Bikesrepublic

Berita Terkini

 

Sifat prihatin yang dipamerkan netizen di laman sosial berjaya menyelamatkan pengguna jalan raya di Lebuhraya Persekutuan, Rabu lalu.

Orang ramai telah berkongsi beberapa gambar yang memaparkan sebuah papan tanda yang kelihatan condong di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur berdekatan Hotel Armada.

Gambar tersebut yang kemudiannya menjadi viral telah sampai ke pengetahuan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang kemudiannya bertindak menurunkan papan tanda tersebut di sebelah malam.

Bagaimanapun, ramai dikalangan netizen yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang tidak memantau keadaan jalan lebih awal sebaliknya mengharapkan laporan orang awam semata-mata.

  • Motosikal MV Agusta Dragster 800 RR America 2019 telah diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun ke-25 model Brutale America.
  • Sesuai dengan namanya itu, ia akan ditampilkan dalam skema warna merah, putih, dan biru.
  • Hanya 200 buah unit akan dibina.

(more…)

Ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan sesebuah motosikal itu dijual dengan harga lebih mahal daripada harga sebenar tetapi dalam satu iklan yang dimuat naik di Facebook semalam, harga yang disebut mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Dua buah motosikal Yamaha RXZ (stok laman tapi baru) telah diiklankan untuk dijual dengan harga RM47,000 menerusi akaun pengguna Mohd Sobri Moin.

Iklan tersebut turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan dua buah jentera RXZ berwarna merah dengan lokasi penjualan di Masai, Johor Bahru.

Rata-rata netizen mempersoal tindakan si penjual yang meletakkan harga yang luar biasa bagi kedua-dua jentera tersebut.

 

 

  • Sebuah syarikat dari Jepun, A.L.I. Technologies sedang dalam perancangan untuk memasarkan motosikal terbang keluaran mereka menjelang tahun 2022.
  • Kenderaan ini dibangunkan bagi memudahkan perjalanan di negara yang membangun dengan jalan raya yang teruk.
  • Syarikat ini merancang untuk memperkenalkan model edisi terhad menjelang lewat tahun hadapan.

(more…)

Ketika barisan media dan VIP lain sedang sibuk bergambar dengan model BMW 3 Series yang dilancarkan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Tidak semena-mena, BMW mempersembahkan model G20 Z4 terbaru!

Muncul dalam warna serba hitam, model generasi ketiga itu ditayangkan lebih awal berbanding majlis pelancaran yang dijadualkan Mei ini.

BMW telah mengekalkan identiti ‘sport roadster’ yang sememangnya sinonim dengan model Z4 seperti sebelum ini namun reka bentuk casis dan rekaan keseluruhan ternyata membuatkan model ini lain daripada yang lain!

Dilengkapi dengan enjin enam silinder 3.0 liter, model Z4 ini menghasilkan 382hp sekaligus mampu mencapai kelajuan 0-100 km/j di bawah 4.5 saat.

Bukan itu sahaja, model Z4 ini turut dilengkapi dengan segala teknologi yang disertakan dalam model 3 Series selain daripada Anti-lock Braking System (ABS), Dynamic Traction Control (DTC), Cornering Brake Control (CBC) dan Dynamic Brake Control (DBC).

Tekad mengekalkan takhta sebagai jentera ‘sport sedan’ terlaris di dunia, BMW Malaysia memperkenalkan BMW 3 Series baharu yang merupakan nadi utama pengeluar kereta Jerman itu.

Setelah lebih 45 tahun, varian 3 Series menetapkan tanda aras bagi kategori ‘sport sedan’, BMW meneruskan kejayaan dengan memperkenalkan 3 Series serba baharu!

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Malaysia menjelaskan bagaimana BMW 3 Series sentiasa menetapkan aras tinggi dalam penghasilan kereta ‘sports sedan’ premium.

“BMW 3 Series ialah model yang telah menjurusi penubuhan segmen sedan sport premium. Sejak lebih dari 45 tahun, 3 Series secara berterusan telah menaikkan tanda aras bagi Kenikmatan Pemanduan yang Sempurna (Sheer Driving Pleasure) dalam industri automotif premium.

“Hari ini, BMW 3 Series yang baharu menerusi generasi ketujuhnya, membawakan perwatakan signatur jentera BMW ke aras yang baharu dengan reka bentuk serba dinamik, dinamik pemanduan yang cemerlang serta teknologi dan inovasi yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam industri automotif Malaysia,” katanya.

Seperti pakej ‘M Sport’yang lain, BMW 3 Series menampilkan reka bentuk sport yang dinamik di samping memiliki ciri-ciri dimensi baharu antaranya, ‘BMW Intelligent Personal Assistant’ yang membenarkan penghubungan di antara pemandu dan kereta berjalan dengan lebih efisien.

Lebih menarik, BMW memperkenalkan teknologi inovatif ‘BMW Digital Key’ yang membenarkan  pengguna telefon pintar Samsung dengan teknologi ‘Near Field Communication’ membuka dan mengunci kenderaan dengan lebih mudah dan selamat.

Model 3 Series baharu ini memiliki enjin petrol Turbo Twinpower 2.0 liter – enjin yang paling berkuasa dalam kelasnya dan diperkenalkan menerusi BMW 330i M Sport – dan mampu mencecah kelajuan 250 km/j.

BMW menawarkan lima warna menarik antaranya Portimao Blue, Black Sapphire, Alpine White, Mineral Grey dan Sunset Orange.  Orang ramai yang berminat mendapatkan  terbarui ini – yang ditawarkan dengan harga RM328,800 –  boleh singgah di pengedar rasmi BMW bermula 28 Mac ini

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube