- Model Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 telah pun dilancarkan.
- Ia bercirikan rupa paras yang baharu beserta komponen yang dirombak semula.
- Ia masih menggunakan enjin 636cc namun telah ditala untuk mematuhi piawaian Euro4.
Hakim dalam kes kemalangan Nicky Hayden telah menyabitkan pemandu kereta yang telah melanggar Nicky Hayden dengan kesalahan homisid.
Pemandu berkenaan telah dijatuhkan hukuman penjara setahun, lesennya ditarik balik dan perlu menanggung kos mahkamah.
Keluarga Hayden juga akan meneruskan dengan saman sivil berjumlah $6 juta terhadap pemandu tersebut.
Omar Jumiran, pembina motosikal buatan khas dari Eastern Bobber, telah memenangi tempat kedua di kejohanan “AMD World Championship of Custom Bike Building”.
Motosikal buatan khas ciptaan Omar, Bone-X, berjaya mengalahkan pelbagai motosikal buatan khas yang lain.
Perjalanan dan penyertaan Oma di AMD Intermot telah ditaja oleh Motonation.