Bikesrepublic

Berita Terkini

Pelumba KTM,  Pol Espargaro, terkejut dengan chasis baharu diguna pakai apabila berjaya menyaingi juara dunia 2019, Marc Marquez.

Espargaro berjaya menyaingi catatan masa terpantas Marquez kurang tiga lap selepas menggunakan chasis baharu tersebut.

Pada hari pertama sesi ujian di Valencia, dia berjaya menamatkan sesi dengan catatan masa kelapan terpantas.

Bagaimanapun, sebaik menggunakan kerangk baharu, Espargaro berjaya menduduki tempat kedua dibelakang Marc Marquez.

Dia kemudiannya akui terkejut dengan keputusan itu.

“Ketika ujian sesi pagi, saya menunggang dengan chasis sama sebelum mengalami kemalangan.

“Kemudian, Brad (Binder) turut kemalangan jadi kami kehabisan jentera untuk diuji. Ketika itu lah saya diberikan jentera dengan kerangka baharu dan saya terus terpegun!

“Saya mencatat masa kedua terpantas di belakang Marquez. Jentera ini jauh lebih baik di bahagian selekoh dan memiliki cengkaman yang mantap,” jelasnya.

 

Sumber: Cal Crutchlow @ Twitter

Cal Crutchlow mengakui kecewa dengan Honda yang menolak permintaannya untuk mengembalikan tiga krew HRC yang sebelum ini bersamanya di LCR Honda.

Ketiga-tiga jurutera terbabit meninggalkan garaj LCR hujung 2018 bagi membantu Jorge Lorenzo musim ini.

Tindakan tersebut mendapat tentangan daripada Crutchlow dan ketua krew, Christophe Bourguinon pada tahun sama.

Bagaimanapun, Crutchlow berasakan HRC seharusnya memulangkan ketiga-tiga individu terbabit -Arlan Holterman, Marco Barbiani dan Gianni Berti – tatkala Lorenzo telah pun bersara sementara Alex Marquez masih dalam proses menyesuaikan diri.

“Honda telah mengambil beberapa krew saya dan situasi ini amat mengecewakan. Mereka sepatutnya cuba bantu untuk menguatkan jentera saya bukan sebaliknya.

“Mereka seharusnya memulangkan tiga individu terbabit kerana mereka akan memberi kesan besar terhadap jentera saya berbanding Alex yang masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan jentera MotoGP.

“Tetapi mereka menolak permintaan saya, jadi saya terpaksa menerima keputusan ini,” jelasnya.

(SUMBER: Crash.net)

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis @ Facebook

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan sejumlah 275,554 saman telah dikeluarkan terhadap pemandu dan penunggang ekoran ketiadaan lesen memandu bagi tahun 2019.

Ketua Pengarah Perancangan Dan Operasi JPJ, Zamakhshari Hanipa menjelaskan kesalahan tiada lesen memandu sah dan lesen tamat tempoh masih lagi kekal sebagai punca saman tertinggi dikeluarkan JPJ.

Menurut laporan Berita Harian, sejumlah 143,869 saman dikeluarkan bagi tujuh kesalahan utama yang membabitkan lebih muatan, langgar lampu isyarat, tidak memakai tali pinggang keledar dan topi keledar, memotong di garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan, memotong di lorong kiri dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Angka tersebut tidak termasuk sejumlah 1 juta saman yang telah dikeluarkan JPJ bagi kesalahan lain yang direkodkan dari 1 Januari hingga 19 Oktober lalu.

Terdahulu, JPJ menjalankan Operasi Bersepadu di laluan bawah Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, malam tadi yang menyaksikan 812 notis kesalahan dikeluarkan sementara 23 motosikal dan sebuah kereta telah disita.

(SUMBER: Berita Harian)

Tahun 2018 merupakan tarikh penting buat Honda apabila mereka meraikan ulang tahun ke-60 bagi Super Cub dengan model pertama lahir 10 tahun selepas syarikat tersebut ditubuhkan.

Membuat penampilan sulung pada 1958 sebelum dilancarkan di Amerika Syarikat, model popular itu kemudiannya mencetuskan budaya pop tersendiri.

Tahun lalu, Honda turut berkolaborasi dengan artis manga terkenal, Hisashi Eguchi sempena dengan ulang tahun motosikal tersebut dengan karya berjudul Super Cub.

Kini dengan kalendar 2019 semakin menghampiri penghujung, difahamkan karya tersebut akan diangkat ke anime.

Super Cub berkisar tentang motosikal ikonik tersebut dengan pemiliknya.

Diarahkan oleh Toshiro Fujil – Boruto: Naruto Next Generations, Pokemon The Movie – anime tersebut akan dihasilkan oleh Studio KAI.

(SUMBER: Ride Apart)

 

Kereta terbang pertama negara, EH216, yang dijadualkan untuk menjalani ujian penerbangan pertama hari ini terpaksa dibatalkan susulan tidak mendapat kelulusan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

CAAM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa tapak ujian di Hangar UNIKL MIAT Subang berada kurang 200 meter dari laluan penerbangan dan helikopter komersil.

Pada masa sama, CAAM turut sedang menyiasat ujian penerbangan ‘haram’  yang diadakan pada 15 November lalu susulan tidak mendapat kelulusan.

Menurut laporan Harian Metro, EH216 hanya mendapat permit khas penerbangan yang terhad oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China untuk tujuan ujian dan penerbangan di Grand World Science Park, Guangzhou.

Bagaimanapun, CAAM menjelaskan pihaknya menyokong segala usaha melibatkan aeroangkasa namun menggesa agar setiap aktiviti harus mematuhi Peraturan Penerbangan Awam Malaysia.

(SUMBER: Harian Metro)

Sumber: Paul Wong @ Facebook

Rancangan untuk mengembara di kota London selepas menunggang ribuan batu dari Kuala Lumpur bertukar menjadi mimpi ngeri apabila jentera ditunggang, BMW S 1000 XR hilang di Jalan Tooley, London.

Menurut laporan media tempatan, Paul Wong kehilangan jentera terbabit di tempat letak motosikal di hadapan Shad Indian Restaurant di Jalan Tooley.

BMW S 1000 XR berwarna merah tersebut telah pun melunaskan impian Paul untuk menunggang dari Kuala Lumpur ke London bermula 28 September lalu.

Difahamkan, kes kecurian motosikal berkuasa besar di kota London sedang berleluasa dengan pencuri menjadikan motosikal pelancong luar sebagai sasaran utama.

(SUMBER: Careta)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube