Bikesrepublic

Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau Ditutup

Laluan di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Pos Blau, ditutup kepada semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan menerusi Facebook penutupan bermula hari ini (3 Disember) sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan dua laluan alternatif sebagai jalan perhubungan sementara.

Pengguna jalan raya dari Gua Musang yang mahu ke Cameron Highlands, Pahang boleh menggunakan laluan Sungai Koyan-Ringlet-Cameron Highlands.

Untuk ke Ipoh, Perak pula, pengguna boleh menggunakan laluan Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh.

jalan gua musang-lojing

Dalam pada masa yang sama, sebuah kereta telah terjatuh ke dalam gaung di kawasan tersebut apabila pemandunya mengingkari arahan jalan tutup.

Dalam kejadian pada 5 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang ke Pasir Putihter jatuh ke dalam gaung tanah runtuh bersama kenderaannya kerana melalui laluan yang sudah ditutup bermula 12 tengah malam.

Kejadian terbabit disedari seorang pekerja Roadcare (M) Sdn Bhd yang sedang memantau kawasan terbabit apabila mendengar suara orang meminta tolong.

Mangsa yang diselamatkan oleh anggota bomba dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk menerima rawatan awal.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan