Bikesrepublic

Berita Terkini

 

  • Suzuki telah mengumumkan motosikal Suzuki GSX-S1000FZ Phantom 2018 yang telah dikemaskini untuk tahun hadapan.
  • Tambahan terbaru dalam rangkaian motosikal GSX-S Phantom ini didatangkan dalam warna hitam matte keseluruhan dengan kemasan warna merah serta ekzos yang berwarna hitam legap.
  • Suzuki juga turut memperkenalkan motosikal Suzuki GSX-S1000 yang kini didatangkan dengan warna putih dan motosikal kelas pertengahan GSX-S750 2018 dalam warna merah dan hitam.

(more…)

 

  • Untuk tahun 2018, KTM telah muncul dengan motosikal suntikan bahanapi dua lejang pertama dunia dalam bentuk KTM 250 EXC TPI dan KTM 300 EXC TPI.
  • Teknologi “Transfer Port Injection” telah menghidupkan semula masa hadapan enjin dua lejang dengan memperbaiki segala kelemahannya.
  • Motosikal KTM TPI ini juga telah didatangkan dengan Edisi ‘Six Days’ yang dilengkapi dengan kemasan grafik istimewa dan pengemaskinian prestasi.

(more…)

 

  • Semenjak pelancaran motosikal Ducati Panigale V4 2018, orang ramai telah tertanya-tanya berkenaan harganya bagi pasaran di seluruh dunia.
  • Walaupun ianya telah disahkan yang motosikal ini akan ditetapkan di antara €22,590 (RM110,182) hingga €39,900 (RM194,608) di Eropah, kami menyangkakan yang ianya mungkin sekali akan berharga di antara RM180,000 hingga RM250,000 setibanya motosikal itu di Malaysia nanti.
  • Khabar angin serta desas desus telah mengatakan yang ianya mungkin sekali jauh lebih murah daripada apa yang kami sangkakan dengan harganya mungkin sekali ditetapkan pada paras RM150,000 atau serendah RM120,000.

(more…)

  • Pertandingan pembinaan motosikal Bakat Besi telah membuat keputusan akhir mereka dalam pemilihan 12 perekabentuk dan pengubahsuai motosikal bagi Peraduan Reka & Bina.
  • Dianjurkan oleh R8der, sebuah jenama prestasi dan gaya hidup di bawah naungan Modenas, enam pasukan akan bertanding sesama sendiri untuk membina motosikal buatan khas Modenas Pulsar RS200, NS200 dan V15 yang terbaik.
  • Tiga pemenang utama akan dipilih untuk membawa pulang hadiah bernilai RM10,00 dan kontrak pengilangan selama dua tahun.

(more…)

 

  • Menurut sebuah kaji selidik yang telah diadakan oleh R8der.my, motosikal Modenas Pulsar NS200 telah didapati menghasilkan jumlah kuasa yang tertinggi pada harga yang terendah.
  • Kajian ringkas itu telah dilakukan dengan membahagikan harga motosikal dengan jumlah kuasa kuda yang dihasilkan bagi mendapatkan nisbah “kuasa-ke-Ringgit”.
  • Kedua-dua motosikal Pulsar NS200 dan RS200 menduduki tangga teratas senarai berkenaan dengan pemiliknya hanya perlu membelanjakan RM384/hp dan RM472/hp.

(more…)

 

  • Laporan terkini telah mengatakan bahawa motosikal KTM 790 Duke 2017, atau dikenali sebagai “The Scalpel”, akan ditetapkan harganya pada paras €10,000 untuk pasaran Eropah (sekitar RM48,432).
  • Dengan motosikal KTM 690 Duke dan 1290 Super Duke R ditetapkan pada harga RM43,396 dan RM118,00 (harga asas beserta GST), motosikal 790 Duke boleh diandaikan terletak di antara kedua-dua harga ini.
  • Sekiranya ramalannya tepat, kita boleh jangkakan yang jentera naked terbaru dari KTM ini untuk berada di sekitar tanda harga RM60,000.

(more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube