosikal, menumpukan mata anda pada tahi lembu yang ada depan anda akan memastikan yang anda akan melanggarnya. Ianya dinamakan “penumpuan sasaran”.

Sumber imej: Cycle World

Saksikanlah video di bawah (sumber dari saluran YouTube RNickey Mouse)

Apabila berhadapan dengan keadaan merbahaya, carilah jalan keluar dan pandu-arah ke arah pilihan yang terbaik, dan bukannya ke arah benda yang anda ingin elakkan. Ianya akan memastikan yang anda tidak terlenyek tahi lembu dan mengotorkan motosikal dan diri anda, dan begitu juga mengelakkan anda dari melanggar kereta yang telah memasuki laluan anda.

4. PEMBREKAN

Apakah satu-satunya komponen yang paling berkuasa pada motosikal anda?

Enjinnya? Bukan. Ianya adalah breknya.

Tiada komponen yang lain selainnya yang dapat menafsirkan maklumat yang diberikan oleh penunggang menjadi sebuah tindak balas yang sebegitu besar. Seperti pendikit motosikal, anda patut mula menganggap brek sebagai alat yang anda gunakan bagi mencapai halaju sasaran anda – misalnya sewaktu di selekoh- dan bukannya sekadar sebuah suis hidup/mati.

Dan seperti pendikit motosikal juga, brek perlulah dioperasikan secara lancar. Jangan sesekali anda merenggutnya dengan kasar. Malah, sekiranya dilakukan dengan betul, melepaskan pulasan pendikit sewaktu anda beralih kepada brek dan bertukar kembali kepada pendikit dengan lancar akan memperkemaskan lagi cara menunggang anda.

Juga, pastikan anda mengepitkan lutut anda ke tangki bahanapi dan lengan serta siku anda sesantai mungkin sewaktu anda mengerjakan brek.

Mengeraskan lengan dan siku anda dengan menguncinya akan membuatkannya tidak dapat membantu anda untuk memandu-arah motosikal menjauhi bahaya.

Selain itu, dengan mengeraskan lengan dan siku anda akan memindahkan keseluruhan kuasa daya henti ke arahnya dan dan badan anda, menyebabkan anda merasakan yang anda telah mencapai had suspensi, brek, dan tayar anda, apabila anda sebenarnya boleh lagi menggunakan breknya itu.

5. BIAR IA MENGGELONGSOR

Kami faham, darah anda pasti akan berderau apabila tayar hilang cengkaman dan ‘menendang’. Tetapi adakah ianya satu perkara yang buruk? Melainkan motosikal anda sudah berubah kedudukan (di mana bahagian belakang lebih hadapan daripada bahagian depan), akan sentiasa ada kemungkinan untuk menyelamatkannya.

Cara yang terbaik untuk berlatih cara menggelongsor adalah di atas motosikal dirtbike di atas litar tanah merah. Bermain dirt bike akan mengajar badan anda bagaimana untuk bertindak balas kepada gelongsoran dengan menggunakan keseluruhan kemahiran yang telah anda pelajari. Apabila anda kembali ke atas jalan raya berturap, anda tidak akan panik apabila tayar menggelongsor. (Tempat terbaik untuk belajar adalah di Most Fun Gym, tempat di mana kami berlatih.)

Walau bagaimana pun, teknik asasnya adalah untuk sentiasa menunggang dengan santai walaupun ketika motosikal menggelongsor. Motosikal yang bergelongsor bukannya bermakna yang ianya di luar kawalan. Sebaliknya, tayar yang menggelongsor bermakna yang ianya sedang mencari posisi yang stabil. Menunggang dengan kerasa bermakna anda hanya melawannya dari mencari posisi ini. Jadi, biarkan sahaja ia menggelongsor, dan anda mengawal pandu-arah, kawalan pendikit, dan penglihatan.

6. MENYELEKOH

Apa lagi kegunaan motosikal jika tidak untuk menangani selekoh dengan laju!

Praktikkan apa yang anda pelajari di atas mengenai pemanduan-arah berlawanan, kawalan pendikit, pembrekan, penglihatan, dan menggelongsor – dalam turutan yang betul – dan anda pasti mendapati diri anda menangani selekoh dengan laju tanpa teragak-agak.

7. SERTAI HARI LITAR

Tempat terbaik untuk berlatih ke semua kemahiran yang telah anda pelajari sudah semestinya di atas litar.

Sesi litar sering kali terbahagi kepada beberapa kelas’, jadi anda boleh menyertai kelas permulaan bagi menghindari diri dari terlalu gemuruh berdepan dengan penunggang lain yang lebih pantas.

Tidak perlu dinyatakan lagi yang litar membekalkan persekitaran yang terbaik, bukan sahaja untuk perlumbaan tetapi juga untuk penunggangan sejati, dengan adanya banyak kawasan ‘run-off’ dan semua orang bergerak ke arah yang sama; tiada sebarang gangguan daripada pengguna jalan raya yang lain mahu pun segala kecelaan yang ada di jalan raya awam seperti bonggol, lubang atau tumpahan minyak di atasnya.

Oleh kerana anda menunggang pada kelajuan yang lebih tinggi di atas litar, anda akan mendapati diri mempunyai lebih kawalan sewaktu anda berada di dalam keadaan dunia sebenar – cuma beringatlah, jangan pula anda membawa selaju di atas litar perlumbaan ketika kembali ke jalan raya.

8. BACALAH

Beli buku dan tontonilah video. Belajar, dan kemudiannya pergilah berlatih, kerana itulah cara yang terbaik sekali.

Buku-buku yang kami syorkan adalah A Twist of the Wrist Vol. II, tulisan Keith Code, Sport Riding Techniques: How to Develop real World Skills for Speed, Safety, and Confidence on the Street and Track, tulisan Nick Lenatsch, dan Total Control, tulisan Lee Parks.

Mendapatkan tunjuk ajar dari rakan anda mungkin berhasil, tetapi lebih baik anda dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai. Lebih elok sekiranya anda mempelajari dari guru yang betul, atau sekurang-kurangnya dari rakan yang pernah menyertai sekolah menunggang yang rasmi.

9. CARI GURU YANG BETUL

Seperti yang telah disebutkan di no. 8, cara terbaik adalah dengan adanya seorang pengajar menyaksikan cara anda menunggang dan memberi ulasan mengenai cara tunggangan anda.

Sekolah menunggang akan memberi tunjuk ajar mengenai asas-asasnya dan anda sentiasa boleh mengembangkan gaya menunggang anda sendiri dengan cara yang betul. Belajar menunggang secara sendirian akan mendedahkan anda kepada pelbagai gaya dan anda mungkin sekali akan membentuk tabiat menunggang yang buruk.

Kami sentiasa mengesyorkan kepada mana-mana penunggang untuk belajar ‘dirt riding’. Seperti mana cogan kata Most Fun Gym, “Learn offroad, master all roads”, belajar menunggang di atas tanah merah akan menjadikan anda penunggang yang lebih baik dan juga selamat. Sebab itulah kebanyakan penunggang ternama dunia mempelajari ‘dirt riding’.

10. SELENGGARA MOTOSIKAL ANDA SENDIRI

Melakukan penyelenggaraan anda sendiri bermakna anda akan mengetahui dengan lebih mendalam tentang motosikal anda. Selain itu, anda juga lebih berkemungkinan untuk terasa lebih rapat dengan jentera anda dan menjaganya dengan lebih baik, dan bukan hanya membawanya dengan semberono.

Melakukan penyelenggaraan anda sendiri juga akan membolehkan anda mengesan sebarang masalah yang mungkin timbul pada motosikal anda.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube