Bikesrepublic

Polis Siasat Pemilik Motosikal Besar tidak Gunakan Lorong Motor di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Polis sedang menyiasat kejadian sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang tidak menunggang di lorong motosikal yang dikhaskan di Kilometer 0.4 Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou, berkata berdasarkan siasatan mendapati insiden berlaku pada jam 4.35 petang, Jumaat lalu.

Menurutnya, sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu menunggang dari arah Batu Kawan menghala Batu Maung.

Perbuatan mereka ini adalah sangat berbahaya, bukan sahaja kepada penunggang itu sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang lain.

Pihak polis ingin menegaskan keselamatan semua pengguna jalan raya adalah tanggungjawab bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222.

Terdahulu tular di media sosial Facebook (FB) video berdurasi 33 saat memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkonvoi dengan menunggang di lorong yang dikhaskan untuk kereta dan lori.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan