Bikesrepublic

Berita Terkini

Sudah tiba lagi musim Monsun Barat Daya untuk Malaysia, tetapi beberapa sistem ribut di luar jangkaan telah turut menjejaskan kawasan-kawasan yang biasanya tidak mengalami banjir teruk. Justeru, Boon Siew Honda telah melancarkan Kempen Honda Assist: Flood Program sebagai komitmen mereka untuk berdiri bersama rakyat Malaysia yang terjejas.

Sesebuah motosikal (selain motosikal lasak) yang telah terhenti atau dipandu di dalam air dalam perlu diperiksa oleh juruteknik bertauliah sebelum dikendalikan semula. Beberapa bahagian motosikal mungkin terjejas termasuk, tetapi tidak terhad kepada minyak enjin, palam pencucuh, brek, dan lain-lain. Oleh itu, Kempen Honda Assist: Flood Program direka khas untuk menangani isu ini.

Daripada siaran media Boon Siew Honda

Berikutan keadaan cuaca yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) berdiri teguh bersama komuniti yang terkesan dan komited untuk menghulurkan bantuan sewajarnya.

Selaras dengan komitemen prihatin BSH, syarikat itu memperkenalkan Honda Assist: Flood Campaign, satu inisiatif khas untuk membantu pemilik motosikal Honda memulihkan kenderaan mereka yang terjejas akibat banjir. Program ini berlangsung dari 8 Disember hingga 31 Disember 2025.

Tawaran Utama Program:

  • Pemeriksaan motosikal komprehensif untuk semua model yang terjejas.
  • Pakej Pemulihan Asas Banjir secara percuma untuk motosikal bawah 250cc, merangkumi:
    • 1 botol minyak enjin Pro Honda;
    • 1 unit palam pencucuh;
    • 1 pasang pad brek atau brake shoe berserta seat set;
    • 1 botol pencuci enjin Pro Honda.
  • 20% Discount on all flood-affected spare parts for both small and big motorcycles.

Pemilik motosikal bawah 250cc boleh ke Honda Impian X yang mengambil bahagian,
manakala motosikal 250cc ke atas boleh kunjungi mana-mana Honda BigWing di seluruh
negara untuk pemeriksaan.

Pengguna perlu membawa salinan laporan polis atau surat pengesahan dari pegawai daerah untuk mengesahkan kawasan mereka terjajas akibat banjir sebagai dokumen sokongan dan membuat janji temu dengan pengedar untuk memudahkan proses pemeriksaan.

Program ini turut mendapat sokongan daripada PETRONAS, ThreeBond, Niterra Malaysia dan Denso.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: Home – Honda Motorcycle: Impian X or Home – Honda Big Bikes.

Terdapat jenama helmet baru di pasaran, bernama YOHE (disebut Yo-Hey). Lebih tepat, model yang dilancarkan dipanggil YOHE 868. YOHE 868 adalah yang pertama dilancarkan, dan akan diikuti oleh beberapa jenis dan model lain, kesemuanya menawarkan piawaian terbaharu dalam reka bentuk, bahan, dan keselamatan.

YOHE 868

Dilancarkan oleh pengedar tempatan, Hodaka Motoworld, syarikat tersebut yakin jenama ini akan menawarkan perlindungan terbaik kepada lebih ramai penunggang motosikal di Malaysia, memandangkan kualiti, piawaian keselamatan, dan penampilannya yang menarik, pada harga yang berpatutan.

Ciri-ciri
  • Diluluskan ECE R22.06 sebagai helmet jenis-J (jenis jet/terbuka).
  • Diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pengedaran dan jualan di Malaysia.

  • Cangkerang ABS.
  • Visor berganda.

  • Pengancing gelang-D.
  • Span boleh tanggal dan boleh dicuci.

  • Saiz: XS / S / M / L / XL / XXL / XXXL.
  • Berat nominal: kira-kira 1400g.

  • Harga runcit: RM319 untuk warna rata, RM339 dengan grafik.

Siapakah YOHE?

YOHE bermula pada 1993 di Bandar Jiangmen, China. Sejak itu, mereka telah melabur lebih USD 1 juta untuk menaik taraf kemudahan mereka. Tiga kilang mereka merangkumi kira-kira 1 juta kaki persegi, dan menggunakan jentera dari Itali dan Kanada.

Oleh itu, mereka mempunyai kira-kira 120 acuan untuk menghasilkan helmet secara OEM bagi beberapa jenama helmet terkemuka. Dengan rangkaian pengedaran dan jualan meliputi 55 buah negara, mereka adalah antara pengeluar helmet terbesar di dunia.

Helmet YOHE telah mencapai beberapa pensijilan penting seperti ECE, DOT, NBR, JIS, CCC. Mereka juga mempunyai model yang mencapai piawaian FIM FRHPhe-01 untuk digunakan dalam perlumbaan motosikal yang diiktiraf FIM seperti MotoGP, WorldSBK, dan lain-lain.

Galeri foto

Dua remaja lelaki ditahan polis selepas menunggang basikal lajak secara berbahaya hingga hampir merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Putra Heights, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu laporan polis dibuat 5.13 petang semalam berkaitan satu video tular di media sosial membabitkan dua remaja menunggang basikal lajak secara berbahaya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 5.55 petang 4 Disember lalu, yang mana remaja terbabit dari arah Persiaran Putra Perdana ke arah Kampung Tengah dilihat menunggang secara berbahaya.

Katanya, mereka tidak berhenti di persimpangan lampu isyarat dan hampir merempuh sebuah kereta yang bergerak lurus ketika lampu isyarat berwarna hijau .

“Tindakan yang dilakukan dua remaja itu boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna lalu lintas yang lain.

“Bertindak atas maklumat trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berjaya mengesan dan menahan dua remaja berkenaan yang masih di bawah umur di Bukit Lancong dan dibawa ke IPD Subang Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Azizul Hakim Roslan di talian 011-28914495.

“Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – Harian Metro

Malaysia meraih empat anugerah di Asia Harley Days 2025 (AHD) yang diadakan pada 21–22 November di Midwinter, Khao Yai, Thailand.

Anugerah Pencapaian Menunggang Cemerlang – Rekod Unik disampaikan kepada Dato’ Anand dan K.V.R. Sanjevee kerana berjaya mencatatkan perjalanan tertinggi di Umling La Pass menggunakan Harley-Davidson Fat Boy.

Malaysia turut menerima anugerah Komuniti H-D Terbaik untuk Acara bagi Desaru International Bike Week. Acara ini terpilih daripada pelbagai acara komuniti di seluruh Pasaran Membangun Asia.

Dalam kategori H-D Custom Kings Asia – Raja Segala Raja, David Harrison muncul juara dengan motosikal ‘custom‘ Electra Glide Highway King beliau yang dinamakan “El Patron.” Beliau merupakan finalis yang mendapat mata undian tertinggi justeru mewakili Malaysia ke peringkat akhir serantau di Thailand.

Anugerah keempat, Kontinjen Terbesar ke Asia Harley Days 2025, disampaikan kepada Kelab Motosikal HRB Malaysia, yang mencatatkan penyertaan tertinggi dalam kalangan Pasaran Membangun Asia di luar Thailand.

Keempat-empat pengiktirafan ini menyerlahkan kecemerlangan prestasi Malaysia pada acara tersebut, sekaligus menjadikannya negara dengan kemenangan anugerah terbanyak dalam satu malam di kalangan Pasaran Membangun Harley-Davidson Asia, yang merangkumi Filipina, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Taiwan, Singapura, India, Hong Kong, dan Macau.

Photo gallery

Laluan di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Pos Blau, ditutup kepada semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan menerusi Facebook penutupan bermula hari ini (3 Disember) sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan dua laluan alternatif sebagai jalan perhubungan sementara.

Pengguna jalan raya dari Gua Musang yang mahu ke Cameron Highlands, Pahang boleh menggunakan laluan Sungai Koyan-Ringlet-Cameron Highlands.

Untuk ke Ipoh, Perak pula, pengguna boleh menggunakan laluan Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh.

jalan gua musang-lojing

Dalam pada masa yang sama, sebuah kereta telah terjatuh ke dalam gaung di kawasan tersebut apabila pemandunya mengingkari arahan jalan tutup.

Dalam kejadian pada 5 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang ke Pasir Putihter jatuh ke dalam gaung tanah runtuh bersama kenderaannya kerana melalui laluan yang sudah ditutup bermula 12 tengah malam.

Kejadian terbabit disedari seorang pekerja Roadcare (M) Sdn Bhd yang sedang memantau kawasan terbabit apabila mendengar suara orang meminta tolong.

Mangsa yang diselamatkan oleh anggota bomba dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk menerima rawatan awal.

MDUA Motor Sdn. Bhd. menambah satu lagi model ke dalam portfolio mereka hari ini, yang dinamakan MODA AERO-E.

Pertama, walaupun namanya kedengaran seperti motosikal elektrik, ia sebenarnya dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman (ICE). Aero-E diposisikan sebagai skuter mobiliti bandar, dilengkapi dengan enjin mesra bahan api dan kemudahan buat penunggang skuter.

Reka bentuknya membezakannya dengan lebih ramping, berbanding MOCA yang menonjolkan gaya skuter klasik. Sementara itu, model Sporter S merupakan skuter jenis “sporty”, manakala Shifter 400X merupakan cabaran Moda di dalam segment skuter lasak.

Ciri-ciri utama
  • Enjin berinjeksi bahan api, SOHC, 4 lejang, sejuk udara 118.8cc yang menghasilkan 9.1 hp @ 7,500 RPM, dan 9.5 Nm @ 6,000 RPM.
  • Tork maksimum yang lebih tinggi daripada kuasa kuda maksimum sentiasa menjadi ciri terbaik untuk enjin berfokuskan kegunaan di dalam bandar.

  • Penghantaran kuasa melalui CVT dan pacuan akhir tali sawat (v-belt).
  • Tugas suspensi disandang oleh fork teleskopik (hadapan) dan monoshok (belakang) yang menyokong lengan ayunan sebelah tunggal.

  • Sistem brek terdiri daripada cakera tunggal di depan dan dram di belakang.
  • Saiz tayar dan rim ialah 90/90-14 (hadapan), dan 100/90-14 (belakang) dengan tayar tanpa tiub.

  • MODA mendakwa ketinggian tempat duduk ialah 780 mm.
  • Tangki bahan api memuat 5.5 liter petrol.

  • Ruang penyimpanan di bawah tempat duduk mempunyai kapasiti 6.5 liter.
  • Skrin LCD menyediakan data penunggaan.

  • Lampu LED di semua bahagian.
  • Port pengecasan USB dan USB-C.

Moda Aero-E boleh didapati dalam warna Cobalt Blue, dan Carmine Red, dan dijual pada harga runcit RM5,189.00 (tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans) di semua pengedar sah MODA di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari saluran media sosial Moda.

Galeri foto

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube