Bikesrepublic

Isu Marshal, Konvoi Motosikal akan Dibincangkan Dalam Dialog Khas PDRM

Isu marshal dan konvoi motosikal merupakan salah satu fokus di dalam Siri Dialog Khas kali keempat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijadualkan berlangsung pada suku keempat tahun ini. Dialog tersebut akan memberi fokus kepada aspek keselamatan jalan raya dan pengurusan trafik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia kerana isu keselamatan jalan raya adalah cabaran berterusan yang menuntut perhatian serius serta pendekatan strategik.

Menurutnya, antara isu yang akan dibincangkan termasuk konvoi dan marshal motosikal memandangkan trend terbabit menimbulkan risiko keselamatan, malah boleh membabitkan kehilangan nyawa.

Kita akan bincangkan pelbagai perkara, termasuk isu konvoi. Sebenarnya, prosedur operasi standard (SOP) tentu ada.

Bagaimanapun, marshal yang dilantik penganjur ada limitasi. Mereka tidak boleh mengawal kenderaan lain atau mengatasi lampu isyarat (dan sebagainya),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Siri Dialog Khas III PDRM di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, hari ini.

Sebelum ini, lima kematian akibat kemalangan direkodkan sepanjang himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan berkata, kerjasama polis akan terus dipertingkatkan lagi, terutama untuk memudahkan dan membantu (peserta).

Katanya, ia termasuk menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekiranya terdapat peserta yang melakukan kesalahan seperti menunggang dengan aksi berbahaya atau mengganggu pengguna jalan raya lain.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan