Bikesrepublic

Berita Terkini

Inilah CB500F Super Four yang baru, mengikuti pelancaran Honda CB1000F yang diilhamkan oleh CB750/CB900 beberapa bulan lalu,  dengan rupa yang hampir sama dengan CB1000F dan dilengkapi enjin empat silinder sebaris.

Ya, berbanding menggunakan enjin kembar selari 500cc sedia ada, Honda memilih untuk menggunakan enjin empat silinder sebaris (justeru namanya Super Four). Walaubagaimanapun, enjin ini tidak mempunyai ciri VTEC seperti CB400F Super Four VTEC (Variable Valve Timing and Lift Electronic Control) lama yang cukup dirindui.

Walaupun Honda tidak mengeluarkan sebarang spesifikasi, beberapa sumber menyatakan bahawa enjin ini mungkin menghasilkan sekitar 80 hp. Kami berpendapat itu suatu kemungkinan memandangkan enjin inline-four siri CB650 menghasilkan 95 hp. Kerangka motosikal ini kelihatan mirip dengan siri CB1000 (Hornet) – iaitu kerangka keluli jenis “berlian,” dengan enjin dipasang sebagai anggota tegasan.

Ciri-ciri lain casis motosikal yang dipratonton ini termasuk garpu jenis terbalik dan lengan ayun aluminium tuangan. Sistem brek dibekalkan oleh Nissin, dengan kaliper empat piston dipasang secara radial di hadapan, dan kaliper gelongsor dua piston di bahagian belakang motosikal.

Honda CB500F Super Four yang baru ini juga mungkin akan hadir dengan lima mod penungangan. Adakah pilihan e-Clutch juga akan turut disediakan?

Motosikal ini dilancarkan di pameran China International Motorcycle Exhibition (CIMA) di China. Semua petunjuk menunjukkan bahawa motosikal ini akan sampai di rantau itu terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya pada masa yang sama dengan ketibaannya di Jepun.

Semua rakyat Malaysia akan menerima kelayakan bulanan sebanyak 300 liter bagi subsidi petrol RON95 menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang berkuat kuasa 30 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan memastikan subsidi diagih secara adil kepada pengguna yang layak selain mengelakkan ketirisan.

Kerajaan menetapkan siling kelayakan 300 liter sebulan untuk semua rakyat. Namun, pemandu e-hailing dikecualikan daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon untuk nilai yang lebih tinggi mengikut keperluan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Anwar berkata, harga RON95 diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula tarikh pelaksanaan manakala bukan warganegara akan dikenakan harga RM2.60 seliter.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, tiada pendaftaran diperlukan untuk BUDI95 dan hanya perlu menggunakan MyKad untuk mendapat harga bersubsidi.

Proses transaksi kelak seakan proses semasa, namun hanya ditambah satu langkah pengesahan MyKad untuk membayar melalui pembaca MyKad di dalam kedai dan juga di pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan.

Bagi mereka yang mengisi minyak menggunakan cara digital, terdapat TouchNGo dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel, supaya tidak memerlukan MyKad setiap transaksi.

BMW Motorrad Malaysia melancarkan karya terbaharu yang lahir dari dunia sukan motor, BMW M 1000 RR Competition (2025) yang baharu. Motosikal superbike yang sah di atas jalan raya ini merupakan lambang ketepatan yang tiada tandingan, keunggulan aerodinamik, dan kuasa tulen – direka untuk menyerlah dominasi di jalan raya dan litar lumba.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan Kumpulan BMW Malaysia, berkongsi: “Sejak awal tahun ini, BMW Motorrad Malaysia telah bergerak pantas, menjadikan tahun 2025 satu masa yang sangat mendebarkan bagi peminat motosikal di seluruh negara. Dari mesin Sukan dan Adventure hingga motosikal Tour dan Heritage, kami telah berusaha untuk memperkenalkan pelbagai model yang membakar semangat setiap jenis penunggang. Hari ini, dengan ketibaan BMW M 1000 RR Competition yang Baharu, kami membawa keseronokan itu ke satu tahap yang sama sekali baharu, membawa kecemerlangan sukan motor dan kejuruteraan yang tidak berkompromi terus ke jalan raya dan litar lumba Malaysia.

Beliau menambah, “BMW M 1000 RR Competition yang Baharu adalah satu kenyataan niat yang sebenar, mewakili kemuncak kejuruteraan BMW Motorrad, warisan perlumbaan, dan visi masa depan yang berani. Bagi penunggang di Malaysia yang mencari kemuncak kuasa, kelincahan, dan penampilan, BMW M 1000 RR Competition yang Baharu adalah jawapan muktamad kepada etos ‘Jadikan Hidup Sebagai Satu Perjalanan’.

Ciri-ciri utama BMW M 1000 RR Competition (2025)
  • Sayap Karbon M Winglets 3.0 yang dikemaskini menghasilkan sehingga 30 kg daya tekan pada kelajuan 300 km/j untuk meningkatkan kestabilan ketika membelok dan mengurangkan kenaikan roda hadapan.
  • Penambahan daya tekan ini tidak menjejaskan kelajuan maksimum motosikal itu iaitu 314 km/j.
  • Penutup Roda Aero M telah disingkirkan.
  • Komponen badan utama seperti fairing, penutup roda hadapan, dan spoiler enjin kini diperbuat daripada plastik berketumpatan tinggi, yang menawarkan berat yang berkurangan dengan ketahanan yang meningkat.
  • Enjin 4-silinder sebaris 999cc kini menghasilkan 160 kW (218 hp) pada 14,500 rpm—peningkatan sebanyak (4kW) 6 hp berbanding model sebelumnya, dengan 113 Nm tork pada 11,000 rpm.
  • Kepala silinder yang diubah suai dengan liang udara dan ruang pembakaran yang dibentuk semula untuk mengoptimumkan pengaliran udara dan kecekapan pembakaran.

  • Injap titanium dengan geometri tulip yang disemak semula, dipadankan dengan reka bentuk tempat duduk injap masukan dan ekzos yang dikemaskini.
  • Lempeng pendikit (throttle valve) 52 mm yang lebih besar dan kotak udara (airbox) berkontur baharu seterusnya meningkatkan tindak balas dan prestasi pengambilan udara.
  • Melengkapinya ialah pendikit jarak pendek M (M short-stroke throttle), yang kini mempunyai sudut putaran 58-darjah—dikurangkan daripada 72-darjah—untuk input pendikit yang lebih pantas dan terkawal.
  • Sistem ekzos penuh titanium yang disemak semula menampilkan header berbentuk bujur, flensa yang direka bentuk semula, dan pre-silencer yang dioptimumkan; yang mengurangkan tekanan balas serta mengurangkan berat.
  • Pecutan dari 0 ke 100 km/j mengambil masa hanya 3.1 saat.
  • Dengan ciri-ciri canggih seperti M Winglets 3.0, BMW M 1000 RR Competition yang baharu ini menyampaikan kestabilan pada kelajuan tinggi dan pengendalian yang tepat.

  • Rangka Fleks (Flex Frame) telah diubah suai untuk meningkatkan dinamik casis, dengan peningkatan kekukuhan di kawasan kepala stereng dan pemindahan pemasangan enjin sebelah kiri.
  • Suite mod menunggang yang komprehensif, dengan Riding Modes Pro kini dilengkapi sebagai peralatan standard. Suite ini termasuk mod asas – Rain (Hujan), Road (Jalan), Dynamic (Dinamik), dan Race (Lumba) – setiap satunya mempunyai profil Kawalan Daya Tarikan Dinamik (DTC) tersendiri untuk cengkaman dan kestabilan optimum dalam pelbagai keadaan.
  • Tambahan pula, tiga mod Race Pro yang boleh disesuaikan – Race Pro 1, Race Pro 2, dan Race Pro 3– membolehkan penunggang menala halus parameter utama seperti tindak balas pendikit, brek enjin, kawalan daya tarikan, dan kawalan wheelie mengikut keutamaan peribadi atau keadaan litar.
  • Dalam tetapan Race Pro ini, Fungsi DTC Wheelie juga boleh dilaras, membolehkan pengawalan tepat bagi kenaikan roda hadapan untuk pecutan maksimum semasa pelancaran agresif atau keluar selekoh yang pantas.
  • Kawalan Daya Tarikan Dinamik (DTC) dengan Kawalan Slide yang baru disepadukan, yang dimungkinkan oleh teknologi penderia sudut stereng.

  • Sistem ini membolehkan pengawalan tepat terhadap gelinciran roda belakang semasa melakukan hanyutan pecutan (acceleration drifts), membolehkan penunggang mengendalikan power slidekeluar dari selekoh dengan yakin.
  • BMW Race ABS Pro kini menggabungkan Brake Slide Assist, yang membantu dalam mengawal hanyutan roda belakang di bawah pengereman dengan memodulatkan tekanan brek dan daya seret enjin (engine drag torque) berdasarkan input daripada penderia sudut stereng.
  • Kemasukan mod ABS Pro “Slick” menjadikan New BMW M 1000 RR Competition ini serasi sepenuhnya dengan tayar slicks untuk kegunaan perlumbaan.
  • Pencetus Pusingan GPS M (M GPS-Laptrigger), lengkap dengan kod pengaktifan untuk pengiraan masa pusingan yang tepat melalui logger luaran.
  • Ditawarkan dalam warna Blackstorm metallic dengan aksen M yang ikonik sahaja, model 2025 BMW M 1000 RR Competition ini benar-benar mewakili DNA terinspirasi dari litar melalui Pakej M Competition eksklusifnya.
  • Pakej komprehensif ini termasuk Pakej Karbon M, yang melengkapkan motosikal ini dengan komponen karbon berkualiti tinggi dengan kemasan matte seperti penutup roda hadapan dan belakang, penutup pinion dengan pelindung rantai bersepadu, penutup tangki, penutup kotak udara, dan penutup tempat duduk penumpang karbon sebagai sebahagian daripada pakej tempat duduk penumpang.

  • Pakej M Billet Pack menambahkan komponen aluminium yang dikilang CNC termasuk tuas brek dan klac, tapak kaki penunggang baharu, dan pelindung tuas brek.
  • Ciri premium lanjut untuk varian M Competition termasuk:
    • Rantai Ketahanan M (M Endurance Chain) untuk penyelenggaraan yang berkurangan dan penghantaran kuasa yang optimum.
    • Roda Karbon M (M Carbon Wheels) untuk meningkatkan kelincahan dan penjimatan berat.
  • Melengkapkan pakej ini adalah:
    • Ayunan roda belakang yang dianod (anodised rear wheel swingarm).
    • Kaca angin gelap (tinted windscreen).
    • Tangki minyak hitam (black fuel tank).
Fasiliti pembiayaan

Dengan Pelan Pembiayaan daripada Perkhidmatan Kewangan Kumpulan BMW Malaysia, pemilikan BMW M 1000 RR Competition yang Baharu bermula dari RM 4,178.00 sebulan (berdasarkan anggaran Pembiayaan Garis Lurus untuk pinjaman 90% dengan tempoh 7 tahun). Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan dengan Program Minyak Enjin Premium Inklusif Terkemuka di Industri, Perkhidmatan Inklusif, dan Program Lanjutan Waranti daripada BMW Motorrad Malaysia.

Harga runcit (di atas jalan, dengan Program Waranti 3-Tahun Baharu dan Program Bantuan Jalan Raya 3-Tahun BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) untuk BMW M 1000 RR Competition yang Baharu ialah RM299,500.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW M 1000 RR Competition yang Baharu, layari laman web BMW Motorrad Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati orang ramai agar memeriksa dan menukar cip MyKad yang rosak bagi memastikan mereka dapat menikmati subsidi petrol RON95 sasaran yang dijangka dilaksanakan pada hujung bulan ini.

Beliau berkata skim subsidi itu memerlukan pengesahan identiti melalui MyKad ketika mengisi minyak di stesen petrol.

Dialih bahasa daripada Bahasa Inggeris:

Harga petrol RON95 bakal diturunkan kepada RM1.99 seliter melalui subsidi sasaran ini. Satu perkara penting yang perlu dilakukan rakyat Malaysia adalah memeriksa MyKad dan memastikan cipnya berfungsi dengan baik.

Jika cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau. Anda boleh pergi terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh negara. Insya-Allah, ia boleh diselesaikan pada hari yang sama.

Jangan tunggu sehingga saat akhir. Periksa awal supaya semua orang dapat manfaat daripada subsidi petrol khas untuk rakyat Malaysia ini,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu menunjukkan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menunaikan janji dibuat kepada rakyat.

Walaupun mengambil masa, beliau menepati janji kerana beliau seorang yang menepati janji. Setiap janji yang dibuat akan ditunaikan untuk rakyat Malaysia.

Kerajaan Madani kekal berkomitmen untuk membantu rakyat, menjaga kebajikan semua kelompok, dan memperkukuh ekonomi negara dengan integriti dan tanggungjawab,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Anwar mengulangi jaminannya bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang hujung bulan ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati harga minyak yang lebih rendah berbanding harga pasaran sebenar.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. telah melancarkan dua warna baharu yang menarik untuk Honda BeAT 2025.

Malaysia sedang berada di tengah-tengah revolusi skuter. Mudah untuk melihat sebabnya: Kawasan bandar terlalu sesak dengan trafik, jadi skuter jenis ‘putar dan jalan’ (oleh itu “AT” untuk transmisi automatik) lebih mudah dikendalikan. Selain itu, skuter biasanya menawarkan ruang penyimpanan dalaman yang banyak serta pelbagai kemudahan lain. Kebanyakannya juga lebih mesra penumpang.

Ciri-ciri utama
  • Honda BeAT dikuasakan oleh enjin 110cc Enhanced Smart Power (eSP) yang menawarkan prestasi lancar dan boleh dipercayai dengan 8.7 hp (6.5 kW) @ 7,500 RPM dan 9.5 Nm @ 5,500 RPM.
  • Enjin ini sangat cekap tenaga dan diperakui sebagai Kenderaan Cekap Kuasa (EEV) untuk jarak perjalanan yang lebih jauh serta mengurangkan pelepasan karbon, dengan penggunaan bahan api serendah 1.7 liter setiap 100 km.

  • Honda BeAT dilengkapi dengan Combined Braking System (CBS/Sistem Brek Gabungan yang mengaktifkan kedua-dua brek hadapan dan belakang untuk memberhentikan motosikal dengan lebih lancar dan seimbang, sekaligus meningkatkan keselamatan.
  • Motosikal ini juga telah diperakui dengan penarafan MyMAP 3-bintang bagi ciri-ciri keselamatannya.

  • Dilengkapi dengan soket pencas kuasa (Power Charger) untuk mengecas peranti anda.
  • Terdapat juga kotak penyimpanan bawah tempat duduk yang luas dengan kapasiti 12 liter, yang boleh diakses dengan pembuka satu sentuhan.

  • Terdapat cangkuk untuk menggantung barang seperti beg atau helmet.
  • Dilengkapi dengan lampu hadapan LED yang bergaya, memberikan cahaya yang terang dan jelas untuk perjalanan yang lebih selesa pada waktu malam.

  • Terdapat panel meter moden yang dilengkapi penunjuk bateri, serta penunjuk ECO yang memaparkan maklumat penting secara ringkas.
  • Manakala tangki minyaknya mempunyai kapasiti sebanyak 4.4 liter.

  • Berat motosikal ini hanya 88 kg – menjadikannya mudah dan sesuai untuk semua orang.
Warna

Dua warna baharu untuk Honda BeAT 2025 dinamakan Hitam dan Putih. Manakala, warna sedia iaitu Perak Matte dan Hijau kekal tersedia di pasaran.

Ketersediaan dan harga

Bagi maklumat terkini mengenai harga, promosi, dan ketersediaan stok Honda BeAT 2025, anda disyorkan untuk melawat laman web rasmi Boon Siew Honda: www.honda.com.my atau menghubungi atau melawat mana-mana pengedar rasmi Honda yang berhampiran.

Jaminan Pembuatan daripada Boon Siew Honda (BSH) adalah selama dua tahun atau 20,000 km, mengikut mana yang tercapai dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://boonsiewhonda.com.my/product/beat/ atau kunjungi Honda Impian X yang berhampiran. Pelanggan juga boleh menghubungi BSH melalui nombor talian tanpa tol mereka di 1-800-88-3993.

Galeri foto

KM 78 Jalan Gua Musang-Lojing (dari Gua Musang menghala ke Tanah Tinggi Cameron) , berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini, ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan berkata, jalan terbabit ditutup bermula hari ini kepada semua kenderaan sehingga diberitahu kelak akibat berlaku kejadian lubang benam di kawasan itu.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif yang di cadangkan dan sentiasa berhati-hati serta merancang perjalanan.

“Pengguna laluan boleh menggunakan laluan alternatif Gua Musang ke Sungai Koyan, Pahang, melalui Ringlet, Tapah dan Ipoh, Perak,” katanya.

Dalam kejadian lubang benam terbaharu pada 12 September lalu adalah lubang benam ke lima di laluan terbabit sehingga menyebabkan laluan dari Gua Musang Ke Tanah Tinggi Lojing terpaksa di tutup satu lorong.

Kejadian lubang benam pertama di lokasi terbabit di kesan pada 23 November tahun lal, sehingga menyebabkan laluan terbabit ditutup kepada semua kenderaan.

Seterusnya pada 12 Disember tahun lalu, lubang benam kedua dengan kedalaman sembilan meter berlaku di lokasi sama pada jarak lima meter dari lubang benam pertama.

Selain itu pada 15 Mac lalu satu lagi lubang benam, iaitu yang ketiga sejak November tahun lalu, dilaporkan berlaku di lokasi sama.

Pada 27 Mac lalu pula laluan terbabit dibuka kepada semua kenderaan ringan sempena sambutan Aidilfitri.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube