Bikesrepublic

MForce Bike Holdings Menjawab “Isu” Viral Benda LFC 700 Pro

Sekali lagi platform media sosial menjadi tempat mengadu dan meng-viral-kan “isu.”. Media sosial merupakan platform untuk mengongsi pendapat, pengetahuan, dan mengadu perasaan, namun pengongsian masalah yang boleh diselesaikan secara baik malangnya menjadi isu yang diperbesarkan sehingga khabar angin dan fitnah menjadi sesuatu yang difikirkan sebagai “fakta nyata.” Kami bukan berkata seseorang pemilik motosikal harus berdiam diri jika ia menghadapi sesuatu masalah, khususnya ketika kenderaan itu masih baharu. Kami sebagai pembeli turut bersetuju yang kita memang wajib membuat aduan jika tidak berpuas hati dengan apa yang kita beli dengan wang kami. Perbezaannya jika sesuatu keluhan membawa segala tomahan yang tidak berasas dan mengundang pelbagai komen yang tidak sepatutnya termasuklah memainkan isu perkauman. Begitulah terjadinya terhadap suatu masalah yang dihadapi oleh seorang pemilik sebuah Benda LFC 700 PRO yang diedarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Menurut syarikat itu di dalam satu siaran media, mereka telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik motosikal tersebut. Mereka juga mengaku bahawa kes telah dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan telah dibicarakan mengikut prosedur, serta mendapatkan keputusan.

MForce turut membangkitkan isu mengenai hebahan di sosial media yang tidak berasas, seperti apa yang kami katakan tadi.

Berikutnya ialah siaran media tersebut:

Mforce dengan ini mengesahkan bahawa kami adalah pengedar rasmi motosikal jenama BENDA di Malaysia, termasuk model LFC 700PRO.

Baru-baru ini, terdapat hantaran di media sosial berhubung ketidakpuasan hati seorang pengguna terhadap kualiti motosikal model LFC 700PRO. Pihak kami ingin menjelaskan bahawa isu tersebut telahpun ditangani mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

Antara langkah yang telah diambil adalah seperti berikut:

  1. Motosikal berkenaan telah dibaik pulih sepenuhnya kerana masih dalam tempoh jaminan.
  2. Pemilik motosikal tersebut telah membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), dan kes telah dibicarakan mengikut prosedur serta keputusan telah pun diperoleh.

Dengan ini, pihak kami menegaskan bahawa isu tersebut telah selesai melalui saluran yang sah.

Walau bagaimanapun, kami kesal kerana perkara ini telah dihebahkan di media sosial dengan cara yang tidak wajar sehingga boleh menjejaskan nama baik syarikat serta jenama yang kami wakili. Oleh itu, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi reputasi syarikat serta memastikan pengguna menerima maklumat yang tepat serta perkhidmatan selepas jualan yang baik seperti yang dijanjikan.

Mforce sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik serta memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami. Kami juga ingin menegaskan bahawa semua produk di bawah pengedaran Mforce adalah dilindungi oleh jaminan sah, dan sebarang isu teknikal akan ditangani secara profesional.

Terima kasih,
Pihak Pengurusan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

 

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan