Bikesrepublic

Honda CB1000F SE (2026) Dilancarkan di Suzuka 8-Hours

Honda CB1000F SE (2026) yang dinanti-nanti telah dilancarkan di Suzuku 8-Hour Endurance Race pada hujung minggu lepas. Dan ya, Honda memenangi perlumbaan tersebut.

Seperti yang kami terbitkan sebelum ini, model ini mengikut konsep yang dilancarkan di Tokyo Motorcycle Show pada Mac lalu, tetapi dengan fairing bikini yang dipasang pada lampu hadapan.

Tidak banyak maklumat tentang motosikal ini, tetapi kami dapat mengenal pasti bahawa ia berdasarkan platform CB1000R/CB1000 (Hornet 1000). Enjin, rangka, rangka belakang, dan lengan ayun adalah sama, jadi perbezaan utamanya terletak pada rekabentuk badan motosikal.

Enjinnya ialah 1000cc, penyejukan cecair, DOHC, 16-injap, empat silinder sebaris yang menghasilkan 155 hp dan 107 Nm. Ia diambil dari Honda CBR1000RR Fireblade 2017, walaupun ditala untuk tork julat RPM rendah dan pertengahan.

Bagi rangka, ia menggunakan tiub keluli. CB1000F ditunjukkan dengan fork hitam dan monoshok dengan gegelung spring hitam, berbeza dengan fork emas dan monoshok Öhlins TTX36 pada CB1000 (Hornet 1000) SE. Selain itu, CB1000 SE mempunyai kaliper brek Brembo Stylema di bahagian depan.

Badan CB1000F SE jelas diinspirasi oleh CB900F yang diperkenalkan pada 1979, 10 tahun selepas Honda melancarkan CB750 yang revolusioner, yang digelar “superbike pertama” pada 1969. Walaubagaimanapun, pelananya menyerupai pelana lumba yang dipotong pada CB900F yang digunakan oleh Freddie Spencer dalam Kejohanan AMA Superbike. Selain itu, CB1000F menggunakan sistem ekzos 4-ke-1 yang berakhir dengan peredam bunyi berbentuk megafon.

Gambar dari Honda Jepun juga menunjukkan quickshifter, skrin TFT, dan suis hendal yang sama dengan siri CB1000 semasa.

Harga Honda CB1000F SE (2026) tidak didedahkan semasa acara tersebut. Walauapapun, kami tidak sabar menunggu ketibaannya!

Galeri foto

Honda CB1000 SP (2025) – Tunggang Uji dan Ulasan

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan