Demak, jenama yang kini semakin popular di Malaysia membawakan kepada anda model naik taraf Skyline 200 kepada Skyline GT250.
Paling menarik perhatian saya pada motosikal ini adalah harganya yang cukup rendah untuk kategori motosikal berkapasiti 250cc. Walaupun Demak bukan jenama yang besar, Demak sangat cepat bertindak terhadap kehendak pasaran. Kadang-kala ada rekaan Demak yang sangat menyerupai rekaan motosikal jenama lain, namun harganya yang cukup mesra pengguna menyebabkan ada yang jatuh hati dengannya.
Hadir siap dengan ekzos yang tampak garang mirip ekzos perlumbaan dan disertai dengan suspensi belakang ‘monoshock’, nampaknya Demak tidak main-main untuk memikat pengguna di Malaysia ini malah harganya cuma RM10k+ untuk harga atas jalan. Biar betul Demak!
Brek belakang dilengkapi dengan brek cakera dengan kaliper dua piston yang berwarna merah menandakan Demak ini serius. Sekali lagi, lihat ekzosnya. Menarik bukan?
Profil tepinya terlihat seakan model FZ150~ dengan rangka Deltabox tetapi kelihatan seperti tangkinya lebih besar dan dominan. Setakat ini tiada lagi spesifikasi teknikal yang dapat dikongsikan.
Silalah layari KokCheng Motor untuk maklumat lanjut
Sumber: https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1300693159946159&id=100000164625913&set=rpd.100000164625913&source=49



