- Pusingan kedua Kejohanan SuperMoto Malaysia kembali di Taman Tasik Permaisuri, Cheras pada 6 dan 7 Mei 2017.
- Pusingan kedua MSMC akan diadakan serentak dengan KL Xtravaganza Carnival dan masuk adalah PERCUMA.

Yamaha Motor Indonesia memperkenalkan model serba baru Vixion untuk 2017 dengan beberapa peningkatan yang tiada pada model sebelum ini. Yamaha Vixion juga dikenali sebagai FZ150i di Malaysia. Salah satu penambahbaikan yang telah dibuat adalah dengan penggunaan sistem klac yang baru.

Jentera 150cc Vixion ini menerima sistem klac baharu dengan fungsi Bantu & Gelincir (Assist & Slipper). Sistem Klac Bantu & Gelincir ini biasanya digunakan pada motosikal berkuasa tinggi dalam 500cc ke atas. Namun dapat dilihat tren masa kini dimana jentera 250cc turut menerima sistem ini. Pada jentera 150cc ini, kami merasakan fungsi klac sebegini adalah sedikit ‘overkill’. (more…)

Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan 2017 Honda Wave 125i hari ini. Motorsikal kapcai dengan pelbagai ciri-ciri premium menambahkan lagi keselesaan menunggang dan kecekapan bahan api.