Bikesrepublic

BM

Tiga tahun sejak diperkenalkan di EICMA, Moto Morini Corsaro Sport kini bakal mula dijual pada pertengahan 2026, bermula dengan benua Eropah.

Moto Morini dulunya merupakan salah satu pengeluar motosikal ikonik Itali, namun seperti kebanyakan (jika tidak semua) pengeluar motosikal negara itu, ia melalui pelbagai pasang surut sehingga jenama ini dibeli oleh gergasi perindustrian China, Zhongshen Group Holdings Ltd. Namun, jabatan rekabentuk, penyelidikan dan pembangunan Moto Morini kekal di Itali, tetapi pembuatan berpusat di China.

Kami telah menguji beberapa model Moto Morini dan menghadiri pelancarannya semasa di Taizhou bulan lalu, iaitu AllTrhike 450, X-Cape 700, dan X-Cape 1200, dan hasilnya cukup memberangsangkan.

Kembali kepada Moto Morini Corsaro Sport, ia sebahagian daripada platform Corsaro dan Corsaro GT.

Ciri-ciri utama:
  • Enjin 749cc, V-Twin 90°, menghasilkan 96 hp pada 9,500 RPM dan 77Nm pada 7,000 RPM.
  • Terdapat jarak 2,500 RPM antara tork maksimum dan kuasa kuda yang amat baik.
  • Aci engkol berputar berlawanan, mirip Ducati Panigale V4, bagi mengurangkan inersia.
  • Rangka belakang diperbuat daripada keluli dipasang pada rangka aluminium yang berpenampilan unik, manakala lengan ayun juga diperbuat daripada aluminium.
  • Sistem suspensi terdiri daripada fork boleh laras sepenuhnya dan monoshokk dengan sambungan progresif.
  • Menurut spesifikasi di laman web syarikat, brek depan dinyatakan sebagai cakera berganda Brembo 320mm dengan kaliper monobloc.
  • Ketinggian tempat duduk dicatatkan pada 840 mm manakala “berat dalam keadaan operasi” ialah “<200 kg”.

Sudah tentu menarik untuk melihat dan menguji motosikal ini, kerana ia tidak tersedia semasa lawatan kami. Selain itu, menarik juga untuk melihat harganya di Malaysia memandangkan X-Cape 700 dijual pada RM33,888 dan X-Cape 1200 berharga RM49,888.

Sudah tiba lagi musim Monsun Barat Daya untuk Malaysia, tetapi beberapa sistem ribut di luar jangkaan telah turut menjejaskan kawasan-kawasan yang biasanya tidak mengalami banjir teruk. Justeru, Boon Siew Honda telah melancarkan Kempen Honda Assist: Flood Program sebagai komitmen mereka untuk berdiri bersama rakyat Malaysia yang terjejas.

Sesebuah motosikal (selain motosikal lasak) yang telah terhenti atau dipandu di dalam air dalam perlu diperiksa oleh juruteknik bertauliah sebelum dikendalikan semula. Beberapa bahagian motosikal mungkin terjejas termasuk, tetapi tidak terhad kepada minyak enjin, palam pencucuh, brek, dan lain-lain. Oleh itu, Kempen Honda Assist: Flood Program direka khas untuk menangani isu ini.

Daripada siaran media Boon Siew Honda

Berikutan keadaan cuaca yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) berdiri teguh bersama komuniti yang terkesan dan komited untuk menghulurkan bantuan sewajarnya.

Selaras dengan komitemen prihatin BSH, syarikat itu memperkenalkan Honda Assist: Flood Campaign, satu inisiatif khas untuk membantu pemilik motosikal Honda memulihkan kenderaan mereka yang terjejas akibat banjir. Program ini berlangsung dari 8 Disember hingga 31 Disember 2025.

Tawaran Utama Program:

  • Pemeriksaan motosikal komprehensif untuk semua model yang terjejas.
  • Pakej Pemulihan Asas Banjir secara percuma untuk motosikal bawah 250cc, merangkumi:
    • 1 botol minyak enjin Pro Honda;
    • 1 unit palam pencucuh;
    • 1 pasang pad brek atau brake shoe berserta seat set;
    • 1 botol pencuci enjin Pro Honda.
  • 20% Discount on all flood-affected spare parts for both small and big motorcycles.

Pemilik motosikal bawah 250cc boleh ke Honda Impian X yang mengambil bahagian,
manakala motosikal 250cc ke atas boleh kunjungi mana-mana Honda BigWing di seluruh
negara untuk pemeriksaan.

Pengguna perlu membawa salinan laporan polis atau surat pengesahan dari pegawai daerah untuk mengesahkan kawasan mereka terjajas akibat banjir sebagai dokumen sokongan dan membuat janji temu dengan pengedar untuk memudahkan proses pemeriksaan.

Program ini turut mendapat sokongan daripada PETRONAS, ThreeBond, Niterra Malaysia dan Denso.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: Home – Honda Motorcycle: Impian X or Home – Honda Big Bikes.

Terdapat jenama helmet baru di pasaran, bernama YOHE (disebut Yo-Hey). Lebih tepat, model yang dilancarkan dipanggil YOHE 868. YOHE 868 adalah yang pertama dilancarkan, dan akan diikuti oleh beberapa jenis dan model lain, kesemuanya menawarkan piawaian terbaharu dalam reka bentuk, bahan, dan keselamatan.

YOHE 868

Dilancarkan oleh pengedar tempatan, Hodaka Motoworld, syarikat tersebut yakin jenama ini akan menawarkan perlindungan terbaik kepada lebih ramai penunggang motosikal di Malaysia, memandangkan kualiti, piawaian keselamatan, dan penampilannya yang menarik, pada harga yang berpatutan.

Ciri-ciri
  • Diluluskan ECE R22.06 sebagai helmet jenis-J (jenis jet/terbuka).
  • Diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pengedaran dan jualan di Malaysia.

  • Cangkerang ABS.
  • Visor berganda.

  • Pengancing gelang-D.
  • Span boleh tanggal dan boleh dicuci.

  • Saiz: XS / S / M / L / XL / XXL / XXXL.
  • Berat nominal: kira-kira 1400g.

  • Harga runcit: RM319 untuk warna rata, RM339 dengan grafik.

Siapakah YOHE?

YOHE bermula pada 1993 di Bandar Jiangmen, China. Sejak itu, mereka telah melabur lebih USD 1 juta untuk menaik taraf kemudahan mereka. Tiga kilang mereka merangkumi kira-kira 1 juta kaki persegi, dan menggunakan jentera dari Itali dan Kanada.

Oleh itu, mereka mempunyai kira-kira 120 acuan untuk menghasilkan helmet secara OEM bagi beberapa jenama helmet terkemuka. Dengan rangkaian pengedaran dan jualan meliputi 55 buah negara, mereka adalah antara pengeluar helmet terbesar di dunia.

Helmet YOHE telah mencapai beberapa pensijilan penting seperti ECE, DOT, NBR, JIS, CCC. Mereka juga mempunyai model yang mencapai piawaian FIM FRHPhe-01 untuk digunakan dalam perlumbaan motosikal yang diiktiraf FIM seperti MotoGP, WorldSBK, dan lain-lain.

Galeri foto

Dua remaja lelaki ditahan polis selepas menunggang basikal lajak secara berbahaya hingga hampir merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Putra Heights, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu laporan polis dibuat 5.13 petang semalam berkaitan satu video tular di media sosial membabitkan dua remaja menunggang basikal lajak secara berbahaya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 5.55 petang 4 Disember lalu, yang mana remaja terbabit dari arah Persiaran Putra Perdana ke arah Kampung Tengah dilihat menunggang secara berbahaya.

Katanya, mereka tidak berhenti di persimpangan lampu isyarat dan hampir merempuh sebuah kereta yang bergerak lurus ketika lampu isyarat berwarna hijau .

“Tindakan yang dilakukan dua remaja itu boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna lalu lintas yang lain.

“Bertindak atas maklumat trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berjaya mengesan dan menahan dua remaja berkenaan yang masih di bawah umur di Bukit Lancong dan dibawa ke IPD Subang Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Azizul Hakim Roslan di talian 011-28914495.

“Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – Harian Metro

Malaysia meraih empat anugerah di Asia Harley Days 2025 (AHD) yang diadakan pada 21–22 November di Midwinter, Khao Yai, Thailand.

Anugerah Pencapaian Menunggang Cemerlang – Rekod Unik disampaikan kepada Dato’ Anand dan K.V.R. Sanjevee kerana berjaya mencatatkan perjalanan tertinggi di Umling La Pass menggunakan Harley-Davidson Fat Boy.

Malaysia turut menerima anugerah Komuniti H-D Terbaik untuk Acara bagi Desaru International Bike Week. Acara ini terpilih daripada pelbagai acara komuniti di seluruh Pasaran Membangun Asia.

Dalam kategori H-D Custom Kings Asia – Raja Segala Raja, David Harrison muncul juara dengan motosikal ‘custom‘ Electra Glide Highway King beliau yang dinamakan “El Patron.” Beliau merupakan finalis yang mendapat mata undian tertinggi justeru mewakili Malaysia ke peringkat akhir serantau di Thailand.

Anugerah keempat, Kontinjen Terbesar ke Asia Harley Days 2025, disampaikan kepada Kelab Motosikal HRB Malaysia, yang mencatatkan penyertaan tertinggi dalam kalangan Pasaran Membangun Asia di luar Thailand.

Keempat-empat pengiktirafan ini menyerlahkan kecemerlangan prestasi Malaysia pada acara tersebut, sekaligus menjadikannya negara dengan kemenangan anugerah terbanyak dalam satu malam di kalangan Pasaran Membangun Harley-Davidson Asia, yang merangkumi Filipina, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Taiwan, Singapura, India, Hong Kong, dan Macau.

Photo gallery

Laluan di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Pos Blau, ditutup kepada semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan menerusi Facebook penutupan bermula hari ini (3 Disember) sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan dua laluan alternatif sebagai jalan perhubungan sementara.

Pengguna jalan raya dari Gua Musang yang mahu ke Cameron Highlands, Pahang boleh menggunakan laluan Sungai Koyan-Ringlet-Cameron Highlands.

Untuk ke Ipoh, Perak pula, pengguna boleh menggunakan laluan Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh.

jalan gua musang-lojing

Dalam pada masa yang sama, sebuah kereta telah terjatuh ke dalam gaung di kawasan tersebut apabila pemandunya mengingkari arahan jalan tutup.

Dalam kejadian pada 5 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang ke Pasir Putihter jatuh ke dalam gaung tanah runtuh bersama kenderaannya kerana melalui laluan yang sudah ditutup bermula 12 tengah malam.

Kejadian terbabit disedari seorang pekerja Roadcare (M) Sdn Bhd yang sedang memantau kawasan terbabit apabila mendengar suara orang meminta tolong.

Mangsa yang diselamatkan oleh anggota bomba dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk menerima rawatan awal.

MDUA Motor Sdn. Bhd. menambah satu lagi model ke dalam portfolio mereka hari ini, yang dinamakan MODA AERO-E.

Pertama, walaupun namanya kedengaran seperti motosikal elektrik, ia sebenarnya dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman (ICE). Aero-E diposisikan sebagai skuter mobiliti bandar, dilengkapi dengan enjin mesra bahan api dan kemudahan buat penunggang skuter.

Reka bentuknya membezakannya dengan lebih ramping, berbanding MOCA yang menonjolkan gaya skuter klasik. Sementara itu, model Sporter S merupakan skuter jenis “sporty”, manakala Shifter 400X merupakan cabaran Moda di dalam segment skuter lasak.

Ciri-ciri utama
  • Enjin berinjeksi bahan api, SOHC, 4 lejang, sejuk udara 118.8cc yang menghasilkan 9.1 hp @ 7,500 RPM, dan 9.5 Nm @ 6,000 RPM.
  • Tork maksimum yang lebih tinggi daripada kuasa kuda maksimum sentiasa menjadi ciri terbaik untuk enjin berfokuskan kegunaan di dalam bandar.

  • Penghantaran kuasa melalui CVT dan pacuan akhir tali sawat (v-belt).
  • Tugas suspensi disandang oleh fork teleskopik (hadapan) dan monoshok (belakang) yang menyokong lengan ayunan sebelah tunggal.

  • Sistem brek terdiri daripada cakera tunggal di depan dan dram di belakang.
  • Saiz tayar dan rim ialah 90/90-14 (hadapan), dan 100/90-14 (belakang) dengan tayar tanpa tiub.

  • MODA mendakwa ketinggian tempat duduk ialah 780 mm.
  • Tangki bahan api memuat 5.5 liter petrol.

  • Ruang penyimpanan di bawah tempat duduk mempunyai kapasiti 6.5 liter.
  • Skrin LCD menyediakan data penunggaan.

  • Lampu LED di semua bahagian.
  • Port pengecasan USB dan USB-C.

Moda Aero-E boleh didapati dalam warna Cobalt Blue, dan Carmine Red, dan dijual pada harga runcit RM5,189.00 (tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans) di semua pengedar sah MODA di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari saluran media sosial Moda.

Galeri foto

Lebih 1,000 kenderaan rakyat Malaysia dipercayai terperangkap di Hat Yai, ekoran banjir teruk yang melanda bandar itu sejak 22 November 2025.

Ketika ditemuramah oleh Berita Harian, Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani (PBS), Leong Beng Tat, menyatakan antara 1,200 hingga 1,500 kenderaan terperangkap dalam banjir tersebut, termasuk motosikal dan kereta yang tenggelam di tempat letak kereta bawah tanah hotel.

Usaha pemulihan terbantut sekatan yang menghalang lori tunda Malaysia memasuki kawasan terjejas.

“Lori tunda Malaysia tidak dibenarkan masuk. Jadi kenderaan terpaksa ditunda lori tunda Thailand sehingga ke sempadan sebelum kami ambil alih,” kata Leong seperti dilaporkan akhbar nasional itu.

Beliau berkata sekatan itu memaksa sesetengah pemilik mengatur tunda sendiri di Thailand, kerana banyak polisi insurans tidak melindungi kejadian di luar negara. Ada juga yang berserah meninggalkan kenderaan mereka kerana kerosakan teruk.

Leong menyatakan pasukannya menerima banyak mesej terima kasih daripada rakyat Malaysia yang diselamatkan sewaktu operasi. Sebanyak 23 pasukan penyelamat sukarela Malaysia dikerahkan membantu mangsa banjir.

“Ramai yang meluahkan rasa syukur. Semua yang kami selamatkan kemudian memberitahu mereka selamat pulang ke rumah,” katanya.

Air banjir di Hat Yai, tambahnya, lambat surut kerana kawasan itu berada di tanah rendah.

Leong juga mengimbau insiden melibatkan mesej palsu yang mendakwa seorang pelancong Malaysia maut.

“Kami terpaksa ketepikan kerja lain untuk mencari, tetapi apabila tiba, tiada kes sedemikian. Menyebabkan hati kecil apabila orang menyebarkan cerita ini,” ujarnya.

Operasi penyelamatan itu sendiri jauh daripada mudah.

“Dua bot kami terbalik akibat arus deras,” kata Leong.

“Kami mempertaruhkan nyawa untuk sampai kepada mereka, tetapi ada yang masih menghantar mesej mengelirukan harapan diselamatkan dahulu.”

Beliau berkata semua mangsa yang mereka temui berada dalam keadaan baik dan jelas lega melihat pasukan penyelamat Malaysia di lokasi.

“Mereka gembira melihat kami di sana, dan bangga dengan usaha yang kami lakukan,” tambahnya. – The Malay Mail

Sebuah lagi pengeluar bakal menyertai (atau mengancam) segmen skuter pengembara, iaitu Voge, selepas mereka melancarkan Voge SR450X.

Skuter kembara kini bukan sahaja mendapat sambutan hebat di Malaysia, malah telah menjadi fenomena di seluruh dunia. Revolusi ini dimulakan oleh Honda X-ADV, diikuti oleh ADV350 dan ADV160. Kini beberapa pengeluar sudah memilikinya: Zontes, SYM, Keeway, Aveta, Moda. Malah Aprilia turut menyertai gelanggang dengan memperkenalkan SR GT 400 di EICMA.

Namun, dapat dilihat dengan jelas bahawa pertarungan sebenar berada dalam segmen 300cc-400cc.

Walaupun memiliki profil sisi yang mirip dengan Zontes 368G, model Voge mempunyai ciri rekabentuk yang berbeza di bahagian hadapan dengan lampu utamanya yang disusun secara bertindan.

Tidak seperti pesaingnya, model Voge ini dikuasakan oleh enjin dua silinder 398cc sejukan cecair dan suntikan bahan api, yang menghasilkan 41.5 hp pada 8,000 rpm dan tork 43.9 Nm pada 5,750 rpm. Berdasarkan torknya yang lebih tinggi, adalah jelas di sini bahawa Voge memposisikan SR450X sebagai skuter yang lebih cenderung untuk off-road.

Namun, kenyataan media mereka menyatakan sebaliknya: “skuter serba boleh yang direka untuk perjalanan harian bandar dan penunggaan kembara” dan melaksanakan tugas seperti “menelusuri kesesakan lalu lintas bandar, perjalanan hujung minggu yang panjang, atau sedikit laluan lasak”.

Ciri-ciri lain termasuk roda berlidi dengan tayar tanpa tiub, palang perlindungan logam, rak bagasi aluminium, pencahayaan LED penuh, dan ruang penyimpanan di bawah tempat duduk yang besar yang muat sehingga dua helmet. Ia juga mempunyai sistem penghidup tanpa kunci, dan petak sarung tangan yang boleh dikunci. Terdapat empat pemijak kaki boleh lipat juga, seperti Zontes 368G.

Casisnya dilengkapi fork terbalik, penyerap hentakan belakang KYB boleh laras, dan kaliper brek depan J.Juan.

Anda boleh yakin sepenuhnya bahawa MForce Bike Holdings akan membawanya ke Malaysia.

The Yamaha Ego Gear Pro hybrid dengan tren kuasa hibrid telah dilancarkan, yang menambah dimensi ekonomi dan utiliti baharu kepada skuter bandar.

Kenderaan hibrid menggabungkan enjin pembakaran dalaman dengan motor elektrik, biasanya sebagai kaedah untuk mengurangkan penggunaan bahan api. Hasil sampingan daripadanya juga meningkatkan tork sistem pacuan yang menghasilkan pecutan yang lebih baik. Jenis kenderaan hibrid bukan ‘plug-in‘ ini mempunyai bateri khas untuk motor pacuannya, dan dicas semasa penunggang membrek (sistem pembrekan menjana semula) dan juga ketika motosikal bergerak ke hadapan.

Walaubagaimanapun, skuter baharu ini disasarkan kepada golongan muda. Namun, kami melihatnya sebagai kenderaan harian yang praktikal dan ekonomik.

Ciri-ciri utama Yamaha Ego Gear Pro hibrid:

  • Enjin 125cc, satu silinder, SOHC, dua injap, penyejukan udara dengan teknologi Yamaha Blue Core.
  • Ia digandingkan dengan Smart Moto Generator (SMG) yang menyediakan fungsi Power Assist untuk membantu pecutan dari keadaan berhenti.

  • Yamaha menyatakan bahawa SMG tersebut berintegrasi dengan lancar bersama ciri Stop & Start.
  • Enjin itu sendiri menghasilkan kuasa maksimum 8.3 hp @ 6,500 RPM, dan tork maksimum 9.9 Nm @ 5,000 RPM.

  • Tork maksimum ditingkatkan kepada 10.6 Nm @ 4,500 RPM apabila motor elektrik berfungsi bersama-sama enjin.
  • Kuasa enjin dihantar ke roda belakang terlebih dahulu melalui klac empar kering, CVT, dan akhirnya melalui tali-V.

  • Roda bersaiz 12 inci, di depan dan belakang.
  • Brek cakera di hadapan dan brek gelendong di belakang mengendalikan tugas pembrekan.

  • Ruang penyimpanan di bawah tempat duduk mempunyai kapasiti 18 liter.
  • Ketinggian tempat duduk disenaraikan sebagai 750 mm.

  • Tangki bahan api memuatkan 5.1 liter bahan api.
  • Yamaha mendakwa motosikal ini mempunyai berat basah hanya 95 kg.

  • Ciri-ciri lain termasuk panel meter LCD yang mempunyai kekonduksian Y-Connect.
  • Berhubung dengan apl Y-Connect membolehkan notifikasi panggilan dan mesej, peringatan penyelenggaraan, data penggunaan bahan api, dan lokasi letak kereta motosikal.

  • Pencahayaan semestinya LED di keseluruhan bahagian.

Yamaha Ego Gear Pro hibrid dijual pada harga runcit RM6,198, tanpa insurans, cukai jalan, dan pendaftaran.

Galeri foto

Menunggang motosikal membangkitkan banyak sensasi, dan salah satunya adalah seperti berterbang kerana kita tidak terkongkong dalam ‘sangkar.’ Oleh itu, kita sentiasa tertanya-tanya mengapa motosikal tidak mempunyai paparan Heads Up Display (HUD) seperti dalam pesawat pejuang. Helmet Pintar Shoei GT-Air 3 dengan HUD baru sahaja diperkenalkan untuk tujuan itu.

HUD dalam pesawat pejuang, beberapa pesawat komersial (dan sesetengah kereta mewah) memaparkan maklumat penting seperti hala, kelajuan, ketinggian, dan sudut kecondongan pada sekeping kaca untuk membolehkan pandangan pengguna kekal ke hadapan tanpa perlu kerap melihat ke bawah untuk mencari maklumat.

Ini mungkin satu perkara yang bagus untuk penunggang motosikal juga, terutamanya ketika menunggang di jalan berliku atau laju di lebuh raya. Kami tidak memandang ringan perkara ini, lebih-lebih lagi motosikal masa kini, termasuk yang berkapasiti kecil, sudah dilengkapi skrin LCD dan TFT yang mempunyai banyak ciri seperti navigasi, pengstrim muzik, dan sambungan telefon. Bayangkan jika anda perlu menoleh ke bawah untuk melihat siapa yang menghubungi ketika menghampiri kawasan gaung atau persimpangan jalan.

Namun, mata manusia hanya boleh fokus pada objek samada dekat atau jauh pada satu-satu masa, bukan kedua-duanya sekali. Jadi, timbul kebimbangan sama ada data yang dipaparkan melalui HUD dalam helmet juga boleh mengganggu tumpuan. Satu gambar yang dikeluarkan oleh Shoei menunjukkan data dipaparkan pada jarak “jauh”, tetapi kami hanya boleh pastikan selepas mencuba helmet tersebut. Malah, rakan kerjasama Shoei dalam projek ini, EyeLights, mendakwa teknologi mereka meningkatkan masa tindak balas sehingga 32 peratus.

Sudah banyak helmet yang menjanjikan teknologi sedemikian pada masa lalu, termasuk Skully yang akhirnya terbongkar sebagai skim yang mengelirukan pelabur. Shoei juga pernah melancarkan helmet “pintar” yang lain beberapa tahun lalu, tetapi ia dilengkapi dengan aksesori yang janggal. Kali ini, Helmet Pintar Shoei GT-Air 3 lebih halus dan kelihatan seperti helmet harian biasa.

Syarikat itu mendedahkan helmet tersebut di EICMA, dengan menggabungkan teknologi EyeLights ke dalam salah satu helmet GT-Air 3 mereka. Oleh itu, helmet ini kukuh, selesa, dan mematuhi piawaian DOT dan ECE 22.06.

Dalam teknologi ini terdapat sistem komunikasi yang membolehkan anda memberikan arahan suara (seperti yang sudah boleh dilakukan dalam beberapa sistem komunikasi) dan menggunakan sistem interkom ‘sejagat’ yang dilaporkan serasi dengan kebanyakan jenama lain.

Masih belum ada pengumuman mengenai bila Helmet Pintar GT-Air 3 ini akan dijual, tetapi apabila ia dilancarkan, harganya dilaporkan sekitar €1,199 (RM5,713.00).

VOGE DS800X Rally telah meraih kemenangan besar dalam pasaran motosikal UK dengan menjadi model penerokaan (adventure) 750cc-1000cc terlaris pada bulan Oktober.

Menurut laman berasaskan UK, Visordown, para pengedar VOGE sudah tidak dapat menampung pesanan untuk model lebih besar DS900X, dan justeru, DS800X Rally turut terbukti popular. Lebih mengagumkan lagi, walaupun model tersebut hanya tiba di UK pada bulan Ogos, ia telah membantu meningkatkan jualan VOGE sebanyak 165% berbanding Oktober 2024.

Tambahan pula, lonjakan jualan VOGE bulan lalu berlaku dalam keadaan pasaran motosikal UK secara keseluruhan mencatatkan penurunan sebanyak 9%.

Kejayaan VOGE ini juga menyaksikan jenama itu mendaki tangga bahagian pasaran ke tangga ketujuh.

VOGE telah menjadi pemain utama dalam segmen motosikal penerokaan (adventure) selama beberapa tahun di UK, terutamanya disebabkan model DS900X mereka yang menggunakan enjin yang sama dengan BMW F 900 GS.

VOGE merupakan jenama dalaman premium milik Loncin Holdings yang berpusat di Chongqing, yang telah bekerjasama dengan BMW selama hampir 20 tahun. Loncin telah membina beberapa model motosikal BMW termasuk model semasa F 900 R, F 900 XR, dan F 900 GS. Loncin juga pernah menghasilkan enjin untuk skuter siri BMW C dan model F 750, F 800, F 850.

VOGE diedarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. di Malaysia. DS800X dijadualkan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2026.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube