Bikesrepublic

Berita Terkini

 

 

  •  Harga bagi BMW Bagger terbaru ialah $19,995 (RM88,578 sebelum cukai)
  • Enjin ‘inline-six’ 1,649cc dengan 160hp dan tork sebanyak 175Nm
  • Terdapat dalam tiga pakej – Safety, Comfort dan juga Touring

(more…)

 

 

  • Produk pewangi asli terkini untuk lelaki usahasama antara Ducati dan Diamond International
  • Dikeluarkan untuk memperingati ulang tahun ke-90 pengilang Itali tersebut pada tahun lalu
  • Tiga jenis produk yang tersedia adalah Eau de Toilette, gel mandian serta semburan deodoran

(more…)


Musim MotoGP secara rasminya bermula pada hari ini dengan kesemua pasukan bersedia untuk berentap bila tibanya hari Ahad ini. Para penunggang,
pasukan dan kru telah bersedia di Qatar untuk pusingan pertama dalam salah satu perlumbaan motosikal paling berdaya saing seluruh dunia di Litar
Antarabangsa Losail. Kebanyakkan penunggang utama telah berkumpul untuk sidang akhbar pertama bagi musim 2017 semalam.

(more…)

Sumber : www.motorcylenews.com

 

 

 

  • Semasa pengambaran ‘The Grand Tour’ di Mozambique, Hammond terjatuh dari motosikalnya dan tidak sedarkan diri
  • Hos bersama Jeremy Clarkson menyatakan bahawa dia cedera agak teruk tetapi telah pulih sepenuhnya

(more…)

Mohd Hafieenaz Mohd Ali tekad untuk kembali ke prestasi terbaik untuk memberikan cabaran dalam perlumbaan kategori CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang memasuki pusingan kedua di Litar Lumba Tangkak, Johor, pada 24 dan 25 Mac ini.

Hafieenaz yang kini membawa cabaran WL Motorsports Racing mencatat keputusan membanggakan apabila menamatkan saingan pusingan pertama di Temerloh di tangga keempat untuk mengumpul 13 mata kejuaraan setelah aksi kurang memberangsangkan sepanjang musim 2016.

Pelumba berusia 31 tahun itu merupakan antara pelumba yang dilihat berupaya memberikan cabaran sengit pada peringkat awal kemunculannya bersama pasukan Raceline meskipun dibayangi rakan sepasukan yang begitu menyerlah ketika itu, Hafizh Syahrin Abdullah.

Meskipun pasukan Raceline membuat keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada bintang mereka, Hafizh Syahrin, Hafieezan beralih ke pasukan AHM pada tahun 2011 dan menamatkan saingan diantara 10 pelumba terbaik ketika itu.

Hafieenaz menerima nasib serupa apabila pasukan AHM memutuskan hanya beraksi dalam kelas CP130 untuk memberi tumpuan penuh terhadap Mohd Ramdan Rosli yang beralih ke saingan di Sepanyol.

Sepanjang tempoh enam tahun menyaksikan prestasi turun naik dalam karier Hafieenaz. “Beraksi bersama pasukan besar sudah tentu banyak perbezaan dengan pasukan kecil ataupun persendirian. Segalanya lengkap dari segi persediaan, kemudahan dan alat ganti. Bila bersama pasukan kecil, perbelanjaan dan kemudahan agak terbatas,” jelas Hafieenaz yang beraksi secara persendirian dalam kategori CP115 pada musim lepas.

Situasi berbeza buat Hafieenaz pada musim ini apabila menerima tawaran daripada pasukan baharu, WL Motorsports Racing dan dia percaya mampu untuk beraksi dengan lebih baik pada tahun ini.

(more…)

 

  

 

  • Motosikal pertama yang akan di bina khusus oleh jabatan kreatif CCM, Skunkwerx
  • Dilancarkan pada bulan Februari 2017, 150 unit edisi khas ini telah pun HABIS DIJUAL dalam beberapa minggu selepas pelancarannya
  • Motosikal yang dilahirkan dari semangat dan kreativiti tanpa sebarang kekangan terhadap pembina dan pereka bentuk

(more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube