Bikesrepublic

Berita Terkini

Kerjasama di antara Bajaj Auto Limited dan jenama motosikal Britain, Triumph Motorcycles semakin direalisasikan sekaligus bakal menyaksikan jentera Triumph dengan enjin bersaiz kecil akan dihasilkan.

Kedua-dua nama besar ini mengumumkan jalinan kerjasama mereka pada Ogos 2017 namun baru-baru ini Pengarah Eksekutif Bajaj Auto, Rakesh Sharma, telah pun mengesahkan bahawa perbincangan dua belah pihak telah pun memasuki fasa akhir dan akan termeterai dalam masa beberapa bulan sahaja.

Difahamkan jentera sulung Triumph-Bajaj kini giat dibangunkan dengan segala rekaan hadir daripada ibu pejabat Triumph di Hinckley sementara Bajaj bertanggungjawab membangunkan enjin dan chasis.

Model kerjasama Triumph-Bajaj ini dijangka akan dijual di pasaran India sebelum beralih ke pasaran Asia lain.

Ketika ini masih tiada maklumat mengenai jenis motosikal yang akan dihasilkan menerusi kerjasama ini namun timbul desas-desus mengatakan mereka akan menghasilkan jentera moden klasik (seperti Triumph Bonneville) dengan enjin 300-500cc.

Kawasaki Ninja ZX-25R dijangka akan membuat penampilan sulung di Tokyo Motor Show 2019, Oktober.

Menurut laporan, jentera tersebut memiliki ‘rev range’ sehingga 20,000rpm.

Dalam tempoh beberapa bulan ini, Kawasaki dilaporkan sedang menghasilkan jentera Ninja 250cc versi baharu. Namun, tidak seperti jentera 250cc lain yang berada dalam pasaran, jentera ini memfokuskan terhadap prestasi semata-mata.

Jentera Ninja ZX-25R dijangka akan didatangkan dengan enjin inline empat silinder dalam usaha Kawasaki untuk menghasilkan enjin berkuasa tinggi meskipun dengan enjin bersaiz kecil.

Ninja ZX-25R dijangka mampu mengatasi pencabar lain tatkala enjin tersebut didakwa mampu menghasilkan sekitar 60hp – 10hp lebih tinggi berbanding Ninja 400.

Antara khabar angin lain adalah enjin ZX-25R mampu mencecah 20,000rpm!

Jika ‘dakwaan’ ini berasas, pastinya Kawasaki perlu menggunakan bahan yang ringan dalam proses binaan kerangka enjin.

Senario ini pastinya menyebabkan ZX-25R memiliki harga yang lebih tinggi berbanding Ninja 250 sedia ada. Difahamkan, reka bentuk Ninja ZX-25R akan diinspirasikan daripada rekaan Ninja H2 termasuk penggunaan lampu LED.

Ninja ZX-25R dijangka akan membuat penampilan sulung di Tokyo Motor Show 2019

BMW Motorrad memperkenalkan tiga model baharu yang bakal menggegar jalan raya di Malaysia ketika majlis BMW Night Fuel yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),  Sungai Besi, hari ini.

Tiga model tersebut merangkumi keluarga GS, BMW F 850 GS Adventure, R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure.

BMW F 850 GS Adventure (RM88,500)

Meskipun tidk memiliki enjin sebesar abangnya, GS 1250 namun F 850 GS tampil dengan reka bentuk yang lebih maskulin. Enjin segmen pertengahan ini turut didatangkan dengan upside-down fork dengan double-sided swingarm aluminium bagi sekaligus memastikan respon yang lebih sensitif.

BMW turut memperbaiki ergonomik bagi memastikan tunggangan yang selesa terutamanya bagi senario off-road.

BMW F 850 GS Adventure kini dilengkapi dengan enjin 853cc dua silinder in-line yang telah dinaik taraf sekaligus menjanjikan peningkatan kuasa sebanyak 95hp pada 8,250rpm dengan 92 Nm pada 6,250rpm – yang disampaikan menerusi transmisi enam-kelajuan.

Antara ciri keselamatan yang terdapat pada F 850 GS Adventure:

  • Riding Mode (Rain,Road)
  • BMW Motorrad ABS
  • Automatic Stability Control (ASC)

BMW F 850 GS Adventure turut didatangkan dengan tayar enduro street sebagai standard. Bagaimanapun, hanya empat model dibawa masuk bagi tahun ini.

BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure (RM116,500 dan RM125,500 sementara RM127,500 bagi Style HP)

Kedua-dua jentera kini telah dinaik taraf bagi memastikan pengalaman tunggangan yang lebih mantap dengan elemen bertaraf dunia yang selaras dengan imej ikonik GS.

Penguasaan off-road kini disalurkan menerusi reka bentuk serba baharu termasuk pilihan warna yang berbeza. Kini, lampu depan LED dan Day Time Riding Lights (DRL) turut didatangkan secara standard.

Bahagian powertrain kini lebih menonjol dengan pilihan warna hitam matte yang digabungkan dengan kerangka utama berwarna Agate Grey metalik matte. Kedua-dua jentera turut tampil lebih garang dengan tayar Cross-Spoke berwarna hitam.

R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure turut dilengkapi dengan sistem ekzos baharu yang menawarkan kuasa dan tork lebih optimum selaras dengan teknologi BMW ShiftCam.

Sementara itu, panel 6.5 inci berwarna TFT pelbagai fungsi turut didatangkan secara standard.

Antara ciri keselamatan lain yang terdapat pada R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure:

  • Mod tunggangan ( Rain, Road)
  • Automatic Stability Control (ASC)
  • Hill Start Control
  • Electroninc Suspension Dynamic ESA

Pelanggan turut ditawarkan dengan Riding Modes Pro yang menawarkan pelbaga ciri baru antaranya:

  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • ABS Pro
  • Hill Start Control Pro
  • Dynamic Brake Assistant (DBC)

Enjin dua silinder empat strok dengan sistem penyejukan cecair turut diperhalusi dengan teknologi BMW ShiftCam bagi kedua-dua model yang menawarkan peningkatan kuasa dan tork.

Kapasiti bagi kedua-dua model turut dipertingkatkan kepada 1254cc yang kini mampu menjana 136hp pada 7,750rpm dan 143 Nm pada 6,250 rpm.

Saban minggu ada sahaja kisah penghantar makanan yang mendapat perhatian netizen susulan kerajinan mereka melaksanakan kerja tanpa mengira waktu dan cuaca.

Kali ini, seorang lagi penghantar makanan mendapat perhatian netizen tapi atas sebab berbeza.

Pengguna Twitter, @HerySevani, berkongsi video bagaimana dia melakukan penghantaran beberapa batang lemang kepada pelanggan dengan motosikalnya.

Menurut status yang dimuat naik, dia berkata:

“Customer nak lemang, aku beli kan lemang. Jangan takut kalau order dengan aku buat penghantaran paling ceat daripada orang lain.”

Manakan tidak dia menghantar pesanan pelanggan dengan cepat kerana motosikal ditunggangnya adalah jenis Ducati Hypermotard 950!

Bayangkan, selain daripada pelanggan mendapat servis penghantaran yang pantas, anda juga disajikan dengan bunyi enjin

Rata-rata netizen turut bertanya sama ada pekerjaan yang dilakukannya berbaloi dengan perbelanjaan minyak motosikal.

@HerySevani menjelaskan kerja penghantaran makanan yang dilakukannya cukup untuk menampung kos petrol.

Seni datang dalam pelbagai bentuk dan rupa tetapi seni yang disampaikan Horus ternyata hadir dalam bentuk berbeza.

Studio Perincian Horus yang terletak di Glenmarie mengangkat seni penjagaan kereta dan ‘window tint’ ke taraf yang lebih tinggi.

Bagi mereka yang tidak mengenali jenama ini, Horus merupakan jenama yang sebelum ini terkenal dengan servis pemasangan filem gelap bagi cermin kereta.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Horus telah memperkembangkan perniagaan mereka dengan menawarkan servis perincian kereta dan motosikal yang merangkumi Horus Premium Coatings, Horus Car Care, Anti-Bacterial Solution serta produk Premium Paint Protection Film (PPPF).

Apa yang membezakan ‘coating’ Horus dengan servis lain yang berada di pasaran?

Horus menjelaskan bahawa mereka menggunakan salutan (coating) berteknologi Nano hibrid yang menghasilkan rupa seakan-akan diselaputi air dan berkilat di samping dapat mengusir tanah dan debu.

Horus turut menawarkan jaminan terbaik dengan waranti lima tahun termasuk cucian tahunan secara percuma!

Enggan meninggalkan kereta kesayangan anda di Horus? Usah gusar kerana Horus turut menawarkan set produk Horus Car Care yang terdiri daripada syampu kereta, performance detailer, tayar dan kulit detailer, perapi dan pencuci.

Pemilik kereta boleh melakukan penjagaan kereta dan motosikal mengikut kelapangan di rumah.

Anti-Bacterial Solution juga menjaminkan perlindungan pemandu dan penumpang sehingga 98 peratus daripada jangkitan bakteria di ruang dalam kenderaan.

Pada masa sama, Horus turut menawarkan Premium Paint Protection Film yang membantu melindungi bahagian kenderaan yang mudah terkena serpihan batu di jalan raya. PPPF didatangkan dengan waranti 3 tahun.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan servis perincian terbaik jangan lupa bertandang ke Horus Detailing Studio/Window Tint yang terletak di Glenmarie. Waze je!

Apa beza Porsche Macan dengan Porsche Cayenne? Itu antara persoalan biasa yang diajukan tiap kali Macan lalu di depan mata setelah selesai menghargai setiap bentuk yang ditonjolkan. 

Dalam fahaman mudah,  Macan merupakan adik perempuan yang jauh lebih ‘hot’, ‘raw’dan mengancam berbanding Cayenne yang ditampilkan dengan imej matang.

Jadi tidak hairanlah Macan merupakan model Porsche paling popular di Britain.

Kini model popular itu kembali di Malaysia dengan pelbagai penambahbaikan baharu yang dijamin menyuntik kepuasan terhadap pelanggan Porsche.

 

Di bahagian luar,  Macan telah alami perubahan dari aspek lampu depan yang mengintip keluar dari celah bonet yang telah direka semula dan cermin sisi yang turut diolah.

Bagaimanapun, perubahan paling ketara di bahagian luar adalah bentuk lampu belakang yang seakan diinspirasikan daripada model 911 yang baru.

Perubahan ketara berlaku di bahagian dalam dengan corong air-con kini lebih rendah bagi menempatkan paparan sentuh LCD 10 inci.

Namun,  bahagian lain Macan mendapat suntikan Cayenne.

Macan turut didatangkan dengan enjin serba baharu, 2.0 liter turbocharged empat silinder yang mampu menjana 252hp dan 370Nm yang disalurkan melalui transmisi tujuh kelajuan PDK dual klac.

Meskipun dikategorikan sebagai SUV kompak namun Macan 2019 mampu mencatat kelajuan maksima 225km/j.

Porsche Macan kini boleh didapati di pusat pameran Porsche dengan harga bermula dari RM455,000 termasuk waranti empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.

Perlu diingatkan,  Porsche tidak lagi menyambung model diesel bagi edisi kali ini.

Dalam perkembangan lain,  Porsche akan membuka pusat baharu di Ara Damansara dalam suku ketiga tahun ini.

 

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube