Bikesrepublic

Itali Bakal Kuatkuasa Saman RM88,000 Terhadap Pesalah Buang Sampah Dari Kenderaan

Pengarang ini baru sahaja melawati sebuah air terjun di Hulu Langat, dan mendapati kawasan tersebut serta pinggiran jalan dipenuhi sampah-sarap seperti botol air, cawan plastik, pembalut makanan, puntung rokok, lampin pakai buang, dan berbagai lagi. Malah, bau sampah sarap menyengat hidung sebaik sahaja kami membuka pintu kereta. Ia merupakan sesuatu yang jijik dan memalukan.

Sampah rubbish littering

Namun perkara ini juga berlaku di beberapa negara lain, termasuk di Itali. Oleh itu kerajaan negara itu mengambil langkah untuk menguatkuasakan undang-undang baharu dimana pesalah yang membuang sampah daripada kenderaan mereka boleh disaman sehingga €18,000 (RM88,464.96).

Undang-undang tersebut terpakai tidak kira samada pesalah membuang sampah daripada kenderaan yang bergerak ataupun tidak bergerak.

Tambah lagi, seseorang pesalah boleh dilucutkan lesen memandunya, atau/dan berdepan hukuman penjara jika didapati membuang sampah di kawasan rizab alam semula jadi atau kawasan perlindungan lain.

Itali sudah pun mengenakan denda sehingga €1,188 (RM8,843) sebelum ini terhadap pembuangan barangan seperti tisu, botol plastik dan puntung rokok.

Pesalah tidak lagi perlu ditangkap ketika melakukan kesalahan dan dihentikan oleh polis seperti sebelum ini, kerana rakaman daripada kamera pengawasan sudah memadai untuk membuktikan kesalahan.

Sampah sering dibuang begitu sahaja di jalan-jalan di Itali, sama ada di kawasan bandar mahupun di jalan kampung dan lebuh raya. Malah, sesetengah jalan di kawasan tumpuan pelancong turut kelihatan seperti tapak pembuangan sampah.

Peraturan baharu ini turut terpakai kepada pelancong asing.

Sebagai perbandingan, denda daripada RM2,000 hingga RM10,000 boleh dikenakan terhadap pesalah yang membuang sampah merata di Malaysia. Mahkamah juga boleh mengarahkan pesalah melakukan perkhidmatan komuniti. Namun, penguatkuasaan amat lemah di sini, ditambah pula dengan mentaliti sesetengah individu yang tidak tergamak untuk membuang sampan secara merata.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan