Bikesrepublic

Isle Of Man TT 2022 Buka Tirai Dengan Kematian Pelumba Britain

Pelumba Britain, Mark Purslow disahkan meninggal dunia susulan kemalangan ketika sesi kelayakan perlumbaan Isle of Man TT 2022.

Perkara itu disahkan pihak penganjur dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Kami mahu mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat Mark,” jelasnya.

Bagaimanapun, pihak penganjur turut memaklumkan bahawa perlumbaan IOMTT 2022 akan diteruskan.

Purslow sedang memasuki lap ketiga sewaktu pusingan kelayakan keempat sebelum kemalangan berlaku. Difahamkan, kelajuan Purslow ketika itu adalah sekitar 190km/j.

Ini merupakan perlumbaan kedua IOMTT bagi pelumba berusia 29 tahun itu selepas beraksi di kategori Supersport dan Lightweight pada 2017.

Mangsa juga pernah bertanding di Classic TT dan memenangi Manx GP 2015 (lightweight).

IOMTT kembali untuk sesi 2022 selepas dua tahun menyepi ekoran pandemik Covid-19.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan