Bikesrepublic

2017 Suzuki GSX-250R akan hadir ke Jepun dan Eropah pada 17 April 

Sebuah jentera yang dinanti-nantikan peminat dunia dua roda iaitu Suzuki GSX-250R akan mula merayau ke jalanan seluruh dunia bermula sejak Disember 2016 di China dan kali ini di Jepun dan Eropah pada 17 April 2017. Suzuki sekarang ini berusaha untuk memenangi hati pengguna jentera 250cc dengan rekaan yang menarik beserta teknologi yang mampu memberi prestasi yang kompetitif.

Enjin GSX-250R ini hadir dengan konfigurasi 2-silinder 248cc dengan penyejukan cecair mampu memberikan kuasa maksima 18kW (24.14hp) @ 8,000RPM dengan daya kilas maksima 22 Nm @ 6,500RPM.

Jentera ini dibuat di kilang Suzuki di China dan Suzuki mensasarkan jualan sebanyak 2,500 setahun.

Sumber: Young Machine FB dan http://www.suzuki.co.jp/release/b/2016/0111/index.html

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan