Bikesrepublic

Berita Terkini

2017-ktm-450-sx-f3

KTM Malaysia kini membawakan kepada peminatnya di Malaysia 8 model motokros (off-road) untuk pasaran disini. 8 model yang diperkenalkan ini terdapat pilihan dari 250cc hingga 450cc. Terdapat 1 model datang dengan enjin 2-lejang iaitu 250 EXC Six Days Enduro, manakala 7 model lagi adalah dengan enjin 4-lejang.

mm_ktm_my_mx_enduro_-2

KTM juga membawa kami ke Sungai Buaya, Rawang, untuk menunjukkan litar motokros mereka disamping pelancaran dan sesi tunggang uji jentera terbaru mereka.   (more…)

Uma Racing hadir dengan ekzos prestasi tinggi ‘Back Pressure’ untuk model Yamaha Y15ZR yang semakin popular dan disamping kehadiran RS150R yang mengganas.

Ekzos ini memberikan peningkatan sebanyak 1.04PS menjadikan kuasa maksimum Y15ZR sejumlah 15.47PS berbanding ekzos asal pada 14.43PS (data dari Uma Racing).

img_4999-1

Jika anda telah mengharungi zaman antara lewat 90an dan awal 2000, anda juga mungkin telah melihat atau sendiri terlibat dalam zaman kegemilangan skuter sukan atau ‘sport scooters’ yang menjadi salah satu kegilaan remaja-remaja. Pada waktu itu, jika anda membawa skuter Gilera Runner atau yang lebih hebat dan ‘rare’ iaitu Italjet Dragster, anda secara automatik dianggap hebat atau ‘cool’.

Tetapi seperti jenama-jenama dari Itali yang lain, kehangatannya semakin lama semakin berkurang menyebabkan skuter-skuter sukan dari Itali ini menjadi barang koleksi antara peminat-peminat skuter tegar. Pihak kami mendapat peluang untuk menguji jentera ini sama ada ia layak untuk diberi nama “Italjet”.

Setelah sekian lama nama ‘Italjet’ itu tersimpan dalam buku sejarah skuter sukan termasyhur, kini nama itu kembali semula dalam bentuk 2016 CMC Italjet 125 yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu.  (more…)

shark-helmet-lorenzo-aragon-2016-01

Shark Helmets mempamerkan grafik khas dengan motif jerung untuk Jorge Lorenzo di perlumbaan MotoGP di Aragon. Kelihatan gigi-gigi tajam pada bahagian visor dan mata jerung pada bahagian atas helmet.  (more…)

Syarikat pembuat model skala replika, Tamiya, memperkenalkan model 1/12 untuk Kawasaki Ninja H2R. 

Peminat dan pengumpul model skala motosikal ini pastinya tertunggu-tunggu untk mendapatkan model ini. Setakat ini hanya ada di USA dan tidaklah kami dapat lagi maklumat mengenai harganya.

HLYM mengirimkan gambar rasmi kepada kami mengenai Yamaha Y15ZR Edisi GP (2016) yang kini telah berada di pasaran.

Sememangnya menjadi tradisi kepada HLYM untuk menghasilkan model bertemakan grafik MotoGP setiap tahun menjelang siri perlumbaan di Sepang.

Harga rasmi dari HLYM adalah RM8,634.76 (asas termasuk GST)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube