Bikesrepublic

Berita Terkini

Hajat seorang lelaki untuk menjual motosikal kesayangan demi kelangsungan hidup tidak kesampaian apabila sesi ‘mencuba’ jentera tersebut bertukar kepada kes curi.

Mangsa, Muhammad Zuhaili Ahmad Zarudin telah mengiklankan niatnya untuk menjual motosikal jenis Yamaha 125ZR tersebut menerusi laman sosial Facebook.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa dihubungi seorang lelaki yang bersetuju untuk membeli motosikal tersebut dan mahu berjumpa di Plaza Tol Sungai Buloh malam tadi.

Lelaki itu kemudiannya tiba dengan memandu kereta jenis Perodua Myvi seorang diri. Selepas perbincangan lelaki terbabit meminta untuk menguji motosikal sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Bagi menyuntik kepercayaan terhadap mangsa, lelaki itu kemudiannya menyerahkan kunci kereta Myvi – yang ketika ini disyaki bukan milik lelaki berkenaan .

Pada awalnya, lelaki tersebut sekadar melakukan beberapa pusingan di kawasan berdekatan tol terbabit sebelum memecut meninggalkan mangsa.

“Selepas 30 minit menunggu, saya menghubunginya, namun panggilan tidak diangkat sebelum telefon bimbitnya dimatikan,” jelas Zuhaili.

Mangsa sempat mengambil gambar pembeli terbabit dan menggesa orang ramai untuk membantu mengesan lelaki itu.

(SUMBER: Harian Metro)

Menyedari kepentingan menjaga keselamatan anak kecil ketika di dalam kereta, BMW Malaysia bersama-sama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation memperkenalkan program subsidi kerusi kanak-kanak.

Menerusi program BMW Safety 360 edisi kelima, BMW Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Childline Foundation bagi melancarkan kempen ‘Dari Hari Pertama’ yang mensasarkan terhadap kepentingan kerusi kanak-kanak.

Mendapat sokongan Chicco Malaysia, kempen ini dimulakan dengan pemberian kerusi kereta kanak-kanak Chicco KeyFit 30 kepada enam bayi pertama yang dilahirkan pada Hari Bapa di Hospital Putrajaya.

Selain itu, ibu bapa turut diberi pendedahan terhadap penjagaan keselamatan kanak-kanak daripada Childline Foundation yang meliputi pemilihan kerusi kanak-kanak serta kaedah pemasangan yang betul.

Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoezl percaya usaha berterusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak dalam masa terdekat ini.

“Peraturan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak yang diwajibkan bakal berkuat kuasa tidak lama lagi sebaik sahaja tahun 2020 membuka tirai, kami percaya usaha berterusan untuk menerapkan kepentingan kerusi khas ini diperlukan, terutamanya demi keselamatan anak-anak yang baru dilahirkan.

“Fokus yang diberikan ‘Dari Hari Pertama’ adalah untuk memastikan para ibu bapa tahu bagaimana mereka dapat memelihara keselamatan anak-anak mereka sejurus mereka keluar dari hospital bersalin. Amalan penggunaan kerusi khas kanak-kanak yang diterapkan oleh ibu bapa dalam diri mereka akan memenuhi hasrat kami,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, program subsisi tersebut akan diperkenalkan terlebih dahulu pada lima hospital kerajaan di kawasan Lembah Klang. BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound akan mensubsidikan 150 kerusi kereta mudah bawa (carrier) ‘snskidz Ace’ yang setiap satunya bernilai RM100.

“Kami akan terus menggalakkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak dengan menawarkan subsidi bersama Safe ‘n Sound untuk meningkatkan tahap aksesibiliti kerusi khas ini. Bagaimanapun, tidak cukup jika ibu bapa menggunakan kerusi tersebut tanpa memahami kaedah yang betul melibatkan pemilihan dan pemasangannya untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka dapat dipelihara,” tambah Harald.

Gandingan Alessandro Pier Guidi, James Calado dan Daniel Serra bagi pasukan AF Corse bersama jentera Ferrari 488 GTE berjaya merekodkan kemenangan di perlumbaan 24 jam Le Mans buat kali ke-36.

Kemenangan tersebut merupakan pencapaian ke-27 bagi Prancing Horse dengan kemenangan pertama diraih lebih 70 tahun dahulu ditangan Luigi Chinetti dan Lord Selsdon.

Ini menandakan kemenangan sulung dalam kelas GTE-Pro dai Le Mans bagi jentera 488 GTE.

Kemenangan ini merupakan kejayaan bermakna bagi pasukan AF Corse yang kali terakhir muncul juara pada edisi 2014.

Ferrari turut menaiki podium dalam kelas GTE-Am oleh pasukan JMW Motorsport yang dipandu oleh Jeff Segal, Wei Lu dan Rodrgio Baptista.

James meluahkan rasa keterujaan selepas kemenangan tersebut dan menyifatkan segala masa yang dihabiskan terhadap persiapan membuahkan hasil penuh makna.

“Kami telah bekerja dengan amat keras untuk perlumbaan ini. Dalam tempoh enam bulan ini, kami memfokuskan segalanya terhadap persiapan kerana inilah yang kami mahukan selama ini.

“Perlumbaan ini amat sukar apatah lagi berdepan beberapa isu. Kami memiliki staf yang mantap yang berjaya memenuhi kehendak kami. Mereka adalah rakan sepasukan yang hebat,” katanya.

Sementara itu, Alessandro menyifatkan kemenangan ini cukup manis buat dirinya.

“Berlumba dengan pasukan Ferrari lalu mendengar lagu Itali dinyanyikan merupakan saat yang cukup istimewa. Saya berasakan kami telah mempamerkan perlumbaan yang cukup sempurna hari ini,” ujarnya.

Hafizh Syahrin masih belum membuat sebarang keputusan mengenai kariernya dalam saingan MotoGP tatkala timbul desas-desus bahawa dia akan turun semula ke Moto2.

Menurut laporan Berita Harian, Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu akui tidak berdepan masalah seandainya senario itu berlaku meskipun ketika ini ia hanya spekulasi.

“Tidak salah sekiranya saya membuat keputusan untuk kekal di MotoGP atau turun ke Moto2. Sudah tentu, kalau berpeluang saya mahu terus kekal,” katanya.

Pelumba berusia 25 tahun itu menampilkan aksi membanggakan dalam musim pertamanya bersama Yamaha sebelum beralih ke jentera KTM.

“Saya mendapat peluang terbaik bersama Yamaha. Walaupun jentera saya tidak sama seperti Johann Zarco tetapi saya sudah berjaya menamatka perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik beberapa kali,” tambahnya.

Sumber imej: Fox Sports Asia

Pada masa sama, Hafizh mengakui peralihan ke jentera KTM pada awalnya hadir dengan tanggapan KTM Factory akan dapat membantu meningkatkan kariernya.

“Saya jangka KTM Factory akan dapat membantu saya tetap ketika ini agak sukar. Jangkaan saya itu berbeza daripada apa yang berlaku ketika ini. Apa pun, saya akan terus berusaha keras dan yakin untuk memberi saingan terhadap pelumba lain.

“Tetapi jika saya diturunkan ke Moto2 saya akan berikan yang terbaik untuk kembali semula ke MotoGP,” ujarnya.

Bagi saingan GP Catalunya yang berlangsung minggu ini, Hafizh bakal memulakan saingan di petak 21 di hadapan wakil Aprilia, Bradley Smith setelah mencatat masa kelayakan 1 minit 41.839 saat.

Dalam perkembangan sama, pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo bakal memulakan perlumbaan di petak pertama dihadapan pendahulu kejuaraan dan wakil tuan rumah, Marc Marquez.

(SUMBER: Berita Harian)

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) memperkenalkan ROVR, stesen minyak bergerak pertama negara. Servis inovatif terbaru daripada Petronas Dagangan Berhad (PDB) ini menawarkan servis mengisi minyak yang selamat dan lancar bagi kenderaan persendirian dan komersil.

ROVR telah pun menawarkan khidmat mereka kepada pelanggan komersil sejak Oktober 2018 dan sehingga kini telah menawarkan lebih 1 juta liter minyak. ROVR kini bersedia untuk memenuhi kehendak pelanggan yang lebih ramai dengan pertambahan trak ROVR.

Orang ramai akan berpeluang untuk merasai inovatif terbaru ini apabila ROVR bakal berada di kawasan tumpuan. ROVR juga akan membawakan minyak terbaru, PETRONAS Primax95 dengan Pro-Drive.

“Di PDB, kami memberi penekanan terhadap memahami kehendak pelanggan dan menawarkan penyelesaian progresif terhadap permintaan harian mereka. ROVR menawarkan pengalaman mengisi minyak berbeza dan kami teruja kerana dapat membawakan minyak PETRONAS kepada orang ramai.

“Kami telah mendapat maklumbalas positif daripada pelanggan yang telah mencuba servis kami. Kami mahu pelanggan memulakan perjalanan yang lebih lancar,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato’ Syed Zainal Abidin.

Sumber: Quibi

Pelakon terkenal, Idris Elba yang melakonkan watak Heimdall dalam francais Avengers, Thor, akan digabungkan dengan pelumba rali terkenal, Ken Block dalam siri ‘Elba vs Block’.

Siri lapan episod itu akan memaparkan pertembungan di antara Elba dan Block di London Docklands di mana kedua-duanya akan beraksi dalam beberapa cabaran antaranya Wall of Death, Car Tightrope dan Flaming Obstacle Course.

Block sememangnya terkenal dengan aksi pemanduan luar biasa; siri video Gymkhana di Youtube telah pun mencapai 550 juta tontonan.

Rancangan Elba vs Block merupakan kerjasama di antara Workerbee dan Green Door Picutres (milik Elba) bagi servis streaming Quibi.

Servis steraming Quibi mensasarkan pengguna telefon pintar dengan setiap episod berdurasi 10 minit. Quibi akan dilancarkan pada 2020 dengan beberapa rancangan menarik menanti pengguna.

(SUMBER: Deadline)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube