Bikesrepublic

Proton Saga Model Pilihan Malaysia Bagi Bulan Mei – PROTON

Semua pihak terkesan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 termasuk pengeluar kereta nasional, PROTON.

Bagaimanapun, sebaik industri automotif kembali beroperasi dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, PROTON mula menampakkan tanda awal pemulihan jualan.

Dalam satu kenyataan, PROTON mendedahkan telah menjual lebih 5,676 unit kereta bagi bulan Mei dengan pegangan pasaran 23.3 peratus.

Meskipun kurang 46.5 peratus (10,611 unit) bagi bulan sama tahun lalu namun aliran positif itu dijangka berterusan.

Penjualan bulan Mei turut menandakan peningkatan sebanyak 73.2 peratus berbanding Mac 2020 yang merupakan bulan getir bagi negara dalam melawan pandemik Covid-19.

Menariknya, Proton Saga munucl sedang segmen A paling popular bagi Mei diikuti Proton Persona yang turut muncul modle terlaris bagi segmen B sementara SUV popular, X70 kekal sebagai segmen C terlaris.

Dalam perkembangan lain, sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan, PROTON menawarkan Perlindungan Credit Shield, insurans peribadi sehingga RM50,000 selama lima tahun termasuk kematian kepada petugas barisan hadapan yang membeli mana-mana model PROTON.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan