Bikesrepublic

“Kalau Marquez Atau Rossi Yang Buat, Mereka Akan Terlepas” – Crutchlow

Harapan Cal Crutchlow untuk menaiki podium semalam tidak menjadi kesampaiana apabila dikenakan tindakan penalti susulan melakukan kesalahan ‘jump start’.

Pelumba pasukan LCR Honda itu mendakwa rakaman video tersebut jelas menunjukkan dia bergerak kurang satu sentimeter sebelum perlumbaan dilepaskan.

(SUMBER: Twitter MotoGP)

Dia menegaskan pergerakan tersebut berlaku ketika dia cuba mengimbangkan motosikal menggunakan jari kakinya sementara tangannya masih tidak melepaskan klac.

“Jika meliht kepada rakaman sisi, jelas menampakkan saya bergerak kurang satu sentimeter.

“Saya sekadar mengimbangkan badan dengan jentera tetapi pegawai perlumbaan mengatakan saya melakukan ‘jump start’.

“Keputusan mereka sangat mengarut”,tegasnya.

Menurut peraturan Artikel 1.18 seksyen 14, sekiranya Crutchlow bergerak dan berhenti sebelum lampu dipadam, dia mungkin akan terlepas daripada hukuman.

Crutchlow turut mempersoalkan perlantikan bekas tiga kali juara dunia, Freddie Spencer yang mengambil alih jawatan Pengerusi Panel Perlumbaan FIM MotoGP musim ini.

“Dia memiliki pengalaman dalam sukan permotoran jadi seharusnya dia lebih faham situasi sebegini. Minggu depan ketika sesi perjumpaan bersama Suruhanya Keselamatan, para pelumba lain akan ketawa besar terhadap keputusan ini.

“Saya juga berasakan sekiranya insiden ini dilakukan oleh Marc Marquez, Velantino Rossi atau Andrea Dovizioso, mereka akan terlepas. Itulah hakikatnya,”tambahnya lagi.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan