Bikesrepublic

Berita Terkini

 

Sebut tentang Toyota, rata-rata mengaitkan syarikat gergasi itu dengan penghasilkan kenderaan empat roda namun pengeluar kereta Jepun itu mengumumkan perancangan masa depan baharu ketika di Pameran Elektrik Pengguna (CES) 2020.

Toyota bercadang membina sebuah bandar prototaip yang diberi nama Woven City di kaki gunung Fuji.

Menurut Toyota, bandar baharu itu akan dihubungkan sepenuhnya menerusi penggunaan bahan api hidrogen bagi menggerakkan keseluruhan ekosistem bandar terbabit.

Bertindak sebagai makmal gergasi, Woven City akan menempatkan penyelidik yang akan melaksanakan pelbagai ujian dan pembangunan teknologi antaranya autonomi, robotik, mobiliti persendirian dan A.I.

“Membina sebuah bandar memberikan peluang unik untuk membangunkan teknologo baharu bagi masa depan termasuk sistem operasi bagi seluruh infrastruktur bandar.

“Orang ramai, bangunan dan setiap kenderaan akan berhubung antara satu sama lain menerusi sensor dan data sekaligus memaksimumkan potensi,” jelas Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda.

Bagi memastikan perlaksanaan ini lancar, Toyota turut menjemput rakan kongsi komersil dan akademik termasuk saintis dan penyelidik seluruh dunia.

“Kami menjemput semua yang mahu mewujudkan masa depan yang lebih baik dan mengambill peluang ini untuk wujud dalam satu ekosistem unik ini,” tambah Akio lagi.

Rekaan keseluruhan Woven City akan diterajui arkitek Denmark, Bjarke Ingels dari Bjarke Ingels Group. Individu yang bertanggungjawab menghasilkan World Trade Centre, Lego House dan Google Mountain View.

Upacara pecah tanah dijangka bermula awal 2021.

Bagi menyambut tahun baharu dan sambutan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir, Honda perkenalkan kempen ‘2020 Starts Now’.

Seiring dengan sambutan ini, orang ramai kini boleh menikmati pelbagai bonus ekstra termasuk pulang ke kampung dengan keselesaan dan kemudahan terbaik yang ditawarkan kenderaan Honda.

Kempen ‘2020 Starts Now’ menawarkan ganjaran sehingga RM10,000 yang meliputi Prosperity Rebate, Bonus Ekstra RM888 dan hadiah eksklusif.

Bagi menikmati ganjaran ini, orang ramai hanya perlu mendaftar kenderaan Honda – Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, HR-V, HR-V Hybrid, BR-V, CR-V dan Odyssey – di antara 1 hingga 31 Januari 2020.

Tahun lalu – Januari hingga November 2019 – Honda Malaysia merekodkan lebih 78,000 unit penjualan di samping mengekalkan status selaku jenama Non-National Car no.1 pada November.

Bagi memudahkan servis selepas jualan, Honda Malaysia menawarkan lebih 100 pengedar seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut bagi kempen ‘2020 Starts Now’sila layari www.honda.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.

Sony memperkenalkan sebuah kereta elektrik konsep yang dinamakan sebagai Vision-S ketika Pameran Elektrik Pengguna (CES) 2020.

Meskipun berita ini akan mengujakan peminat setia jenama itu namun difahamkan kereta eletrik ini tidak akan dipasarkan sebaliknya bertindak sebagai platform bagi mempamerkan kemajuan Sony dalam bidang teknologi terutamanya sensor pengimejan.

Vision-S ini memiliki 33 sensor secara keseluruhan dan memaparkan skrin ultra-wide di bahagian dashboard.

Jentera ini turut didatangkan dengan audia 360 darjah dan keterhubungan tanpa wayar.

Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Kenichiro Yoshida, menyifatkan Vision-S sebagai sebuah prototaip yang melambangkan masa depan kenderaan mobiliti.

Menurutnya lagi, jentera elektrik sulung ini dibina hasil kerjasama beberapa peneraju industri lain antaranya, Blackberry, NVIDIA, Qualcomm, ZF, Bosch dan Magna Steyr.

Dalam perkembangan sama, Sony turut melancarkan logo baharu bagi Playstation 5!

Permainan konsol baharu ini didatangkan dengan beberapa ciri baharu antaranya:

  • audio 3D
  • adaptive triggers
  • ultra high speed SSD
  • ray tracing
  • ultra-hd blu ray

Jorge Lorenzo mengakui sedang mempertimbangkan keputusan untuk kembali ke saingan MotoGP selaku penunggang uji.

Meskipun sedang menikmati persaraan ketika ini namun ketika ditemu bual Motosans.es, Lorenzo mengesahkan sedang dalam proses membuat keputusan mengenai masa depannya.

“Itu antara kemungkinan yang saya ada ketika ini. Pada masa sama, saya juga memerlukan masa untuk diri saya sendiri sebab itu saya memutuskan untuk bersara.

“Dengan masa yang banyak ini, akhirnya saya dapat lakukan perkara yang saya inginkan dari dulu tetapi jika ada yang menawarkan saya projek yang tidak memerlukan masa yang banyak saya akan ada peluang untuk mengkajinya,” jelasnya.

Lima kali juara dunia itu mengumumkan persaraan pada hujung musim 2019 sekaligus menamatkan kontrak dua tahun bersama Repsol Honda selepas 12 bulan.

Selepas itu, Lorenzo didakwa akan kembali ke Yamaha selaku penunggang uji selepas merekodkan tiga kejuaraa dunia bersama pasukan itu sebelum ini.

Yamaha memerlukan seorang ‘test rider’ baharu selepas melepaskan Jonas Folger.

(SUMBER: Crash.net)

Bekas Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa meluahkan rasa bimbang terhadap masa depan golongan muda di Malaysia.

Ini berikutan kadar kematian tinggi yang direkodkan penunggang motosikal di Malaysia selepas enam tahun berkhidmat selaku duta besar Jepun sebelum menamatkan perkhidmatan, dua bulan lalu.

Menurut laporan Bernama, Dr Makio menyaksikan sendiri budaya menunggang motosikal dan sikap tidak peduli penunggang di jalan raya.

Sumber: FMT

“Mempertaruhkan nyawa demi keserenokan umpama menggali kubur sendiri tanpa memikirkan perasaan ibu bapa yang melahirkan mereka di dunia.

“Di Jepun, kami diingatkan setiap kali bahawa segala yang kami ada datangnya dari ibu bapa. Jangan sesekali mencederakan diri sendiri kerana itu adalah asas penghormatan terhadap mereka.

“Mereka (anak muda) langsung tidak memikirkan trauma yang bakal dihadapi ibu yang telah mengandungkan mereka selama sembilan bulan,” jelasnya.

(SUMBER: Bernama)

 

Boon Siew Honda membuka kalendar 2020 dengan memperkenalkan Honda RS150R 2020 baharu.

Rekaan Honda RS150R kini dipertingkat dengan rekaan lebih sporty ditambah dengan sentuhan premium.

Selaras dengan konsep ini, fender belakang telah direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih tirus sekaligus mempertingkatkan visual keseluruhan.

Selain daripada rekaan yang menonjol, Honda RS150R ini turut mendapat kemas kini moden bagi mempertingkatkan keselesaan penunggang antaranya panel speedometer LCD yang turut melengkapkan rupa luaran yang sporty.

Instrumen tersebut menawarkan informasi rev digital dan paparan speedometer di bahagian tengah. Ciri ini menyampaikan lagi perwatakan RS150R yang lebih fokus penunggang.

Honda RS150R turut didatangkan dengan rekaan grafik terbaru lantas mengangkat rekaan sporty ke taraf yang lebih tinggi. RS150R serba baharu kini menawarkan warna Trico Honda termasuk warna pilihan sedia ada – Hitam, Biru dan Edisi Repsol.

Honda RS150R kekal dijana dengan enjin 149.2cc empat valve DOHC yang menghasilkan 11.5kW pada 9,000rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm.

Kuasa itu disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan dan klac manual.

Berikut senarai harga bagi Honda RS150R 2020 mengikut varian:

  • Trico, Hitam dan Biru – RM8,199
  • Repsol – RM8,499

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai Honda RS150R, pelanggan boleh berkunjung ke pengedar Honda terdekat atau hubungi TALIAN BEBAS TOL di 1800-88-3993 atau layari https://www.boonsiewhonda.com.my/

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube