Kawasaki telah merancang aktiviti yang hebat sempena pusingan Shell Malaysia MotoGP 2017 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (27 Oktober – 29 Oktober 2017).
Gerai pameran Kawasaki yang telah disediakan akan memperagakan ke semua rangkaian motosikal Kawasaki, termasuklah model Ninja ZX-10R, Ninja ZX-10RR, Ninja H2 dan H2R.
Konvoi besar-besaran melebihi 300 orang pemilik motosikal Kawasaki akan berhimpun di Padang Merbok sebelum menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan perlumbaan MotoGP.
Naza Premira Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan motosikal Aprilia RSV4 RF dan Aprilia Tuono 1100 V4 Factory 2017 semalam.
Pelancaran itu telah diadakan di satu sesi ‘meet & greet‘ pasukan Aprilia Racing Team Gresini bersama dengan penunggang MotoGP mereka, Sam Lowes.
Motosikal RSV4 RF 2017 telah dinilai pada harga RM121,571 manakala motosikal Tuono 1100 V4 Factory 2017 pula pada harga RM104,251 (harga asas beserta GST).
Motosikal Honda Gold Wing 2018 terkini telah pun dilancarkan secara rasmi di Pertunjukan Motor Tokyo 2017.
Akan terdapat dua buah model yang akan disediakan; motosikal Honda Gold Wing 2018 yang berinspirasikan motosikal bagger dan sebuah motosikal super touring, Honda Gold Wing Tourer.
Honda telah menetapkan harga bagi generasi keenam motosikal Gold Wing ini bermula dari $23,500 (kira-kira RM99,534) sehingga $27,700 (kira-kira RM117,323).