Bikesrepublic

Berita Terkini

1-podio2

Shell Advance Asia Talent Cup telah berakhir untuk musim 2015 dan Masaki mengakhirinya dengan menjadi pemenang. Pemenang pada perlumbaan pertama, Kunimine,  berada pada kedudukan kedua dengan perbezaan mata hanya 0.061 saat. Adam Norrodin juga membawa kegembiraan kepada Malaysia dengan berjaya berusaha untuk menaiki podium.

Satu kemalangan telah berlaku pada pusingan ke-6 melibatkan Salim, Izdihar dan juga Fakrushy. Namun begitu, semua rider dalam keadaan baik walaupun kemalangan itu nampak teruk juga.

Musim 2015 menyaksikan ketiga-tiga tempat untuk pemenang keseluruhan didominasi oleh pelumba Jepun. Pertama – Ayumu Sasaki. Kedua – Takuma Kunimine. Ketiga – Kazuki Masaki. Tahniah kepada mereka. Harapan semoga pelumba Malaysia akan lebih maju pada masa hadapan dan menjadi satu cabaran bagi pelumba Jepun.

1-standing

Musim 2015 untuk Shell Advance Asia Talent Cup telah berakhir. Jumpa lagi di 2016!  (more…)

Pedrosa-Sepang

Dani Pedrosa terus menunjukkan bahawa beliaulah yang terpantas di litar Sepang sepanjang minggu ini. Kesemua 20 pusingan telah dipimpin oleh Pedrosa diikuti oleh Lorenzo, Rossi dan Marquez yang saling bertukar-tukar kedudukan.

Fokus utama dalam perlumbaan ini adalah kontroversi di antara Rossi dan Marquez. Rossi dan Marquez saling bertukar-tukar kedudukan dalam pusingan ke-3 sehinggalah ke pusingan ke-13 di mana Marquez telah terjatuh setelah mendekati Rossi. Kes ini masih dalam pertimbangan oleh pengurus perlumbaan (Race Direction).

KEMASKINI(8.57ptg): Rossi dikenakan 2 penalti iaitu 3 mata ditolak dan kedua, bermula dari kedudukan terakhir dalam petak mula pada pusingan seterusnya di Valencia. (more…)

Moto2_Zarco_

Zarco meneruskan aksi cemerlang sepanjang perlumbaan 19 pusingan ini di Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix. Walaupun telah mengutip mata yang cukup untuk membolehkan Zarco mendapat juara keseluruhan kategori Moto2, Zarco masih berusaha keras untuk menamatkan perlumbaan di Sepang dengan satu sejarah yang bermakna baginya.

Thomas Luthi yang bermula dari petak pertama terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua. Folger menamatkan perlumbaan dengan tempat ketiga. Luthi dan Folger berada di kedudukan 5 dan 6 dalam kutipan mata keseluruhan Moto2.

Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin berjaya mendapat kedudukan ke-8, Azlan Shah di kedudukan ke-16 dan Ramdan Rosli di kedudukan ke-24.  (more…)

Moto3_Oliveira_

Moto3 menyaksikan perlumbaan yang sengit dengan 5 pelumba berada dengan jarak yang dekat dalam kumpulan yang mendahului pelumba yang lain. Miguel Oliviera menunjukkan tunggangan yang menyakinkan dan konsisten dalam pusingan-pusingan terawal. Danny Kent yang mendahului dari segi kutipan mata cuma berada di kedudukan ke-7.

Satu-satunya pelumba Malaysia dalam Moto3, Zulfahmi, terbabas pada pusingan ke-13 dan tidak dapat meneruskan pelumbaan.  (more…)

Drive-M7-SIC-Honda-001

Pasukan Drive M7 SIC Racing akan menukar kepada mesin Honda pada musim 2016 selepas mendapat persetujuan dari Honda Racing Corporation (HRC) untuk membekalkan dua mesin NSF250RW untuk perlumbaan dalam siri Moto3.

Pasukan yang disokong oleh Malaysia ini berharap kerjasama ini akan memberikan hasil yang lebih baik pada musim akan datang. Lihat siaran media rasmi disini:  (more…)

dunlop-SAATC
Kazushi Aso, ‘International Tyre Development and Race Promotion’ bersama Javier Alonso, Pengarah Urusan Dorna Events

Dunlop akan menjadi pembekal tayar dan juga rakan teknikal kepada Shell Advance Asia Talent Cup (SAATC) pada tahun 2016. Ini akan menjadi ‘konsisten’ kepada pelumba-pelumba dari SAATC di mana jika mereka berjaya melangkah ke siri perlumbaan yang lebih tinggi seperti RedBull Rookies Cup dan FIM CEV Repsol.

Pada masa sekarang, Dunlop telah membekal tayar untuk siri perlumbaan Moto3 dan juga Moto2. Baca keseluruhan siaran rasmi media (English):  (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube