Bikesrepublic

Berita Terkini

Sumber: Acheykintangkintung @ Instagram

Pelawak, Achey Bocey mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penjual aksesori motosikal seandainya mahu membanteras trend pengubahsuaian motosikal.

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, menegaskan bahawa pihaknya sedang memantau pengubahsuaian motosikal dikalangan artis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seandainya memiliki bukti yang mencukupi.

Mohd Nasir Hamzah, atau Achey juga antara selebriti yang gemar melakukan pengubahsuain motosikal dan berkongsi di laman sosial.

“Ubahsuai motosikal boleh membawa keputusan yang positif.

“Motosikal yang baru keluar dari kilang yang hanya mampu mencapai kelajuan 120 km/j akan menjadi lebih stabil selepas diubahsuai,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak menyokong pengubahsuaian motosikal yang menjurus kepada pencemaran bunyi serta digunakan untuk perlumbaan haram.

Pada masa sama, Achey mahu pihak polis mengambil tindakan terhadap kedai aksesori dan bukannya menyita motosikal ini.

“Perlu adil, nak saman pemilik motosikal, kedai aksesori juga perlu disaman. Kes ini sama sahaja seperti penagih dan pengedar dadah,” tambahnya.

Achey turut meluahkan rasa bimbang dengan kerugian yang terpaksa dipikul golongan Bumiputera yang rata-rata menjadi pemilik kedai aksesori motosikal di Malaysia.

Sumber: ZizanRazak869 @ Instagram

Dalam perkembangan sama, Zizan Razak, turut meminta pihak berkuasa untuk tidak memberikan tumpuan terhadap motosikal jenis Yamaha Y15ZR (YSuku) semata-mata.

Dia – yang merupakan antara selebriti terawal terjebak dalam pengubahsuaian motosikal sebelum diikuti rakan artis lain, Shuib Sepahtu, Ajak Shiro dan Datuk Aliff Shukri – menyifatkan trend ubah suai motosikal hanyalah minat untuk menghasilkan motosikal yang cantik.

“Saya minat motosikal sejak di bangku sekolah tetapi ketika itu saya masih belum mampu untuk buat apa yang saya minat,” jelasnya.

(SUMBER: Harian Metro)

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias akui pihaknya menyedari terdapat banyak kumpulan motosikal dan selebriti yang gemar memuat naik video yang memaparkan aktiviti pengubahsuaian motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

“Pihak kami akan mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti yang cukup.

“Mereka akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang, tidak kira sama ada mereka selebriti atau sesiapapun,” katanya.

Menurut laporan NST, pihak polis telah menubuhkan Squad 42 bagi menyiasat dan mengumpul bukti mengenai trend pengubahsuaian motosikal ini.

Ketika ini, trend pengubahsuaian Y15ZR atau YSuku semakin popular apatah lagi dengan bebebrapa selebriti di Malaysia turut sama mengubahsuai jentera masing-masing.

“Kami faham mereka melakukan aktiviti ini bagi menjana pendapatan tetapi mereka tidak boleh terlalu obses hingga menyalahi undang-undang,” tambah Datuk Azisman.

(SUMBER: NST)

Karnival Perodua, MYPerodua Nation 2019 bakal berlangsung di Setia City Oval Lawn, Setia Alam pada 20 hingga 22 September ini.

Karnival tersebut yang diadakan setiap tahun sejak 2017, dijangka bakal menarik lebih 25,000 pengunjung.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menjanjikan minggu lebih menarik kali ini.

“Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Setelah berlangsung dengan jayanya di Shah Alam pada 2017 dan Sungai Petani pada 2018, MYPerodua Nation 2019 menjanjikan hujung minggu yang lebih menarik dan menyeronokkan buat semua.

“Dengan tawaran menarik bagi kenderaan baharu, termasuk tawaran istimewa untuk e-hailing, pelajar dan graduan, serta tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, pelincir, alat ganti dan aksesori, inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua.” jelasnya.

Segala rangkaian produk dan perkhidmatan Perodua antaranya:

  • Perodua Total Protect Plus
  • Kenderaan Pra-Milik Perodua
  • Aksesori GearUp
  • Minyak Tulen Perodua
  • UFirst

Sementara itu, kanak-kanak turut akan disajikan pelbagai aktiviti menarik.

“MYPerodua Nation memberi kami peluang untuk mendekati para pelanggan yang dihargai supaya kami boleh memenuhi keperluan dan kehendak mereka dengan lebih mendalam. Kami amat berbesar hati untuk bertemu para pengunjung sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung,” tambah Dato Zainal.

Lexus Malaysia memperkenalkan Lexus ES 250 dan RX 300 di majlis pelancaran yang berlangsung di The International Gallery, KLGCC, hari ini.

Ini merupakan penampilan kedua ES250 di Malaysia sejak dipertontonkan di Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS) 2018.

Lexus ES 250

Didatangkan dengan enjin 2.5L 4 silinder Dynamic Force, model ini menghasilkan 204 HP pada 6,600 rpm dan 243 Nm pada 4,000 hingga 5,000 rpm.

Segala kuasa itu disalurkan menerusi transmisi 8 kelajuan Direct Shift yang menawarkan pemanduan lancar.

Ciri menarik yang terdapat pada Lexus ES 250 :

  • Panel paparan 12.3-inci jenis EMV
  • Meter kombinasi digital TFT 7-inci
  • Sistem Heads-up Display terbesar dalam kelas kenderaan
  • Lexus Safety System+
  • Pre-Collision Autonomous System
  • Dynamic Radar Cruise Control
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Adaptive High Beam System (AHS)
  • Road Sign Assist (RSA)
  • Parking Support Brake System
  • Panoramic View Monitor

Pada masa sama, Lexus mendakwa model generasi ketujuh ini menawarkan ruang dalam yang luas dan bahagian kabin yang lebih terperinci.

Faktor keselamatan turut diberi penekanan menerusi Lexus Safety System+ yang sebelum ini  pertama kali diperkenalkan pada NX300 2019.

Lexus Safety System+ merangkumi:

  • Lane Tracing Assist (LTA),
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Pre-Collision System (PCS)
  • Radar Cruise Control (DRCC) dengan fungsi Stop and Go.

Bagaimanapun, varian Luxury didatangkan dengan lampu depan LED bi-beam dengan sistem Adaptive High Beam.

Lexus ES 250 boleh didapati dengan harga:

  • ES250 Premium – RM299,888
  • ES250 Luxury – RM332,888

Lexus RX300

Lexus RX300 telah didatangkan dengan rekaan serba baharu dan pelbagai ciri terkini terutamanya paparan sentuh dengan kemampuan sambungan ke telefon pintar.

Dibahagian luar, rekaan bumper depan dan dan belakang kini tampak lebih dinamik ditambah dengan panel rocker yang menonjolkan rupa sangat kukuh.

Lexus RX300 turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan antaranya:

  • Sistem BladeScan Adaptive Highbeam (AHS)
  • Lexus Safety System+ (rujuk Lexus ES250)

Kesemua varian RX300 didatangkan dengan enjin 2L 4-silinder 16-valve dengan twin turbocharger yang mampu menghasilkan 235hp pada 4,800rpm dan 350 Nm pada 4,000rpm.

Enjin ini turut dilengkapi ESTEC dan D-4ST yang membantu dalam mengekalkan tahap efisien termal sekaligus membuatkan pembakaran minyak juga lebih efisien.

Lexus RX300 ditawarkan pada harga:

  • RX300 Premium – RM399,888
  • RX300 Luxury – RM424,888
  • RX300 F Sport – RM439,888

Pihak polis telah menahan seramai 13 kanak-kanak berusia dari sembilan hingga 15 tahun di Kajang, kelmarin apabila didapati menunggang basikal dalam keadaan berbahaya.

Kumpulan kanak-kanak tersebut – yang masing-masing menunggang sebuah basikal lajak – telah ditahan apabila didapati mengayuh menuruni bukit di sepanjang Jalan Impian Makmur.

Aktiviti mereka telah disedari pihak berkuasa yang sedang menjalankan Ops Basikal Lajak bagi membendung gejala itu dikawasan terbabit yang dianggap popular dikalangan geng basikal lajak.

Insiden yang berlaku pada jam 6 petang itu turut menyaksikan kesemua 13 basikal disita sementara kesemua kanak-kanak yang ditahan telah pun diserahkan kepada ibu-bapa masing-masing.

Individu yang didapati menunggang basikal secara berbahaya boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 di bawah Peraturan Lalu Lintas 1959.

Bagaimanapun, jika pesalah didapati masih bawah umur, ibu bapa boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda RM20,000 di bawah Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001.

(SUMBER: Malaysiakini)

Sumber: franckymorbido @ Instagram

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli disahkan bakal membuat penampilan sulung di FIM Endurance World Championship (EWC) bersama SRT di Sepang 8 Hours.

Berlangsung pada 13-15 Disember ini, Morbidelli bakal digandingkan dengan juara Suzuka 8 Hour, Michael van der Mark dan Hafizh Syahrin bakal bersaing menggunakan jentera Yamaha YZF-R1.

Sepang 8 Hours bakal menyaksikan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mempertaruhkan sistem lampu limpah baharu yang turut akan menyaksikan perlumbaan jentera empat roda – FIA World Touring Car Cup (WTCR).

Sepang 8 Hours dan WTCR akan berjalan di bawah kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Pengurus Petronas Yamaha SRT, Dato Razlan Razali teruja dengan perkembangan ini.

“Tiada cara yang lebih baik untuk memberikan sokongan terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 menerusi Sepang 8 Hours dan mempertaruhkan gandingan pelumba bertaraf dunia. Kami yakin Franco, Michael dan Hafizh mampu membawa pasukan menaiki podium,” jelasnya.

Sementara itu, Fanco Morbidelli turut tidak sabar untuk beraksi dalam perlumbaan yang dianggap masih asing bagi kariernya.

“Saya sangat berminat untuk mengetahui format perlumbaan jenis ‘endurance’ ini. Ia sesuatu yang berlainan dan ketika Razlan memaklumkan kepada saya mengenai perlumbaan ini, saya berkata ‘Apa salahnya mencuba?’,” katanya.

Pada masa sama, pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT itu mengakui tidak sabar untuk beraksi menggunakan jentera ‘production’.

“Penting untuk mengekalkan momentum sebaik musim MotoGP berakhir jadi perlumbaan pada bulan Disember akan membantu dalam mengekalkan prestasi saya, saya pernah berlatih menggunakan jentera R1 sebelum ini,” tambahnya.

Sepang 8 Hours akan berlangsung dari 13 hingga 15 Disember ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube