Bikesrepublic

Berita Terkini

  • Detik ‘countdown’ bagi festival Phuket Bike Week kali ke-25 telah bermula.
  • Acara tahun ini akan berlangsung dari 12 hingga 14 April di Pantai Patong, dan 19 hingga 20 April di Phuket Boat Lagoon
  • Sekitar 50,000 orang pengunjung dijangka akan menghadiri pesta tahun ini.

(more…)

Honda meraih kemenangan penuh bermakna dalam aksi pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 menerusi Azroy Hakeem Anuar yang mengungguli kategori CP150 di Jasin, Melaka, semalam.

Kemenangan tersebut menyaksikan wakil Idemitsu Honda Yuzy Racing itu berjaya merangkul kemenangan pertamanya bagi kategori perdana di samping menamatkan dominasi jentera Yamaha selepas dua musim.

Meskipun bermula di petak ketiga, Azroy berjaya memintas pendahulu Md Iqbal Amri Malek seawal pusingan kedua dan walaupun menerima saingan sengit daripada pelumba muda, Md Helmi Azman namun ia tidak mematahkan semangat dirinya untuk memenangi perlumbaan dengan catatan masa 16 minit 02.227 saat diikuti Helmi kedua dan – rakan sepasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing – Md Zaqhwan Zaidi ketiga.

“Saya berasa sangat gembira dan puas kerana dapat memenangi perlumbaan dan menghadiahkan kemenangan pertama ini kepada pemilik pasukan, Shahrol Yuzy dan seluruh pasukan yang tidak berhenti bekerja keras untuk memberikan saingan yang lebih kompetitif pada musim ini,” jelas Azroy.

Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez Abd Rahman meneruskan momentum kemenangan pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing apabila mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan catatan masa 12 minit 31.825s.

Fareez menepis cabaran Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) kedua dan pendatang baru – Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing) ketiga.

Dalam perkembangan lain, kategori WIRA menyaksikan pelumba persendirian Md Zaki Zamri muncul juara dengan catatan masa 10 minit 24.355s diikuti wakil Super KIP Motosports, Md Affifi Supaat dan Md Shahrul Ezwan M Sharil daripada AFB Tech Racing, ketiga.

Berikut keputusan perlumbaan:

CP150

1) Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 16:02.227

2) Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 16:02.939

3) Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 16:09.377

4) Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 16:09.444

5) Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing Team 16:14.834

CP115

1) Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 12:31.825s

2) Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing

12:34.962s

3) Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 12:35.454s

4) Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX SAG Team 12:38.111s

5) Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 12:40.976s

WIRA

1) Md Zaki A. Zamri (SGR) Persendirian 10’24.219s

2) Md Afizat Supaat (SGR) Super KIP Motorsports 10’24.355s

3) Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) AFB TECH Racing 10’24.493s

4) Md Adib M. Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 10’24.941s

5) Md Norhakim M Norhafizullah (KTN) ONEXOX SAG Team 10’25.759s

Sumber imej: ESPN.com
  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menjelaskan mengapa Persatuan Automobil Malaysia (AAM) telah disingkir sebagai badan induk sukan permotoran negara.
  • KBS telah mengesyorkan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) kepada FIM bagi menggantikan tempat AAM.
  • Menurut Pesuruhjaya Sukan FIM, “AAM kerap kali melanggar peraturan.”

(more…)

Sumber imej: Wikipedia

  • Pereka dan pembina motosikal terkemuka dari Amerika Syarikat, Arlen Ness, telah meninggal dunia.
  • Dia lebih dikenali sebagai “King of Custom Motorcycles”.
  • Dia juga bertanggungjawab atas reka bentuk motosikal Victory dan Indian.

(more…)

Peminat kapcai di Malaysia seakan mendapat hadiah hari jadi awal apabila Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan Yamah Y15ZR v2 di Kejohanan Cub Prix AAM PETRONAS Malaysia, Pusingan 1 di Jasin, Melaka, hari ini.

Model ‘facelift’ tersebut dipertontonkan sambil ditemani pelumba Yamaha Cub Prix, Ahmad Afif Amran, Kasma Daniel Kasmayudin, Md Akid Aziz dan Tengku Amirul Haffirudin.

Antara ciri terbaru Y15ZR V2 termasuk:

1) Lampu LED ‘High Low Beam’ baharu.

2) Panel meter LCD baharu.

3) Rekaan grafik dan bentuk baharu.

4) Tayar depan 90/80 yang lebih lebar menjanjikan perjalanan lebih selesa.

Model baharu ini turut didatangkan dalam empat warna baharu – Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey. Orang ramai boleh mendapatkan unit baharu ini di semua pengedar rasmi bermula pertengahan April 2019.

Bukan itu sahaja, pemilik baharu akan menerima ‘brake disc lock’bernilai RM100 secara percuma!

Jentera Y15ZR telah dinobat juara bagi kategori CP150 buat dua tahun berturut-turut – 2017 dan 2018 – di Kejohanan Cub Prix AAM PETRONAS Malaysia.

Semua orang sedang bercakap tentang kereta atau motosikal elektrik ketika ini. Gelombang perubahan itu semakin mendapat tempat dengan penghasilan kereta Tesla dan motosikal Zero.

Perubahan itu turut berjangkit kepada pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley Davidson yang telah memperkenalkan LiveWire, sebuah motosikal elektrik yang akan memasuki pasaran dunia tahun depan.

Enggan ketinggalan dengan peralihan ini, pengeluar motosikal Jepun, Honda telah memperkenalkan motosikal elektrik CR dan skuter elektrik Benly di Pameran Motosikal Tokyo, semalam.

Sekali pandang, reka bentuk CR seakan-akan Honda CRF450, dengan kedua-dua jentera turut menggunakan suspensi terbalik Showa dan tayar ‘off-road’yang sama namun tidak seperti CRF450, Honda CR menggunakan enjin elektrik sepenuhnya.

Bagaimanapun, Honda enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai kemampuan dan kuasa yang dihasilkan jentera ini apatah lagi model CR sebenarnya dihasilkan oleh Mugen – syarikat yang menjalinkan kerjasama rapat dengan Honda sehingga kini.

Sementara itu, Honda turut memperkenalkan Benly, sebuah skuter elektrik dengan teknologi bateri boleh tukar.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube