Bikesrepublic

Kerajaan Peruntukan RM3.5 Juta bagi 10,000 Peserta Tambah Program MyLesen (B2)

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menyediakan inisiatif sebanyak RM3.5 juta bagi menjayakan program MyLesen (B2) fasa kedua yang membabitkan tambahan 10,000 peserta di seluruh negara, tahun ini.

Menterinya, Anthony Loke, berkata untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah menyelesaikan permohonan 15,000 peserta program MyLesen (B2).

Bagi separuh tahun kedua, kita akan tambah 10,000 peserta lagi di seluruh negara membabitkan peruntukan RM3.5 juta. Kos bagi setiap peserta adalah RM350,” katanya.

Program MyLesen adalah inisiatif kerajaan melalui JPJ dan rakan strategik, memberi fokus membantu golongan berpendapatan rendah B40 termasuk kalangan pelajar mendapatkan lesen memandu motosikal Kelas B2 secara sah, mudah diakses, dan berpatutan.

Loke berkata, tahun ini, kementerian memperkenalkan pendekatan baharu yang menyasarkan golongan belia dan pelajar sebagai salah satu kumpulan utama penerima manfaat.

Beliau berkata, tambahan kuota ini bukan sahaja akan membuka peluang kepada lebih ramai belia dan pelajar untuk memiliki lesen secara sah, tetapi dapat membantu mengurangkan kes penunggang tanpa lesen yang menjadi salah satu punca utama kemalangan jalan raya.

Ahli Parlimen Seremban itu turut melahirkan kebimbangan berhubung ramai pelajar yang dikatakan membawa motosikal pergi ke sekolah tanpa lesen.

Saya berharap selain Jabatan Pendidikan Negeri, pihak sekolah juga boleh membantu memastikan setiap pelajar yang membawa motosikal ke sekolah mempunyai lesen sah,” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan