Bikesrepublic

JAWI Menyiasat Kes Cakera Brek Motosikal dengan Simbol Lucah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat siasatan lanjut berkaitan sebuah video tular membabitkan pengeluaran dan penggunaan cakera brek motosikal yang mempunyai lambang lucah.

Pengarahnya, Hanifuddin Roslan, berkata, ia melibatkan pengeluaran barangan yang tidak sopan dan bertentangan dengan tatasusila rakyat Malaysia.

Bagaimanapun beliau berkata, lokasi pengeluaran barangan berkenaan tidak dimaklumkan.
“Oleh itu pihak kami akan membuat siasatan lanjut dan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKK).

“Jawi turut menasihati para pengeluar dan pengguna agar tidak menggunakan apa-apa lambang lucah pada produk dan barang kegunaan mereka,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu beliau berkata, pihaknya mengesan isu berkenaan menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial bernama Shinji Nagato.

Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan menyatakan kekesalan terhadap pengeluaran dan penggunaan brek cakera motosikal yang mempunyai lambang lucah serta menggesa pihak berkuasa bertindak segera.

Namun, Shinji Nagato nampaknya mengejek kembali laporan tersebut menerusi suatu ciapan yang menyatakan bahawa dia tidak boleh menunjukkan brek depan sebuah motosikal kerana ia “terlebih lucah.”

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan