Bikesrepublic

KTM 490 Duke, RC Dan Adventure Dalam Pembikinan

Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer mendedahkan pengeluar motosikal Austria itu bakal memperkenalkan jentera 500cc pada 2022.

Keputusan itu dibuat setelah mendapati permintaan terhadap enjin motosikal bersaiz kecil dan sederhana semakin meningkat.

Pandemik Covid-19 yang turut menjejaskan kuasa membeli pengguna turut menyumbang kepada peningkatan permintaan motosikal bersaiz kecil dan sederhana.

Menurut Pierer, segmen itu kini semakin popular terutamanya di Amerika Syarikat apabila KTM 390 Adventure mendominasi segmen tersebut.

“Motosikal bersaiz kecil dan sederhana telah menguasai pasaran di Amerika Syarikat dengan 390 Adventure sebagai peneraju,” Pierer memberitahu Le Repaire.

Memahami perkara itu, Pierer mendedahkan KTM kini sedang menggiatkan penghasilan unit 500cc di kilang Bajaj yang terletak di Pune, India.

“Pembangunan enjin 500cc akan dibantu oleh jurutera penyelidikan dan pembangunan kami. Jentera ini menggunakan format enjin parallel twin sepertimana yang terdapat pada model 790 dan 890,” tambahnya. – Le Repaire

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan