Bikesrepublic

Berita Terkini

Sempena pelancaran Vespa Racing Sixties di Malaysia baru-baru ini, Vespa Malaysia telah menganjurkan jelajah seluruh negara yang telah pun bermula awal bulan ini di Motoplex Petaling Jaya.

Motoplex Petaling Jaya merupakan rumah baharu bagi jenama Piaggio di Malaysia.

Hari pertama jelajah tersebut mengumpulkan tak kurang 100 pemilik Vespa seluruh negara termasuk Presiden Vespa Club Malaysia, Mohd Hanif dan Danny Saadin selaku naib presiden.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi tunggang uji Vespa Racing Sixties dan permainan atas talian Vespa Racing Sixties Game Activation yang boleh dinikmati menerusi www.vesparacingsixties.com.

Jelajah Vespa Racing Sixties Tour akan terus berlangsung menemui peminat Vespa seluruh Semenanjung sehingga 31 Ogos ini.

Sementara itu, mereka yang hadir ke Motoplex Petaling Jaya berpeluang menyaksikan pelbagai aksesori ditawarkan dengan harga menarik.

Syaratnya, Hafizh Syahrin perlu memenuhi kriteria dengan menamatkan saingan Moto2 musim 2020 dalam kelompok lima terbaik.

Itu syarat dikenakan Petronas Sepang Racing Team (SRT) terhadap pelumba berusia 26 itu menurut prinsipal pasukan, Dato Razlan Razali ketika ditemu bual BH.

Dato Razlan Razali

“Pilihan pertama adalah menyerap Hafizh ke pasukan Moto2 SRT tetapi sekiranya kami gagal mencari pengganti Fabio (Quartararo) atau terdapat masalah dengan Valentino (Rossi) mungkin dia akan ke MotoGP,” jelasnya.

Menurutnya, peluang untuk pelumba tempatan di pasukan Petronas SRT sentiasa ada terutamanya di Moto2 sebelum potensinya dikembangkan lagi untuk ke MotoGP.

Hafizh Syahrin

Hafizh kembali ke Moto2 musim ini bersama Aspar Team selepas dua tahun bersama Tech3 di MotoGP.

Dia mempamerkan aksi cemerlang ketika menunggang jentera Yamaha dalam musim pertamanya namun bergelut apabila beralih ke KTM.

Bagaimanapun, Hafizh tampil dengan aksi memberangsangkan minggu lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat keenam dan mengutip 10 mata. – BH

Seorang pengguna Facebook, Wei Khang WK berkongsi kisah bagaimana kedainya telah menjadi sasaran seorang pencuri selepas memasuki kedainya dengan alasan melihat aksesori kereta.

Menurut Wei Khang, seorang lelaki telah datang ke kedainya sekitar jam 4.45 petang dari pintu belakang kononnya mahu mencari ekzos ProRacer.

Ketika itu, Wei Khang terus meminta adiknya untuk melayan pelanggan tersebut yang kemudiannya membawa ekzos ProRacer untuk ditunjukkan kepada lelaki terbabit.

Lelaki tersebut kemudiannya bertindak mengangkat ekzos ke meja kedai dan mula melakukan kerja terkutuk apabila menggunakan peluang tersebut untuk mencuri duit kedai.

Bagaimanapun, pencuri tersebut tidak menyedari terdapat kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang merakam segala tindak tanduknya.

Pada masa sama, berdasarkan perkongsian di ruangan komen, ada segelintir netizen dakwa mengenali pencuri tersebut dan mendedahkan dia beberapa kali telah terlibat dengan kerja haram seperti ini.

Honda Malaysia mengumumkan pencapaian terbaru apabila lebih 1,400 tempahan telah diterima dalam masa sebulan bagi model BR-V baharu.

Sejak diperkenalkan pada 2017, BR-V bingkas menjadi SUV 7-tempat duduk popular dengan lebih 32,600 unit telah pun terjual.

Menurut Honda, 42 peratus daripada 1,400 tempahan itu datangnya daripada kawasan Tengah dengan 85 peratus daripadanya merupakan varian V dan selebihnya melibatkan varian E.

Sementara 24 peratus daripadanya melibatkan pilihan warna Modern Steel Metallic.

BR-V 2020 ini menarik perhatian tatkala didatangkan dengan beberapa penambahbaikan antaranya bahagian ekterior kini lebih moden di samping enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang menawarkan 120hp.

Ruang tempat barang yang luas juga menjadi tarikan dengan 223L (tempat duduk dinaikan) dan 539L (tempat duduk diturunkan).

Segala aspek ini menjadikan BR-V model pilihan bagi keluarga baharu atau pasangan muda yang mahukan gabungan elemen sporty dan praktikal.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan rujuk harga semasa dibawah:

Untuk maklumat lebih terperinci orang ramai dijemput hadir ke mana-mana pengedar rasmi Honda atau layari www.honda.com.my

Sejak dilancarkan tahun lalu, Allianz Motorcycle Plus telah menawarkan perlindungan terbaik kepada lebih 720,000 motosikal bawah 245cc tanpa sebarang caj tambahan.

Allianz Motorcycle Plus menawarkan perlindungan komprehensif termasuk kehilangan atau kerosakan terhadap motosikal disebabkan kemalangan, kebakaran dan kecurian, kemalangan pihak ketiga, kecederaan dan kerosakan pihak ketiga.

Bagi menikmati perlindungan komprehensif, penunggang motosikal boleh memohon Accident Cover untuk RM5,000 – bagi kematian/kecacatatan kekal – belanja hospital RM50 sehari – sehingga 60 hari – dan All Special Perils Full Sum-Insured Protection (membabitkan banjir, tanah runtuh atau sebarang bencana alam).

Ketua Pegawai Penjualan Allianz General, Horst Habbig menyifatkan Allianz Motorcycle Plus sebagai perlindungan selamat tanpa caj ekstra.

“Apa yangg Allianz General tawarkan kepada pelanggan sekarang adalah perlindungan ekstra tanpa sebarang caj tambahan kerana apa yang penting adalah perlindungan yang benar-benar membawa kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia.

“Jika ada yang mencari perlindungan untuk motosikal kapcai mereka, biar kami yang lakukannya,” jelas Habbiq.

Bagi yang berminat untuk membeli Allianz Motorcycle Plus, layari https://quote.allianz.com.my/onlinequote/ atau kenal pasti produk ditawarkan di allianz.com.my/motorcycle-plus

Sejak Kawasaki memperkenalkan ZX-25R, jentera sportbike 250cc dengan empat silinder, kami tertanya-tanya adakah pengeluar lain akan mengikut jejak sama?

Kawasaki ZX-25R

Manakan tidak, impak ZX-25R cukup besar dan mengujakan peminat dua roda seluruh dunia termasuk Malaysia yang tidak perlu menaik taraf lesen untuk merasai kesyahduan 4-silinder.

Kini timbul khabar angin daripada laporan negara jiran oleh iwanbanaran.com yang mengatakan Yamaha turut akan memperkenalkan jentera 250cc 4-silinder.

Yamaha YZF-R25

Diberi nama YZF-R25M, jentera ini dijangka menawarkan ciri yang dipertingkat berbanding yang ditawarkan R25 bagi menyaingi ZX-25R.

Sementara itu,turut didakwa Honda juga bakal membangunkan enjin sama dan akan dikenali sebagai CBR250RR-R – konsep sama ditawarkan varian 1000cc CBR1000RR-R.

Sekiranya khabar angin ini bertukar realiti pastinya akan menghangatkan pasaran 250cc serba baharu ini. – iwanbanaran.com

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube