Bikesrepublic

Berita Terkini

Kredit: MotoGP.com
Kredit: MotoGP.com

Ujian pada hari pertama menyaksikan Casey Stoner dengan jentera baru Ducati mencatat masa terpantas, kemudian pada hari kedua  menyaksikan Andrea Iannone yang kini dalam pasukan Suzuki ECSTAR menyerang litar untuk mendapat kedudukan terpantas dan akhirnya pada hari ketiga, Maverick Viñales dari pasukan Movistar Yamaha muncul sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 1:59.368. Pada satu ketika dahulu, mencatat masa dibawah 2:00.00 di litar Sepang merupakan satu kebanggaan dan satu pencapaian yang terbaik, namun kini hampir semua pelumba teratas dapat memecahkan sempadan 2 minit ini seperti Valentino Rossi, Marc Marquez dan Andrea Iannone.   (more…)

KAWASAKI Z900 ABS: KEASLIAN TERSERLAH

The Kawasaki Z900 baru adalah ahli terbaru dalam keluarga Z yang ikonik. Gabungan gaya agresif “Z Supernaked” dan reka bentuk sugomi elemen Z900 dengan elegan, rekabentuk fizikal yang menarik dan keterampilan enjin yang padat. Dengan hanya sekali pandang, anda akan jatuh cinta. Elemen reka bentuk sugomi utama, seperti dalam posisi ” ingin menyerang” – kedudukan kepala yang rendah dan bahagian ekornya yang melentik, memberi Z900 bayangan yang berbeza. Meletakkan dirinya lebih dikenali sebagai model “Z Supernaked”. Penampilan tegap ini ditekankan oleh rekaan tirus, rupa bentuk fizikal yang menampakkan imej ringan, tangkas dan mencerminkan prestasi sporty. Sebagai motosikal yang memenuhi keperluan pelbagai penunggang dan berprestasi tinggi, Z900 baru pasti akan mengujakan.   (more…)

KAWASAKI VERSYS – X 250: SEBARANG JALAN, BILA BILA MASA.
Motosikal Kawasaki Versys-X 250 menggabungkan gaya motosikal pengembaraan besar dengan jentera touring yang kecil. Versys-X adalah satu model “touring” yang berkebolehan untuk digunakan pada sebarang permukaan jalan/laluan dengan prestasi model-model Versys daripada Kawasaki sebelum ini yang berkeupayaan digunakan di atas jalan yang tidak berturap. Motosikal ini didatangkan dengan penyerap hentakan yang panjang, “handle bar” yang lebar dan kedudukan pelana yang rendah, kebolehan prestasi sebuah jentera silinder berkembar manakala aksesori tulen yang memenuhi kehendak pengembaraan atau keperluan berulang-alik dalam bandar. Menyedari keperluan untuk motosikal dengan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan apa-apa pelbagai jalan raya di Malaysia, Kawasaki telah memilih untuk mereka bentuk motosikal yang boleh menangani memenuhi ini – Versys-X 250.   (more…)

Keseimbangan dan menarik, Kawasaki Ninja 650 serba baru ini mempunyai enjin berkembar selari 650cc dengan tumpuan julat rendah-pertengahan yang kuat dan pakej casis ringan dan tirus serta jentera kelas kuasa bagi kategori model kuasa pertengahan. Rekaan yang menguatkan imej keluarga Ninja mencerminkan ciri yang sangat anggun serta menyediakan pilihan alternatif kepada penunggang yang lebih gemarkan motosikal berfairing penuh.   (more…)

Pada tahun 90an, Proton ada menyertai Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dengan jentera Proton Wira. Bagi melayakkan jentera ini beraksi dalam perlumbaan ini, Proton perlu membina 2,500 buah jentera ini sebagai syarat homologasi WRC.

Perlumbaan WRC ini memperkenalkan kita kepada Karamjit Singh yang cukup hebat dengan Proton Wira versi Rali tersebut. Seperti ayat dalam iklan diatas, apa yang membezakan jentera Karamjit Singh dan Proton Wira 1.8 EXi DOHC ini hanyalah sangkar gulingan keselamatan (roll cage).

Sumber: G Car Care FB

TRICK STAR R&D dari Jepun memperlihatkan jentera Honda CBR250RR yang telah mereka ubahsuai untuk mencapai sasaran kelajuan 200km/h.

Pada kali pertama melihat jentera ini, ia nampak seperti Ninja 250 dari rupa reraupnya, tetapi bila bahagian enjinnya didedahkan, enjinnya adalah dari Honda. (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube