Bikesrepublic

Berita Terkini

Demikian kenyataan dikeluarkan PUSPAKOM sempena program bersama pelanggan bertemakan “PUSPAKOM Sedia Bantu!”.

Program tersebut berjalan di cawangan PUSPAKOM terpilih seluruh negara dari 19 Ogos ini hingga 2 Okotber 2019, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menerusi program ini, PUSPAKOM tekad mendekati pelanggan lantas mengelakkan daripada pelanggan diperdaya oleh orang tengah yang menyampaikan info tidak sahih tentang pemeriksaan kenderaan oleh pihak PUSPAKOM.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail, menyifatkan program ini penting dalam menyalurkan ilmu kepada orang ramai.

“Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelanggan berhubung perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh PUSPAKOM supaya mereka boleh berurusan terus dengan PUSPAKOM dan bukan melalui orang tengah.

“Sering kali, PUSPAKOM menerima maklumbalas di mana pelanggan suka menggunakan orang tengah kerana mereka tidak faham tentang hal pemeriksaan kenderaan. Ini merupakan platform penting bagi PUSPAKOM menyalurkan maklumat yang sebenarnya.

“Kami berharap pelanggan dapat memahami proses dan maklumat pemeriksaan sebenar yang ditawarkan oleh PUSPAKOM sebelum mereka memilih untuk menggunakan khidmat orang tengah.

“Ini kerana ada pelanggan yang menggunakan khidmat orang tengah telah dikenakan caj perkhidmatan yang tinggi malah ditipu dengan janji seperti “pasti lulus” yang telah ditabur kepada mereka. Bayaran pemeriksaan PUSPAKOM adalah hanya di antara RM20 hingga RM90 sahaja bergantung kepada jenis pemeriksaan dan kenderaan.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu pelanggan dalam menjimatkan kos serta menjawab segala persoalan dan kekeliruan di kalangan mereka,” jelasnya.

 

Sepanjang program ini berlangsung PUSPAKOM turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik antaranya:

  • Pendaftaran MyPUSPAKOM dengan pengesahan serta-merta (sila bawa bersama borang pendaftaran perniagaan SSM dan surat wakil).
  • Khidmat nasihat bagi memahami proses dan standard pemeriksaan dan syarat-syarat lulus sesebuah kenderaan.
  • Memperbaharui cukai jalan, lesen memandu, semak saman kenderaan oleh perkhidmatan bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Pameran kenderaan komersial, penjagaan kenderaan dan keselamatan Buku Panduan Pemeriksaan percuma
  • Permainan Wheel of Fortune dan Mix & Match dengan hadiah menarik

Untuk maklumat lanjut, hubungi PUSPAKOM di talian 1-800-88-8927 atau layari www.puspakom.com.my

Zarco mengakui dia tidak gembira di KTM dan membuat keputusan untuk berhenti bagi mencari semula “senyuman” yang telah lama hilang.

Sementara itu, Pedrosa turut mengesahkan dia tidak akan kembali ke MotoGP sebagai pengganti Zarco selepas bersara hujung musim lalu dan kini bersama KTM sebagai ‘test rider’.

Dalam perkembangan lain, Valentino Rossi memilih Andrea Dovizioso sebagai pilihan juara musim ini meskipun ketinggalan 58 mata dibelakang pendahulu, Marc Marquez.

Desmo Dovi mempamerkan tunggangan mantap di GP Austria baru-baru ini dan berjaya mengetepikan Marquez di selekoh terakhir untuk muncul juara di litar yang menjadi kegemaran Ducati.

Saingan MotoGP akan kembali minggu depan di litar Silverstone.

Piaggio Group America telah memanggil semula pelbagai jenis jentera Moto Guzzi dan Aprilia susulan masalah brek yang boleh menyebabkan motosikal bergerak perlahan atau berhenti secara tiba-tiba.

Antara model yang dipanggil semula adalah:

  • 2016-2018 Moto Guzzi Audace 1400 and Eldorado 1400
  • 2017-2018 Moto Guzzi California 1400
  • 2017 Moto Guzzi MGX-21 Bagger
  • 2013-2014 Aprilia Mana 850
  • 2014-2016 Aprilia Dorsoduro 750
  • 2018-2019 Aprilia Dorsoduro 900
  • 2018 Aprilia Shiver 900

Menurut laporan utimatemotorcycling.com, lebih 1,071 motosikal terkesan dengan masalah ini.

Panggilan semula ini tercetus disebabkan masalah yang berpunca daripada ‘brake master cylinder’ yang boleh menyebabkan brek depan diaktifkan sendiri.

Difahamkan, isu panggil semula ini hanya melibatkan jentera Moto Guzzi dan Aprilia di Amerika.

(SUMBER: ultimatemotorcycling)

McLaren Kuala Lumpur telah melancarkan McLaren 720S Spider di The International Gallery, Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) hari ini.

Menurut Ketua Bahagian McLaren Automotive Asia Pasifik, Rob Pritchard, McLaren 720s merupakan generasi kedua daripada Super Series yang membawakan intepretasi baharu rekaan Mclaren.

“Model ini menawarkan pretasi ekstrim yang tiada tandingan di samping mengekalkan relevan sebagai kenderaan kegunaan harian,” jelasnya.

Lebih kukuh dengan kerangka gentian karbon

Meskipun diperkenalkan sebagai versi bumbung terbuka berbanding 720S Coupe tetapi McLaren memastikan jentera ini tampil lebih kukuh dengan penggunaan kerangka gentian karbon – Monocage II-S – yang ditambah baik daripada 720S Coupe Monocage II.

Dibandingkan dengan generasi pertama Super Series, 650S, 720S Spider tampil 6.8 kilogram lebih ringan.

Secara keseluruhan, 720S Spider adalah 50 kilogram lebih ringan berbanding 720S Coupe.

Enjin berkuasa tinggi setanding dengan 720S Coupe

McLaren 720S Spider turut disuntik dengan enjin 4.0 liter twin turbocharged V8 yang sama seperti 720S Coupe yang menghasilkan 720hp dan 770Nm.

720S Spider turut mampu mencatat 0-100km/j di bawah 2.9 saat dan mampu mencapai kelajuan maksima 340km/j!

Retractable Hard Top lain dari yang lain

Retractable Hard Top (RHT) yang terdapat pada 720S Spider adalah rekaan serba baharu dengan panel bumbung gentian karbon didatangkan secara standard.

Meskipun berupa RHT namun ia masih mengekalkan ciri yang terdapat pada 720S Coupe.

Tidak seperti hard top lain, RHT digerakkan sepenuhnya dengan elektrik dan bukannya hidraulik dan hanya memerlukan 11 saat untuk buka dan tutup – enam saat lebih pantas berbanding 650S Spider.

Tiga spesifikasi

720S Spider tampil dengan tiga varian, Performance, Luxury dan Standard dan menawarkan dua jenis warna pilihan – Aztec Gold dan Belize Blue.

McLaren 720S Spider kini boleh menjadi milik anda dengan harga RM1,218,000.

Tech3 turut mengikut jejak KTM untuk meninggalkan saingan Moto2 sebaliknya sertai kelas Moto3 bagi musim 2020.

KTM mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada kelas Moto2, Ahad lalu selepas berakhirnya GP Austria.

Tech3 yang menjadi pasukan satelit KTM di MotoGP tahun ini selepas berpisah dengan Yamaha musim lalu telah pun beraksi di Moto2 pada 2010 menggunakan enjin Mistral 610.

Mereka akan meneruskan gandingan di Moto3 bersama KTM dan akan menawarkan dua slot pelumba.

Pengurus Tech3, Herve Poncharal turut menyuarakan sokongan terhadap KTM yang menarik diri daripada Moto2.

“Saya faham dan menyokong keputusan KTM untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap saingan MotoGP dan Moto3.

“Kami berasa bangga kerana dapat mengibar bendera Red Bull KTM dalam kelas Moto3, yang masih asing buat Tech3.

“Bersama KTM, kami berharap kerjasama ini akan terus berkembang di samping membantu bakat muda yang akan membentuk masa depan baharu di Moto3.

“Fokus kami kini adalah mencari pelumba yang bersesuaian dengan profil kami. Kami akan bersengkang mata beberapa hari ini,” jelasnya.

Keputusan ini sedikit sebanyak memberi bayangan bahawa pelumba negara, Hafizh Syahrin, tidak akan beraksi di Moto2 bersama Tech3 dan akan sertai pasukan baharu setelah tempatnya digantikan Brad Binder bagi musim 2020 di MotoGP.

Terdahulu, rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco turut membuat keputusan meninggalkan pasukan itu hujung musim ini.

(SUMBER: motorsport.com)

 

Sempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-62 tahun ini, Kumpulan Automotif Naza menawarkan pelbagai tawaran istimewa Merdeka.

Terokai Keunikan Malaysia Bersama Kia

Naza Kia Malaysia memperkenalkan ‘Fuel Your Freedom,Discover Malaysia With Kia’ yang menawarkan 62 pelanggan bertuah untuk menikmati baucar petrol bernilai RM620!

Pelanggan hanya perlu mendaftar sebarang kenderaan Kia baharu dalam tempoh kempen berlangsung untuk memenangi baucar tersebut. Tawaran bermula dari 15 Ogos hingga 30 September 2019 di semua pengedar Kia.

Bawa Bulang Peugeot Baharu

Pengedar rasmi Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd menjanjikan tawaran istimewa bagi Peugeot 5008 SUV sepanjang bulan Ogos hingga September 2019.

Dengan hanya Rm161,888, pelanggan kini boleh bawa pulang sebuah SUV yang menawarkan ciri sebuah MPV! Peugeot 5008 SUV dengan tujuh tempat duduk ini telah merangkul beberapa anugerah antaranya 2018 CCT100 SUV of the Year, 2018 What Car? Best Large SUV, Cars Of Malaysia 2019 Best Family SUV dan DSF.my VOTY Awards 2019 7-Seater SUV of the Year.

Tampil Lebih Gah Dengan Citroen

Jika anda mencari sebuah MPV mesra keluarga, Naza Euro Motors Sdn bhd menawarkan Citroen Grand C4 Space Tourer pada harga istimewa sepanjang Ogos hingga 30 September 2019!

MPV keluarga ini boleh menjadi milik anda dengan hanya RM139,888!

Hangatkan Kemerdekaan Dengan Ducati

Teringin merancakkan sambutan Hari Merdeka ke-62 tahun ini? Ducati Malaysia menawarkan pelbagai tawaran istimewa dari 16 Ogos hingga 30 September ini.

Pelanggan yang membeli Ducati Panigale V4S akan mendapat aksesori Rizoma dan Ducati Performance bernilai RM6000 sementara setiap pembelian Multistrada 1260 S melayakkan anda mendapat rebat sehingga 50 peratus bagi ekzos Termignoni Racing Full System yang bernilai RM14,000!

Sementara itu setiap pembelian Scrambler Mach 2.0 akan berpeluang untuk memasang ekzos Termingnoni Slip-on bernilai RM7,000 dan lampu isyarat kiri dan kanan Scrambler LED bernilai RM1,800 secara percuma!

Tidak cukup dengan itu, pencinta Ducati turut ditawarkan rebat sehingga 50 peratus bagi pakaian Ducati dan Scrambler. Pelanggan sedia ada juga boleh menikmati ganjaran menerusi kempen Servis Ducati yang menawarkan 21-Point Bike Inspection bernilai Rm180, 25 peratus penjimatan terhadap pakej servis Desmo dan sehingga 20 peratus rebat bagi alat ganti sepanjang kempen Merdeka ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube