Bikesrepublic

Berita Terkini

  • Pasukan Petronas SIC MotoGP telah mengesahkan keseluruhan barisan penunggang mereka bagi musim 2019.
  • Untuk kelas MotoGP, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo akan mengemudi jentera Yamaha YZR-M1.
  • Bagi kelas Moto2 dan Moto3 pula, Khairul Idham Pawi bersama dengan Ayumu Sasaki dan John McPhee akan membawa cabaran ke atas grid perlumbaan bagi musim 2019.

(more…)

  • Harley-Davidson baharu sahaja melancarkan motosikal power cruiser terkini mereka, Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019.
  • Jentera berinspirasikan motosikal drag bike serba baharu ini bertumpukan kepada kuasa, prestasi, dan kebolehtunggangan dengan enjin 1,868cc Milwaukee-Eight™ dan beratnya yang ringan.
  • Motosikal Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019 ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat bermula dari $21,349 (sekitar RM87,405).

(more…)

  • Sym Malaysia telah memperkenalkan rangkaian Sym Bonus 2018 mereka yang terkini.
  • Rangkaian motosikal mampu milik mereka itu datang dalam tiga variasi; E Bonus 110, E Bonus 110 H, dan Bonus 110SR.
  • Motosikal baharu yang mematuhi piawaian Euro 3 ini telah ditetapkan pada harga bermula dari RM3,768 hingga RM4,278 (harga asas tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

(more…)

Imej hasilan Yamaha YZF-R3 2019 – Sumber imej: Asphalt & Rubber
  • Model Yamaha YZF-R25/R3 kekal tidak berubah sejak tahun 2015.
  • Telah muncul gambar-gambar di Indonesia yang dikatakan merupakan “YZF-R3 baharu” bagi tahun 2019.
  • Jika Yamaha meneruskan pelan ini, dijangkakan yang ia akan tampil dengan komponen dan penggayaan yang terkini.

(more…)

  • Alvaro Bautista mengesahkan perpindahannya ke siri perlumbaan WorldSBK untuk musim 2019 setelah menandatangani perjanjian dengan pasukan Aruba.it Racing – Ducati.
  • Penunggang MotoGP bagi pasukan Angel Nieto itu akan bersaing seiring dengan teman sepasukan baharunya, Chaz Davies.
  • Kedua-dua penunggang bagi pasukan pengilang Ducati tersebut juga bakal menggunakan jentera Ducati Panigale V4 R 1,000cc baharu dengan harapan dapat memenangi kejuaraan pada musim yang akan datang.

(more…)

  • Triumph Motorcycles telah menyempurnakan rombakan akhir enjin Moto2 mereka dan akan memperagakannya sewaktu GP British pada hujung minggu ini.
  • Enjin inline-Four 765cc akan dibekalkan kepada pasukan Moto2 bermula musim 2019, menggantikan enjin inline-Four 600cc dari Honda.
  • Enjin Triumph tersebut dijangka akan menghasilkan kuasa kuda pada tahap pertengahan dan tinggi yang lebih.

(more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube