Marc Marquez telah menjadi juara MotoGP 2025, yang juga merupakan kali ketujuh beliau menyandang gelaran juara di dalam siri itu.
Marc telah menamatkan perlumbaan utama di litar Motegi, Jepun di tempat kedua di belakang rakan sepasukannya dari pasukan pengilang Ducati, Franceso “Pecco” Bagnaia. Mereka juga telah menamatkan perlumbaan Sprint pada hari Sabtu di tempat yang sama.
Namun Marc hanya perlu menamatkan perlumbaan dengan kutipan mata yang melebihi adiknya Alex Marquez yang menunggang untuk pasukan Gresini Ducati bagi menjadi juara. Akhirnya, Marc telah mengutip sebanyak 541 mata secara keseluruhannya setakat ini, 201 mata di hadapan Alex yang berada di tempat kedua keseluruhannya. Alex tidak dapat lagi mengejar Marc, walaupun masih ada baki lima pusingan seterusnya.
Kejuaraan Marc bermaksud ia ialah penematan tungguannya selama 2,184 hari untuk menjadi juara dunia semula. Kali terakhir dia menjadi juara ialah pada 2019, sebelum patah lengan kanannya pada 2020. Setelah itu, dia telah menjalani empat pembedahan bagi mengubatinya, serta mengalami lebih daripada 100 kemalangan di atas litar apabila bergelut dengan jenteranya ketika dia belum sembuh 100 peratus.
Kemenangan perlumaan di Jepun ini merupakan yang kedua tahun ini buat Bagnaia, setelah beliau berhempas-pulas bagi menserasikan dirinya kepada jentera Ducati GP25 yang baharu sepanjang tahun. Dia akhirnya mendapat nasihat membuat setup motosikalnya daripada penunggang Ducati dan juga juara dunia yang lalu, Casey Stoner, justeru dapat memenangi kedua-dua perlumbaan di pusingan kali ini.






















































































































