
Honda sedang menyiapkan motosikal ‘streetfighter’ mini; MSX 125, berkapasiti 125cc untuk pasaran Eropah, Australia dan juga US. Honda MSX 125 juga dikenali sebagai Honda Grom di beberapa negara. Kali ini, Honda MSX 125 menerima perubahan kosmetik yang agak banyak dengan rekabentuk yang lebih tipis dan warna yang lebih terang. 
Lampu hadapannya cukup futuristik dengan rekaan berkembar secara menegak dan dinyalakan menggunakan LED. Ada sedikit ciri-ciri seperti robot yang dapat dilihat disitu. Sekiranya anda perhatikan pada suspensi hadapannya, anda akan sedar bahawa motosikal 125cc dilengkapi dengan fork terbalik.

Sistem bahanapinya menggunakan PGM-Fi dan ini sangat moden untuk digunakan pada satu motosikal yang telah wujud sejak 1963. Good job Honda!.
Sumber: http://hondareviewsrelease.com/2017-honda-msx-125/