Bikesrepublic

Berita Terkini

Marc Marquez menoktahkan status selaku juara dunia MotoGP musim 2019 dengan kemenangan di litar Valencia.

Dia turut berjaya mengurniakan kejuaraan dunia pasukan untuk Repsol Honda sekaligus menamatkan kempen terakhir MotoGP 2019 dengan kejuaraan berganda.

Meskipun kejuaraan dunia telah pun disahkan di GP Thailand, Oktober lalu namun senario itu tidak menyekat Marquez untuk memburu kemenangan ke-12 musim ini.

Pada masa sama, kegagalan pelumba Ducati, Danilo Petrucci untuk menamatkan perlumbaan susulan kemalangan dan Andrea Dovizioso sekadar menduduki tempat keempat, membenarkan Marquez menutup defisit dua mata sekaligus menghadiahkan pasukannya kejuaraan dunia.

Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dan Jack Miller ketiga.


Dalam perkembangan sama, Jorge Lorenzo berjaya menamatkan perlumbaan terakhirnya di kedudukan ke-13 selepas mengumumkan persaraan akhir musim ini.

Aksi Moto2 menyaksikan pelumba Red Bull KTM Ajo, Brad Binder muncul juara diikuti Thomas Luthi kedua dan Jorge Navarro ketiga.

Manakala saingan Moto3 menyaksikan pelumba berusia 16 tahun, Sergio Garcia (Estrella Galicia 0.0) menyambar tempat pertama diikuti Andrea Migno (Mugen Race) kedua dan Xaier Artigas (Leopard Impala Junior Team) ketiga.

Setelah mengumumkan akan bersara hujung musim ini, Jorge Lorenzo mendedahkan tiga nama telah dicanang akan mengisi tempatnya di Repsol Honda musim depan.

Lorenzo mendakwa Cal Crutchlow, Johann Zarco dan pelumba Moto2, Alex Marquez antara calon yang sedang dipertimbangkan ketika ini.

Menurut laporan Crash.net, Lorenzo menyifatkan ketiga-tiga pelumba menawarkan sumbangan yang berbeza.

“Cal (Crutchlow) merupakan pelumba yang brpengalaman dan kita semua tahu dia seorang yang pantas di litar, Johann (Zarco) juga melaksanakan tugas dengan baik dalam tiga perlumbaan ini.

“Sementara itu Alex, dia merupakan dua kali juara dunia di Moto2 dan adik kepada Marc (Marquez), jadi pastinya menarik untuk menyaksikan dua beradik beraksi dalam satu pasukan bersama Repsol,” jelasnya.

Meskipun sebelum ini Zarco disebut sebagai calon utama namun nama Alex (Marquez) kini semakin kuat dikaitkan.

(SUMBER: Crash.net)

Dunia hypebeast dan peminat barangan vintaj pastinya mengenali Sean Wotherspoon, ikon dunia fesyen vintaj Amerika Syarikat.

Selepas mengukir nama dengan Nike menerusi Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon, kini pengeluar motosikal skuter Itali, Vespa, turut mengambil langkah sama.

Sumber: Sneakernews

Vespa dan Wotherspoon telah menjalinkan kerjasama bagi menghasilkan Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon.

Sepertimana Nike dan Wotherspoon berjaya menarik perhatian dunia fesyen dan selebriti seluruh dunia, jalinan di antara Vespa dan Wotherspoon turut dijangka akan mencetuskan kesan sama.

Jika Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon merangkumi pelbagai pilihan warna, Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon turut menampilkan impak sama dengan pilihan warna aquamarine, hijau, merah dan kuning serta puith dan panel berwarna hitam serta panel krom.

Menariknya, tempat duduk menggunakan bahan jenis baldu yang merupakan julung kalinya diguna pakai terhadap sebuah jentera dua roda.

Bagi mengetengahkan kolaborasi ini, beberapa aksesori lain turut akan diperkenalkan.

Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon akan ditawarkan dalam tiga varian, 50cc, 125cc dan 150cc.

MotoMalaya telah diberikan kesempatan untuk menyaksikan Shell Malaysia MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di tempat duduk Shell Hillstand, dua minggu lalu.

Shell Hillstand merupakan inisiatif Shell dalam menyediakan pengalaman MotoGP yang unik kepada para pengunjung.

Pengunjung yang hadir turut disambut dengan pameran jentera Ducati berhampiran pintu masuk termasuk beberapa aktiviti menarik antaranya MotoGP PS4 Challenge, Guess The Quantity dan Super Sepak.

Selain dapat menyaksikan aksi perlumbaan di Selekoh 13 dan 14, keseluruhan perlumbaan juga dapat ditonton menerusi dua skrin LED besar.

Bagaimanapun, tumpuan utama yang ditawarkan Shell Hillstand tahun ini adalah ‘Sunset at Hillstand’ tatkala peminat MotoGP disajikan dengan sesi ‘meet & greet’ dengan para pelumba pilihan.

Sementara itu, Shell turut menawarkan servis Shell Advance Ride Thru di bahagian tempat letak motosikal berhadapan pintu masuk.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain menyifatkan MotoGP sebagai medan terbaik mempamerkan kejayaan kerjasama Shell dan Ducati.

“Ini merupakan testimoni terbaik untuk kami membuktikan kejayaan dalam membangunkan produk berkualiti sekaligus memastikan pelanggan Shell menerima produk terbaik,” jelasnya.

Gambar hiasan

Seorang lelaki yang menyamar sebagai Ejen-Pemilikan Semula (EPS) dengan bertujuan untuk mencuri kereta berjaya digagalkan pihak polis di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Seremban, kelmarin.

Kegiatan lelaki tersebut berjaya dihidu sepasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di RnR terbabit

Difahamkan, lelaki berusia 26 tahun itu berjaya melarikan diri ketika pemeriksaan namun hadir ke pejabat KPDNHEP dalam percubaan untuk mendapatkan semula permit EPS palsu sebelum ditahan, semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani, pemantaun tersebut dijalankan selepas menerima laporan mengenai kegiatan penipuan tarik kereta di RnR Seremban.

“Pegawai KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan terhadap seorang lelaki yang memakai kad EPS namun ketika cuba meneliti kad terbabit, suspek telah melarikan diri.

“Pegawai KPDNHEP telah membuat pemeriksaan dan mendapati permit tersebut adalah palsu.

“Suspek bagaimanapun hadir ke pejabat KPDNHEP pada hari berikutnya dalam percubaan untuk mendapakan semula kad palsu terbabit sebelum ditahan,” jelasnya kepada Harian Metro.

(SUMBER: Harian Metro)

Triumph Tiger sentiasa ada tempat yang istimewa bagi MotoMalaya, sila KLIK SINI untuk tahu kenapa.

Kali ini, pengeluar motosikal Britain itu mengumumkan Triumph Tiger 900 akan dilancarkan pada bulan Disember ini.

Tiger 900 merupakan model yang dinaiktaraf daripada Tiger 800 yang akan dipasarkan khas bagi tahun 2020.

Difahamkan, Triumph akan memperkenalkan dua varian, Tiger 900 Rally dan Tiger 900 GT.

Ketika ini beberapa imej model baharu tersebut telah pun tersebar dan meskipun kurang jelas namun sedikit sebanyak memberi gambaran rupa baharu jentera adventure kegemaran kami.

Seperti Triumph Street Triple yang dilancarkan baru-baru ini, Tiger 900 turut didatangkan dengan lampu LED tirus.

Meskipun Triumph telah memperkenalkan pelbagai penambahbaikan bagi Tiger 800 2018 namun dijangkakan Tiger 900 akan turut dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik terkini.

Nantikan info rasmi mengenai Triumph Tiger 900 dan 900 GT sebaik dilancarkan pada 3 Disember ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube