Bikesrepublic

Italjet Mula Pasarkan Dragster 125 Dan 200 Bermula Disember

Italjet kembali mencuri tumpuan apabila mendedahkan Dragster 125 dan 200 pada 2019 sebagai model 2020.

Skuter dengan gaya agresif dan ala ‘naked’ itu bingkas menarik perhatian ramai pihak sejak dipertontonkan kepada umum.

Namun, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda pada tahun berikutnya telah memberi kekangan pada Italjet dalam memasarkan motosikal tersebut.

Bagaimanapun, jenama itu kembali beri jaminan bahawa Dragster akan mula dipasarkan pada Disember 2021 sebagai model 2022 ketika di EICMA, baru-baru ini.

Italjet Dragster ini akan ditawarkan dalam dua varian, 125cc dan 200cc.

Varian 125cc menghasilkan 13hp daripada enjin satu silinder dengan penyejukan cecair manakala enjin 200cc dengan standard Euro5 menawarkan 18hp.

Lebih menarik, Italjet Dragster ini juga ditawarkan dengan komponen berprestasi tinggi antaranya ekzos Akrapovic, sistem brek Brembo dan suspensi Öhlins.

Sementara itu, Italjet turut mendedahkan bakal lancar model elektrik pada separuh masa kedua 2022 dan akan dinamakan sebagai Dragster e01.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube