Bikesrepublic

Berita Terkini

Pasukan Yoshimura SERT Suzuki menjuarai perlumbaan lasak Le Mans 24 Jam untuk kali ke-10 pada hujung minggu.

Pada mulanya, pasukan itu berdepan dengan keadaan cemas apabila salah seorang penunggang mereka, Greg Black, tercampak dan terjatuh ketika keluar daripada selekoh Les Esse Blue. Pasukan itu dapat tahu kemudian bahawa motosikal itu mempunyai masalah kawalan cengkaman. Apapun, Black berjaya membawa motosikal kembali ke pit untuk dibaikki, dan mereka menyertai semula perlumbaan jauh di belakang saingan yang lain.

Kemalangan Black bermakna pasukan perlumbaan YART Yamaha mengambil alih pendahuluan perlumbaan, dan membinanya untuk berada di hadapan dengan beberapa pusingan. Bagaimanapun, Karel Hanika turut terbabas di selekoh yang sama dengan Black pada awal pagi Ahad. Nasib baik, selekoh itu hanya bersebelahan dengan lorong pit, jadi Hanika membawa motosikalnya itu semula ke pit untuk dibaiki. Malangnya, mereka sudah ketinggalan di belakang apabila mereka menyertai semula.

Nasib malang Yamaha memberikan ruang kepada pasukan MRP BMW untuk mendahului perlumbaan, namun mereka mengalami hentian pit yang perlahan.

Pasukan Suzuki mengambil peluang ini untuk kembali mendahului. Penunggang mereka, Black, yang terhempas 20 jam sebelum itu, menebus nasib mereka dengan menunggang secara konsisten pada sesi akhir baginya ke penamat perlumbaan. Ia merupakan kemenangan ke-10 buat Yoshimura SERT Suzuki pada acara itu. Ia juga merupakan kemenangan ketiga pelumba Le Mans 24 Jam.

Pelumba YART Yamaha, Marvin Fritz dan Niccolo Canepa menunggang dengan laju dan akhirnya kembali ke podium di tempat ketiga, di belakang pasukan BMW.

24 Hours of Le Mans (24 Heures Motos) ialah perlumbaan pertama dalam Kejohanan Dunia Endurance FIM 2024. Hanya ada 4 perlumbaan tahun ini, dan malangnya, mereka tidak akan melawat Litar Antarabangsa Sepang.

Dua anggota polis trafik yang ditahan bagi membantu kes pemerasan terhadap orang awam di Bangunan Sultan Ismail (BSI) di Johor Bahru telah kembali bertugas kerana perintah tahanan reman terhadap mereka tamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata mereka sudah bertugas seperti biasa disebabkan tiada perintah tahan kerja dikenakan.

“Mereka kini kembali bertugas di bawah kontinjen Johor seperti biasa sehingga ada arahan perintah tahan kerja (jika ada),” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.

Semalam, polis Johor menyatakan akan mengemukakan surat kepada Bukit Aman bagi mendapatkan perintah tahan kerja terhadap dua anggota polis tersebut.

Dua anggota polis yang bertugas di BSI itu ditahan pada 5 April lalu, bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan seorang mangsa dengan meminta bayaran RM2,000 untuk tidak dikenakan tindakan kerana mempunyai rekod kesalahan lampau dalam kejadian awal bulan ini.

Mereka ditahan sekali lagi pada Sabtu lalu bagi pengaduan yang dikemukakan seorang mangsa berusia 50 tahun yang didakwa diugut kedua-dua suspek ketika berada di BSI, pada 4 Januari lalu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang membangkitkan kebimbangan berhubung pertambahan kesalahan jalan raya membabitkan warga asing. Kesalahan terutama dan semakin serius terutama ialah tiada lesen memandu.

Pengarah JPJ negeri , Zulkifly Ismail, berkata sejak awal Januari hingga hari ini sejumlah 267 notis saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing dan 124 kenderaan disita yang semuanya disebabkan tiada lesen memandu.

Beliau berkata, itu tidak termasuk tahun lalu di mana 534 notis saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing yang mana 416 kenderaan disita.

“Kita dapati trend sejak kebelakangan ini kesalahan dilakukan warga asing agak serius dan bertambah.

“Jadi saya ingin ingatkan pemilik kenderaan supaya berhati-hati dengan tidak sewenang-wenangnya membiarkan kenderaan mereka dipandu warga asing yang tidak mempunyai dokumen memandu sah.

“Jika tidak mereka juga bakal berdepan tindakan khususnya di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya kenderaan mereka dikesan dipandu individu tidak memiliki dokumen memandu yang sah,” katanya ketika ditemui sewaktu meninjau operasi khas sempena Aidilfitri di Stesen Penguatkuasa JPJ di Valdor, di sini, hari ini.

Dalam operasi itu, sejumlah 670 kenderaan diperiksa dengan 181 diambil tindakan, manakala 213 notis saman dikeluarkan dan enam kenderaan disita atas pelbagai kesalahan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut terbabit ops sama mengeluarkan 30 notis saman, diikuti Jabatan Imigresen yang melakukan lapan tangkapan warga asing.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) masing-masing mengeluarkan dua dan enam kompaun, manakala Agensi AntidDadah Kebangsaan (AADK) melakukan pemeriksaan air kencing terhadap 15 pemandu dengan enam daripadanya didapati positif dadah.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin beraksi cemerlang di ARRC Zuhai semalam, dan seterusnya menghadiahkan kemenangan sulung buat Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team.

Ia merupakan sesi perlumbaan pertama, dalam pusingan kedua bagi Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024. Hafizh menunggang jentera Ducati V4 R dalam kategori ABS1000 untuk jentera-jentera superbike 1000cc ke atas.

Hafizh yang bermula di petak hadapan mempamerkan tunggangan yang konsisten untuk menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat.

Dia mengatasi pelumba pasukan Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar yang berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang mewakili TKKR BMW Racing Team ketiga.

Sebagai rekod, ini adalah kemenangan pertama buat JDT Racing Team, yang tampil dalam musim ARRC yang pertama mereka. Pada penampilan sulung sebelum ini di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand, Hafizh meraih tempat ketiga ketika perlumbaan kedua, setelah mengalami masalah teknikal pada perlumbaan pertama

Hafizh yang menggunakan jentera Ducati Panigale V4R mendedikasikan kejuaraan sulung itu kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail merangkap pemilik pasukan itu.

 

Yamaha MT-09 dan Yamaha XMAX baharu masing-masing memenangi anugerah Red Dot Award untuk 2024.

MT-09 terkini ialah dalam generasi keempatnya. Yamaha merekabentuk semula motosikal itu kerana MT-09 2021 sebelumnya dengan lampu depan “cyclops” (raksasa bermata satu) terbukti tidak popular. Versi baharu juga mempunyai skrin hadapan, tangki bahan api, dan bahagian ekor baharu. Selain itu, tangki bahan api yang direkabentuk semula termasuk saluran akustik (bunyi) untuk menyalurkan bunyi enjin motosikal kepada penunggang. Tangki yang baharu itu juga direka bentuk untuk membolehkan kedudukan tunggangan yang lebih bebas.

Walaupun Yamaha MT-09 memenangi anugerah untuk rekabentuknya, Yamaha XMAX pula memenangi anugerah tersebut daripada sudut praktikal. Yamaha berkata fungsi garpu hadapan dan enjin, “divisualisasikan dalam siluet yang ketat, menyatakan rasa kemeriahan yang menarik.” Sebagai nota kaki, walaupun XMAX 300 yang mendapat pujian, ia mempunyai reka bentuk yang sama seperti XMAX 250 di negara kita.

Yamaha telah memenangi anugerah Red Dot Award dalam setiap 13 tahun yang lalu, setelah sekurang-kurangnya satu anugerah setiap tahun sejak 2012.

Dua motosikal Honda juga pernah memenangi anugerah Red Dot Award, sebelum ini, iaitu EM 1e: dan Motocompacto. Kedua-duanya adalah skuter elektrik.

2024 adalah tahun yang penting bagi Piaggio kerana mereka meraikan ulang tahun ke-140 mereka. Piaggio bermula pada 1884 dan sejak itu telah memiliki jenama Vespa, antara lain. Jadi, Piaggio menyeru Vespa untuk mencipta Vespa 140th of Piaggio.

Untuk memperingati pencapaian penting itu, hanya 140 unit akan dibina, menjadikannya Vespa yang paling terhad keluarannya. Ia hanya boleh ditempah antara 18 hingga 21 April, bertepatan dengan Vespa World Days Rally 2024.

Vespa 140th of Piaggio diserikan dalam tema putih dan biru, sebagai penghormatan kepada warna korporat Piaggio. Beberapa komponen lain juga menggunakan warna ini seperti tempat duduk dan roda.

Seperti yang anda lihat, ia berasaskan model Vespa GTV, yang mempunyai 300 HPE silinder tunggal, 4-injap, penyejuk cecair, enjin suntikan bahan api. Ia menghasilkan 24 hp, menjadikannya enjin Vespa paling berkuasa.

Selain itu, ia mempunyai paparan digital, permulaan tanpa kunci, kawalan cengkaman, ABS dan sambungan melalui aplikasi Vespa MIA.

Setiap unit mempunyai plat perayaan bernombor pada perisai belakang, dengan logo 140 tahun yang dipertingkatkan.

Walau bagaimanapun, tiada harga pada basikal itu, tetapi anda boleh menyemaknya di laman web Vespa.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube