Bikesrepublic

Jatuh 23 Kali Musim Lalu, Marquez Tekad Perbaiki Rekod Tahun Ini

 

Percaya atau tidak, waktu sama tahun lalu, Marc Marquez telah merekodkan 11 insiden jatuh motor dan menamatkan musim MotoGP 2018 dengan sejumlah 23 kejatuhan.

Pelumba Repsol Honda itu jatuh 27 kali bagi edisi 2017.

Bagaimanapun, tahun ini, pelumba Sepanyol itu hanya jatuh enam kali sekaligus bakal memperbaiki rekod 2014 apabila dia hanya jatuh sebanyak 11 kali.

Menurut laporan Crash.net, Marquez mahu memperbaiki tunggangannya agar tidak mengulangi angka tahun lalu.

“Tahun lalu, hampir setiap perlumbaan saya diberi ‘racing suit’baharu kerana jatuh di setiap perlumbaan!

“Tahun ini saya jatuh ketika sesi ujian di Montmelo tetapi sejak Le Mans, saya tidak mengalami sebarang insiden sama.

“Saya sedang cuba memperbaiki statistik tahun lalu,” jelasnya.

Marquez mengakui perubahan dilakukan terhadap bahagian chasis, prestasi enjin dan tumpuan diberikan ketika perlumbaan menyumbang kepada keputusan yang lebih baik tahun ini.

“Segalanya bergantung pada tumpuan ketika berlumba. Saya berjaya mengurangkan angka jatuh musim ini, tetapi anda juga nampak berapa kali saya berjaya menyelamatkan diri daripada terjatuh.

“Ketika sesi ujian di Montmelo, saya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dan saya hilang cengkaman di bahagian depan lalu terjatuh.

“Ini adalah teknik untuk menunggang jentera Honda,”tambahnya.

(SUMBER: Crash.net)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan