Bikesrepublic

Marco Melandri Umum Persaraan Di Usia 36 Tahun

Lima kali juara dunia MotoGP dan kini sedang beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Marco Melandri, mengumumkan persaraan daripada arena perlumbaan dua roda.

Pelumba berusia 36 tahun itu mengumumkan bahawa dia bakal melabuhkan tirai kariernya sebaik musim WSBK berakhir hujung tahun ini dalam satu sidang media yang diadakan di Milan, Itali, semalam.

Melandri bergelut sejak menyertai pasukan GRT Yamaha musim ini – yang menggunakan jentera Yamah R1 – setelah kehilangan tempat di Ducati pada 2018 yang menyaksikan posisinya digantikan dengan Alvaro Bautista.

Dia kini menduduki tempat kesembilan dengan saigan berbaki lima pusingan dengan pencapaian terbaiknya adalah di Philip Island dan Jerez apabila muncul pelumba ketiga terbaik.

“Keputusan ini amat berat untuk dilakukan. Saya telah fikir sedalam-dalamnya dan sebelum perlumbaan di Imola, saya memutuskan untuk menamatkan karier saya di hujung musim 2019,” jelasnya.

Melandari meninggalkan saingan MotoGP pada 2015 ketika itu bersama pasukan Aprilia selepas lapan pusingan. Dia kemudiannya dipikat Ducati bagi saingan WSBK 2017.

Sebelum ini, Melandri pernah menamatkan aksi MotoGP 2005 di tempat kedua – bersama pasukan Gresini Honda – di belakang juara, Valentino Rossi dan pernah mewakiki Ducati dan Hayate (kini dikenali sebagai Forward Racing).

Ketika Melandri berhenti daripada MotoGP buat kali pertama pada 2010 dan sertai WSBK pada tahun berikutnya, dia berjaya menamatkan saingan di kedudukan kedua bersama pasukan Yamaha.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube