Bikesrepublic

Sean Wotherspoon

Rapper popular, Joe Flizzow muncul antara pemilik Vespa Primavera x Sean Wotherspoon di Malaysia.

Perkara itu disahkan menerusi perkongsian di Facebook oleh Hup Seng Bikerz yang mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu yang hadir membuat pembelian.

Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik, Joe Flizzow tampil memakai Nike AirMax 97 X Sean Wotherspoon dan topi Nike Sean Wotherspoon sebagai tanda sokongan terhadap ikon dunia vintaj itu.

Vespa Primavera X Sean Wotherspoon telah pun dilancarkan pada awal Oktober lalu oleh Didi Resources, selaku pengedar rasmi jenama itu di Malaysia.

Vespa Primavera X Sean Wotherspoon edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM24,960.

Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan aksesori Vespa X Sean Wotherspoon ini boleh singgah ke Crossover di Sunway Pyramid.

Dunia hypebeast dan peminat barangan vintaj pastinya mengenali Sean Wotherspoon, ikon dunia fesyen vintaj Amerika Syarikat.

Selepas mengukir nama dengan Nike menerusi Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon, kini pengeluar motosikal skuter Itali, Vespa, turut mengambil langkah sama.

Sumber: Sneakernews

Vespa dan Wotherspoon telah menjalinkan kerjasama bagi menghasilkan Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon.

Sepertimana Nike dan Wotherspoon berjaya menarik perhatian dunia fesyen dan selebriti seluruh dunia, jalinan di antara Vespa dan Wotherspoon turut dijangka akan mencetuskan kesan sama.

Jika Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon merangkumi pelbagai pilihan warna, Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon turut menampilkan impak sama dengan pilihan warna aquamarine, hijau, merah dan kuning serta puith dan panel berwarna hitam serta panel krom.

Menariknya, tempat duduk menggunakan bahan jenis baldu yang merupakan julung kalinya diguna pakai terhadap sebuah jentera dua roda.

Bagi mengetengahkan kolaborasi ini, beberapa aksesori lain turut akan diperkenalkan.

Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon akan ditawarkan dalam tiga varian, 50cc, 125cc dan 150cc.

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube