
KEMASKINI: Yamaha akan melancarkan model skuter pada 22 Julai ini, bukan X-Max 250 tetapi Ego Avantis 125cc berasaskan model Mio Soul GT
Yamaha Events Malaysia dalam laman Facebooknya menunjukkan sebuah skuter bersaiz sederhana iaitu Yamaha X-Max 250. Besar kemungkinan ini adalah salah satu klu (hint) bahawa X-Max 250 ini akan diperkenalkan di Malaysia dalam masa terdekat.
Yamaha X-Max 250 adalah skuter sederhana yang kecil sedikit berbanding abangnya iaitu T-Max 530. Jika X-Max diperkenalkan di Malaysia, Hong Leong Yamaha (HLYM) akan mempunyai 4 jenis skuter dalam barisannya iaitu Ego S (115cc), Ego LC (125cc), NMax (155cc) dan X-Max (250cc). Ini akan memberi pilihan kepada pengguna dalam kategori yang berbeza samada skuter asas hinggalah skuter sederhana.
Penggunaan skuter berkapasiti 250cc adalah bertepatan dengan gaya hidup dan gaya kerja rakyat Malaysia. Ramai yang memilih untuk menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan pada masa yang sama menjimatkan kos petrol. Saya sendiri mempunyai rakan yang menggunakan SYM VTS 200 untuk ulang alik ke tempat kerja yang dalam 40km sehala. Kelebihan skuter ini adalah gaya tunggangan yang sangat santai dan kuasa enjin yang besar memberi kelebihan dari segi pikap untuk situasi perjalanan henti-henti (stop-go situation).
Lampu hadapan X-Max 250 berkembar dengan penghadang angin yang tinggi memberikan keselesaan maksimum kepada penunggang.
Lampu belakang pula sangat seksi ooo… Tapi ada kemungkinan akan menerima lampu isyarat capang.
Panel meter mewah dengan paparan LCD beekembar untuk fokus maksimum pada data untuk perjalanan penggunanya.
Yamaha X-Max 250 dilengkapi dengan enjin 249cc SOHC 4-lejang 1-silinder yang mampu menghasilkan 15kW (20.11hp) @7,500RPM dengan daya kilas 21Nm @6,000RPM.
Peratus keyakinan kami terhadap ura-ura ini adalah 15%.
Engine
|
Engine type |
Single cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, SOHC |
|
Displacement |
249cc |
|
Bore x stroke |
69.0 mm x 66.8 mm |
|
Compression ratio |
10 : 1 |
|
Maximum power |
15 kW (20.11hp)@ 7,500 rpm |
|
Maximum Torque |
21 Nm @ 6,000 rpm |
|
Lubrication system |
Wet sump |
|
Fuel system |
Electronic Fuel Injection |
|
Ignition system |
TCI |
|
Starter system |
Electric |
|
Transmission system |
V-Belt Automatic |
Chassis
|
Front suspension system |
Telescopic fork |
|
Front travel |
110 mm |
|
Rear suspension system |
Unit Swing |
|
Rear Travel |
84 mm |
|
Front brake |
Single Disc, Ø 267 mm |
|
Rear brake |
Single Disc, Ø 240 mm / Ø 245 mm (ABS) |
|
Front tyre |
120/70-15 |
|
Rear tyre |
140/70-14 |
Dimensions
|
Overall length |
2,160 mm |
|
Overall width |
790 mm |
|
Overall height |
1,385 mm |
|
Seat height |
785 mm |
|
Wheelbase |
1,545 mm |
|
Minimum ground clearance |
125 mm |
|
Wet Weight |
178 kg /ABS182 kg |
|
Fuel tank capacity |
13.2 litres |


