Bikesrepublic

Pusat Perkhidmatan Rasmi Harley-Davidson Di Petaling Jaya Kini Dibuka!

Berita hebat buat semua pemilik Harley-Davidson di Malaysia! Pusat perkhidmatan rasmi Harley-Davidson di The Gasket Alley telah dibuka secara rasminya semalam (Sabtu, 8 Disember).

Dibina dengan perbelanjaan berjumlah RM1.5 juta, pusat perkhidmatan terbaru ini bercirikan alatan-alatan yang unik dan juga turut memiliki jek hidraulik yang telah diterbangkan khas sama ada dari Eropah atau pun Amerika Syarikat. Peralatan-peralatan yang unik ini telah direka khas untuk kegunaan motosikal Harley-Davidson.

Juruteknik-juruteknik beserta dengan pasukan pengurusannya telah mendapat latihan di Harley-Davidson Universiti di Bangkok, dan bertauliah dalam menyelenggara sebarang model motosikal Harley-Davidson.

Apa yang berbeza untuk kali ini adalah pusat perkhidmatan ini terbuka untuk SEMUA motosikal Harley Davidson, tidak kiralah sama ada ianya di beli daripada pengedar rasmi, atau terpakai, atau dari ‘grey market’. Pusat perkhidmatan yang baru ini tidak mengenakan yuran “localisation” atau “initilisation“, dan akan memberikan khidmat penyelenggaraan bagi ke semua motosikal Harley-Davidson.

Dalam satu temuramah yang telah diadakan baru-baru ini bersama Johan Kleinsteuber (gambar di atas), Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Markets, telah timbul soalan mengenai perkhidmatan selepas jualan, yang mana Johan telah menjawab,”Secara peribadi saya akan menggalakkan pemilik ‘grey market’ untuk mengunjungi bengkel yang disahkan. Saya sendiri adalah seorang penunggang dan saya sentiasa akan mahukan motosikal saya dalam keadaan yang sebaik mungkin kerana yang paling penting sekali sudah mestinya keselamatan. Kaki tangan pengedar kami ke semuanya terlatih sepenuhnya. Mereka telah menjalani keseluruhan proses latihan dan menghadiri Harley-Davidson Universiti di Bangkok, jadi, mereka dijamin akan menyediakan perkhidmatan pada tahap kualiti yang tertinggi. Secara dasarnya, inilah apa yang kami ingin bawakan kepada pengguna kami, untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman pemilikan sepenuhnya.” (Anda boleh baca keseluruhan temuramah berkenaan DI SINI)

Pembukaan pusat perkhidmatan rasmi berkenaan bakal disusuli dengan pelancaran bilik pameran Harley-Davidson yang serba baru di The Gasket Alley, yang telah dijadualkan untuk berlangsung pada bulan hadapan.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, layarilah laman Facebook The Gasket Alley.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube